Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 31 December 2010

.: malam tahun baru, eh? da pagi la.. :.

salam.


perhatian: tatkala ini 'bunyi-bunyian' merdu dari rumah belakang baru sahaja selesai dihentikan.

erk..? apakah? huhu.. maksudnya. bunyi mercun la. tahun baru lah katakan. ish3..setiap kali musim perayaan mesti lalui perkara yang sama. mercun. eeeee.....!



'yeay! we are celebrating new year! happy new year everyone! make a new wish and hope it will comes true. wallah!'


heh.. nonsense. kalau dulu zaman kicik-kicik, zaman jahiliyah tu bole lah jugak Farah sambut TAHUN BARU MASIHI ni. sekarang, well, not anymore. i won't celebrate new year anymore unless, it is MAAL HIJRAH, which in Muslim's new year. hoh? 'bunyi tu' datang lagi. aduyai....

mungkin ada yang tertanya-tanya;

"asal si Farah ni anti sangat ngan tahun baru ni..? dye ade kisah silam ke dengan alam tahun baru..?"


haa... untuk menjawab soalan itu, sila baca wawancara dibawah.
__________________******____________________


wartawan:
salam alaik. Prof Farah, saya wartawan dari majalah &*%^@ ingin mewawancara prof berkenaan dengan statement prof yang nampaknya begitu 'anti' dengan TAHUN BARU ni. boleh prof terangkan sebabnya?


Prof Farah
: wa'kumsalam. terima kasih kerana sudi mewawancara saya. well, sebabnya mudah saja. saya tak suka bunyi mercun. da habis cerita. teeet!


wartawan:
hoh..? waddeduck?


Prof Farah:
haha.. tu salah satu sebab yang tak penting je. sebenarnya, ada beberapa sebab berkaitan agama yang menyebabkan saya tidak menyambut tahun baru. sebabnya:

  1. Tahun baru masihi merupakan sambutan keagamaan bagi agama kristian. sedarkah anda bahawa tahun baru ni dekat sangat dengan sambutan chrismas? kita menyambut tahun baru, berpesta sana sini, sama lah dengan orang kristian yang mana sekarang ni tempoh dorang sambut kelahiran Nabi Isa a.s.

sumber: http://www.tranungkite.net/lama/d01/warta1311.htm




tak caye jugak? meh sini tgk.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul,St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja
England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

sumber:http://tengkunizam.blogspot.com/2010/12/hukum-sambut-tahun-baru-masihi-bagi.html

2. Berkata Ulama Hanafiah : Maksudnya :

“dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan
kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian
juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah
dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia
memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah
walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana
memuliakan hari itu”.

[Majmak al-Anhar, 2/513]

sumber: sama seperti di atas.

3. kita kira +-9 bulan dari sekarang, banyak tak kes pembuangan bayi. bila ada musim perayaan, maksiat makin berleluasa. that's why la tahun lepas starting July makin banyak kes pembuangan bayi. not only new year, Valentine days also contribute a lot to kes pembuangan bayi. thanx a lot!

banyak je lagi sebab nya. tapi dah tak larat nak taip panjang-panjang. *pemalas punya budak! dush2!* anyway, it's getting late. esok ada banyak perkara kena buat. ye la, preparation nak ke kampus baru. seraaam! *ops! lupa nak tutup wawancara tadi. hehe..*

special segment. mentang-mentang la sekarang ni g0alie Malaysia; Khairul Fahmi Che Mat (kfcm/apex) tu f0fular, sume pun nak bercakap pasal dye (abes tu apa yang Farah ngah cakap ni..?) sume nak tiru dia, sume nak jadi awek die (hal0o..? dia sudah berpunya okeh?) orang yang tak berminat pasal bola pun tup-tup TERminat bola. wh0o..dasat! dan menakutkan. huhu.. bukan setakat kfcm je, mereka-mereka yang mempunyai iras-iras kfcm pun turut tumpang glam0r. ceeet! takde keje.

p/s: inchek AJ, anda tu sakit kaki. terseliuh. then maen lagi bola. walaupun takat jadi g0lie c0z' nak ade gaya cam kfcm *uweek*, but still, i'm worried bout u. shesh..baiknya Farah risaukan orang lain? diri sendiri macam mana? h0h0o..nity nite!! wassalam.

Farah

(^^,)

Thursday, 30 December 2010

.: Selamat Tinggal 2010. Selamat tinggal Jengka (,-_-) :.

salam.

'h0h, mana hilang?'

ade la. cume busy je. bukan takat busy, but SUPER DUPER BUSY jadi surirumah tangga dan guru tuisyen adek-adek sepenuh masa. *tp ade juga masanya maen message or maybe tengok citer jepun..?* h0h0o.. no c0mment untuk itu. yang penting, preparation untuk jd bakal 'wifey' yang baek sudah hampir perfect! *perasan je lebey. gatai!*


sekadar pemberitahuan, Farah akan tinggalkan Jengka yang TERCHENTA untuk teruskan pengajian ke peringkat DEGREE menggunakan saluran fast track ke UiTM BANDARARA MELAKA. huuu...sedey manyak-manyak maa... lindu sama kawan-kawan and sahabat-sahabat di Jengka.*uwaaa...! nanges manyak-manyak!*


proses belajar membawa kereta almost done but still, last stage still incomplete. JPJ belom pigi test. huhu..*ade sleng keling dan cina dalam post kali ni. very 1MALAYSIA! h0h0o..* tak sabar nak dapat lesen 'P' c0z my dad already said that he will give me his 'wira' IF i'm ready. lalala~... da dapat 'P' means dah ready la tu! kan kan kan...?

okey la. g0t to g0 again. plenty of works are waiting for me rite now. h0h0o.. eventhough Farah tak berapa nak sehat *incek demam datang lak* but then, tanggungjawab harus dilaksanakan.
aja aja fighting! chaiy0k2! gambatte! MALAYSIA
BOLEH!
p/s: walaupun agak terlambat but still, TAHNIAH MALAYSIA coz menang piala SUZUKI AFF mengalahkan Indonesia.
yang tak brapa nak sehat:
farah
(*_*)
Monday, 25 October 2010

.: Tak Guna Punya Kafir! :.

salam.

i'm in a bad m0od rite n0w. wanna know why? watch this. click the picture to see it clearly.



there is this page in Facebook, which is I'm proud to be a muslim. what is your thought when you read the title for the first time? especially when u see it through ur FB sidebar. and most of your friend click 'like' to the page. great isn't it? feels like "yes, i'm proud to be a muslim!". s0, u juz keep on follow ur friend and click 'like' WITHOUT looking at the content of the page...am i rite?


that's what happen to me before. this morning, when i l0ok at the page i am totally sh0ck when i watch the photo they've been posted in it and all comment on their wall. they have been insult our religion and our beloved prophet, Nabi Muhammad s.a.w! argh! i'm s0o freaking mad rite now.


feels like crying to see what they've been doing to us. there is so many pictures that says a vad thing bout our prophet! i can't just stand there doing nothing thus i try to fight with them. but then, coz i'm alone that time i've been attacked with s0 many comment that make me numb for a moment. feels like wanna cry again!

but then, Alhamdulillah some of muslim who aware with the page help a lot with the fight. my friend ask me to stop l0oking at the page. how can i d0 that? they've been insulting Islam! but then he said to me that;


" to fight with them we need strategy, not emotion. use a rite
words to debate with them. don't use unappropriate word to them. show them that we are not terrorist. make them think wisely before reply ur comment. thats ways, maybe Allah will give them guidence. we don't know bout that rite?"



yeah..rite. everything that Allah have set up must have its own reason. i believe something g0od will be happen someday. InsyaAllah...

p/s: sepanjang hari dok marah-marah sampai tak belajar. ops! teruknya.. nak buat macam mana..hati tak tenang...aduyai..

Farah
(>o<)

.: Final exam dan Pergantungan kepada Allah..:.

salam...

selamat pagi! hee~.. hari ini merupakan permulaan bagi final exam. waaaah! cepatnya.. my preparation? hehe.. sikit-sikit je. memandangkan exam Farah start hari rabu ni dan ianya BEL s0 Farah tak tahu nak baca dan buat apa. kat bawah ni Farah ada sertakan jadual periksa farah yang diedit oleh cik Nana. *thanx ye nana!*





huhu.. preparatin untuk BEL, hari-hari Farah taip NST online cari ayat-ayat yang best dan isu semasa yang boleh masuk dalam essay nanti. tu jelah usaha yang Farah boleh buat. selebihnya d0a dan tawakal. dan tak lupa, pergantungan kepada Allah. penting tu!

hari ini Farah nak kongsikan satu info yang mungkin anda dah tahu tapi Farah nak juga bagitahu. Credit to Kak Haziqah yang chumell. =) tahukah anda bacaan di bawah ini:

Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa'nii Warzuqnii Wahdinii Wa'Aafinii Wa'fuannii

haa...mesti ada yang dah perasan. ini kan bacaan didalam solat, which is ketika duduk antara dua sujud? sedar tak ni..? tahukah anda akan maksudnya? sejujurnya, Farah sendiri baru tahu bila Kak Haziqah bagitahu kat Farah. reaksi Farah lepas tahu maknanya, Farah terdiam seketika. lama la juga. rasa macam satu perasaan yang tidak dapat di identify menusuk ke seluruh anggota badan. nak tahu apa maknanya..?

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. ada pula yang hendak mempercepatkan solat lantas membacanya dengan laju hinggakan tersalah sebut lalu tersalah makna. MasyaAllah..

Ya Allah.. betapa jahilnya diriku ini. dalam diam kita tak sedar kita sedang memohon kepada Allah. tanpa kita sedar ketika kita duduk antara dua sujud pun kita sedang berdoa. betapa besarnya nilai doa ini. doa yang selama ini kita meminta tetapi kita tidak sedar.

marilah kita muhasabah diri kita sebentar. lepas ni, perbetulkan apa yang silap. kita mesti sentiasa perbetulkan diri kita. manusia kan tak perfect, sentiasa lakukan kesalahn..kan? s0, lepas ni Farah hope sangat-sangat pembaca blog Farah beserta diri Farah sendiri perbetulkan segala kesilapan kita terutama didalam solat. =) wallahua'lam. sebarang kesilapan didalam blog Farah harap dapat diperbetulkan.

Farah

(^^,)

Saturday, 23 October 2010

.: teringat zaman kicik-kicik...:.

salam...

ketika ini Farah sedang duduk seorang diri didalam bilik K226 komplek siswi. huhu.. malam ni Farah akan tidur bertemankan cik p0oh kesayangan je la. i'm not afraid okey? =)

1st skali, Farah nak ucap TERIMA KASIH yg teramat kepada saudara Amir di atas link-link e-b0ok yg best. latest issue yang dia kupas dalam blog pun sangat menginsafkan. kandungan blog saudara Amir ni sangat berinformatif dan bagus. kepada blogger yang suka membaca sumthing yang islamic yang informatif, bolehlah melawat blog saudara Amir ni ya. ( Amir, Farah promote blog amir ni. hee~.. tak nak bagi komisyen ke? hehe..gurau je la. =p)

2nd, Beberapa hari yang lepas Farah TERtekan channel tv9 dan TERtengok satu rancangan ni, yang bernama Istana Takeshi. program gameshow ni berasal dari Jepun. dulu masa zaman kicik-kicik Farah suka sangat tengok gamenshow ni. then Farah terkenang zaman kicik-kicik dulu. selain Istana Takeshi, banyak cerita yang Farah follow, kira tak pernah miss la. hehe.. zaman muda-muda dulu... Antaranya :

"dengan kuasa bulan, akan menghukummu!" haiyak..! Cik Sailorm0on yang jelita..


"sebenarnya, dragon ball ada 7 biji semuanya..." dari suzikon sampai la ke g0ku => Drag0nball


"Doremon...tolonglah saya.." kucing robot bulat~> Doraemon
dan baaaaanyak lagi!


hehe..sekali lagi Farah ulangi, tu zaman kicik-kicik ye? sekarang dah tak layan. InsyaAllah.. hmm...bila Farah fikir-fikir balik kan, cerita-cerita yang Farah sebut kat atas tadi banyak membantu dalam proses 'menyesatkan' pemikiran Farah. nak tahu kenapa? haa... farah dulu pernah je terfikir...


" nak pakai baju sailorm0on, nak ada kuasa macam sailorm0on. da la kuat, cantik lak tu. bestnye kalau boleh jadi macam sailorm0on..."

" harry potter ade penyapu terbang, ade magik, ade kuasa hebat. kan best kalau ade magik. nak jadi ahli sihir jugak"


dan macam-macam lagi la 'pemikiran budak-budak' yang datang. terukkan? Tanpa Farah sedar Farah dah syirik! oh tidaaak!! Astaghfirullah.. lambat betul Farah sedar. ye la, parent Farah bukannya tau apa yang farah fikir. s0 macam dorang ingat Farah boleh terima je cerita-cerita yang Farah tengok tanpa berfikir yang bukan-bukan. kalau Farah dulu macam tu, apatah lagi kanak-kanak yang lain? wallahua'lam.

s0, kepada bloggers-bloggers sekalian, sila lah perhatikan adik-adik anda mahupun anak-anak anda. awasi dorang. masa dorang kicik-kicik ni la kita nak bentuk dorang. ajar dorang benda yang betul. Ada orang pernah nasihatkan Farah;


"lepas adik-adik tengok kartun tu terangkan balik kat dorang apa yang sepatutnya. jangan bagi dorang terbawa-bawa dengan cerita yang dorang tengok. dan yang paling penting, jangan amik remeh perkara ni."


tu je lah yang mapu Farah sampaikan hari ni. Farah ni periksa dah dekat, tapi kerja online je. aduyai..nak baca buku la. wish me luck! daa..~ wassalam.


Farah
(^^,)
Thursday, 21 October 2010

.: oh ibu.... :.

salam.. (AMARAN: entry yang sangat panjang)

hari ini Farah agak gembira kerana dapat pulang ke rumah (wlupun seketika), dapat makan dengan family semeja, dapat kacau Akim (rindu adik sndiri..takpe kan..?) dan akhir sekali bertemu sahabat lama. terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada Farah hari ni. syukur! Alhamdulillah..

selepas bertemu sahabat Farah yang sorang ni dekat mukabuku, Farah teringat sesuatu. dia adalah seorang yang Fraah sangat kagumi kerana sanggup mengorbankan sesuatu yang penting bagi dirinya demi seorang yang bergelar 'ibu'. nak tau tak apa yang jadi..? haa...

Farah perkenalkan namanya sebagai A. A merupakan anak sulung didalam keluarganya. seorang yang bertubuh kecil tetapi mempunyai semangat yang waja. A belajar disalah satu IPT yang terdapat di Malaysia ni dalam bidang profesional. nak dijadikan cerita, Allah turunkan ujian kepada si A ni. ibu kesayangannya jatuh sakit. sakit yang amat serius. penyakitnya? err..tak berapa nak ingat. maaf. =(

disebabkan adik-adiknya masih kecil, ayahnya pula berada di luar negara atas urusan kerja, A nekad untuk mengambil cuti 1 sem untuk menjaga ibunya lantas menguruskan adik-adiknya. bukan calang-calang orang tau boleh wat camtu! huhu.. Farah sendiri pun terkial-kial nak uruskan rumah. berbalik kepada si A ni tadi, Farah rasa nak nangis bila tengok A ni bercerita mengenai kisah ibunya sambil mengalirkan airmata! Farah ni dah la sensetif. tengok orang nages sikit mula la..... ='(

A dapat berbakti pada ibunya sewaktu ibunya masih hidup. semoga Allah memberkati segala pengorbanannya. InsyaAllah. Farah takut sangat. takut kalau-kalau Farah tak sempat berbakti pada ibu. Farah sayang ibu. ibu, walau penat macam mana pun dia, dia tetap utamakan anak-anak. bukan ibu Farah je, tetapi semua ibu-ibu di dunia ni. pengorbanan seorang ibu itu terlalu tinggi nilainya. mampukah kita balas semula? nanti bila Farah dah jadi seorang ibu barulah Farah tau rasanya menjadi seorang ibu...huhu..

tadi ibu balik lambat dari kerja. ibu telefon Farah dan bertanya, Farah nak makan apa hari ni? keluarkan lauk. nanti ibu masak. Farah tak tahu ibu puasa. dan Farah tak sempat sediakan apa-apa pun untuk ibu. rasa macam nak nanges je.. ='(

untuk tebus kekesalan Farah, Farah terus goreng nasi. menunya nasi goreng ladna by chef Farah. hebat! walaupun maccam tak berapa nak jadi tapi adik-adik puji sedap. yeay!! heee~.. seronok! ibu pun makan sambil senyum..rasa lega sangat!

enough talking bout me. Farah ada kisah tentang ibu yang ibgin dikongsikan bersama. mungkin ada yang dah baca kot, tapi baca je lah lagi ek? klik di bawah:



ni ada lagi satu kisah untuk anda semua. selamat malam. Farah nak tidur. wallahua'lam.

Farah
(^^,)

________________________________________________________________

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis00/h_ibu.htm

DOA SEORANG IBU MISKIN



Semasa kerajaan Bani Umaiyah berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, terdapat seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih kecil dalam kedaaan hidupnya sangat dhaif dan menyedihkan.


Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.


"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. "


Ujar ibu itu berjanji mengharapkan anak-anaknya akan diam.
Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :

"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"

"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri bolehlah tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami."
Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.


"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.

Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.

"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.

"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.


Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.


"Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu?" Tanya anaknya yang agak besar itu.
"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.



Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.


Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.


"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.

"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ?" Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.

"Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan itu ?" Kata ibu itu.

"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.

"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."


Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah pengawalnya.


"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."

"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah

"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa saja."
Perintah Tuan hakim.

Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.


Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.


"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.


Dia kemudian memesongkan kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh :

"Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" ibu itu mengadu kepada Allah.


Ibu itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.


Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.


"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.

"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.

"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.

"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini.

"Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.

"Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.

"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.


Setelah didesak berkali-kali akhirnya ibu itu pun menceritakan nasibnya yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih kecil. Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.


"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.


Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :


"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq.


Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati terhadap orang yang susah dan menderita sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.


Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.


Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.


"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya", kata ibu itu kepada pengawal tersebut.

Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah:
"Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah si Saiduq itu taufiq dan hidayat untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"


Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia. Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.
Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya:

"Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat.


Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.


Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas ke rumah Saiduq. Saiduq berbangga kerana tuan hakim datang ke rumahnya.


Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya:
"Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam?"

"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?
Tanya Saiduq kembali.

"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"

"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.

"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.

Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.

"Barangkali kebaikan yang aku lakukan terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.

"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"

" Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.

"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi.

"Ada lagi, "Jawab Saiduq.

"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.

"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.


Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.


"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.


Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.

"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.

"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya?" Tanyanya lagi.


Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.
Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada tuan hakim, katanya :


"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."


Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan.


Begitulah manisnya iman. Seorang Nasrani yang berbudi mulia, dengan doa seorang perempuan miskin saja, dia telah diberi Allah petunjuk menemui jalan kebenaran, lalu menjadi golongan ahli syurga.



Dipetik daripada kitab Mukhtashar Raudhur-Raiyahin karangan Al-`Allamah
al-Yafi`i

Tuesday, 19 October 2010

.:mari berjuang! haiyakkk! :.

salam...

minggu ni merupakan study week bagi student UiTM seluruh negara. h0h0o..dengan bangganya Farah nak bagitau final exam akan bermula pada minggu hadapan. yeay! that's mean cuti sem dah semakin menghampiri. h0h0o.. miss my family s0o much!

preparation Farah nak 'berperang' ni memang lah sangat tidak memuaskan. hehe.. 1st day of study week, Farah bangun -bangun je terus online ym and faceb0ok. 0uch! teruknya.. =.=" tengahari baru bukak buku MGT. pastu malam sebelum nak tidur sempat la jugak habiskan satu chapter dlm MGT. Alhamdulillah. pagi ni Farah revise balik apa yang Farah baca. and i've remember it all! Alhamdulillah..

tepat jam 8.08 am (waktu Malaysia) hari ini r0omate kesayangan Farah meninggalkan Farah sorang-s0rang dalam bilik untuk ke Bukit Tinggi. huhu.. seronoknya d0rang. Tapi takpe lah. sebab Farah rasa kalau nak keluar jalan-jalan melihat alam ciptaan Allah ni lagi best dengan family. alaaa....tengok, rasa nak nanges lagi. I MISS MY FAMILY!

Farah nak ajak sume bloggers yang masih belajar untuk berjuang bersama-sama Farah. Let's fight for our future! ni ade sedikit cenderahati dari Farah sebelum anda beredar ye..

TiPs UnTuK BerJaya dAri Cik Farah yang MaNis..
~> bangun je dari tidur jangan lupa s0lat Subuh. penting tu! selepas bersolat duduk sat atas katil. ingat balik apa yang dah baca or belajar semalam. kalau tak ingat, cuba bukak buku balik. lepas da ingat baru boleh wat benda lain. =)
~> susun jadual belajar anda betul-betul. ini bagi mereka yang ada jadual belajar. As for myself, i don't ever have any study schedule before. it's depend on korang punya cara belajar tau. tapi kalau ada jadual lebih sistematik la. takde la kabut semacam. ehem..Farah memang kabut pun, s0 what? huhu..
~> perbanyakkan latihan. past year question help me a lot. be 'friend' with past year question. Tak kenal maka tak cinta kan? dah kenal past year, dah berchenta dengan past year, then suddenly we realise; 'eh, final exam... it's not that hard. senang je....'
~> early in the mornng, memang sangat sesuai untuk sebjek membaca. Tengahari sampai petang pulak sesuai untuk subjek mengira. malam, u can d0 b0th, wether reading or calculation. and before we sleep, boleh la baca sikit-sikit buku yang kalau anda baca mesti rasa nak tidur. huhu..
~> SOLAT FARDHU 5 WAKTU, DOA, SOLAT HAJAT, TAHAJUD MALAM, Al-QURAN. ini sangat penting. Don't never miss any of these. banyakkan amalan dan PERGANTUNGAN pada ALLAH. InsyaAllah...kita boleh berjaya. Allah selalu ada masa untuk mendengar doa dan rintihan kita.
~> last but not least, RESTU dari ibubapa dan lecturer. jangan lupa call your parent. ask forgiveness from them. sometimes, kenapa semua yang kita balajar tak letak jugak kat otak sebab TIADA KEBERKATAN sama ada dari parent or lecturer. please! remember that.
nampaknya ni je la tips yang dapat Farah share harini. it's time for Dhuha. =) g0od Luck ye sume. daa.. wassalam.
Farah
(^^,)
Tuesday, 12 October 2010

.:sahabat:.

salam...

Aku melafaz doa sekudus kasihku...





"Ya Allah, jagalah sahabatku di kala penjagaanku tak sampai
padanya..


sayangilah dia dikala rasa sayangku tak dapat merangkulnya
dalam dakapan yang nyata..


perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang
sahaja..




Engkau punya segala yang ku tak punya..


Aku ingin dia menjadi sahabatku didunia, dan harap dapat
bertemunya di syurga..


hanyha derai air mata yang bisa membenteng kami dari segunung
api nerakamu...


AMIN..."

sahabat sejati sentiasa dihati. walau se'busy' mana pun kita, kita tetap ada masa untuknya. betapa eratnya ukhuwah yang terjalin sesama sahabat. perbezaan antara sahabat sejati dan kawan-kawan biasa tu memang terasa. nak tau kenapa?





  1. kawan-kawan biasa kalau jumpa kita setakat senyum, or paling afdal pun cukuplah cakap 'hai'. tapi sahabat sejati, kalau jumpa kita mesti saling bersalaman dan berpelukan (sesama wanita ye!) lantas berkata, ' Farah! lama tak jumpa. rindu kat Farah. bla bla bla...'


  2. dikala kita sakit, sahabat sejati akan datang ziarah, tolong apa yang patut. ada juga yang sampai nak menangis tengok keadaan kita. tapi kalau kawan-kawan biasa, dikala kita menangis dalam diam dia sekadar buat tak namapak, or berkata dalam hati, ' biarlah dia. takkan aku nak menyebok hal dia kot? kang dia cop aku sebagai busybody pulak.'


  3. sahabat sejati dikala kita down or something happen, dia dapat sense sekejap je. tapi kalau kawan biasa dia takkan sedar.


  4. sahabat sejati akan sedaya upaya membantu apa yang patut, bukan mengata di belakang kita.


  5. sahabat yang sejati, dia akan membantu dengan ikhlas, tidak mengharapkan balasan. kawan biasa pula..? vice versa.




banyak lagi Farah nak state kan. tapi masa begitui mencemburui Farah. sekarang, Farah dah tak tahu which one is Sahabat Sejati and which one is Kawan Biasa. orang yang disangka sebagai sahabat sejati memperlakukan kita sebagai kawan biasa, namun yang kita sangkakan sebagai kawan biasa pula bertindak seperti sahabat sejat. KENAPA? either you believe it or not, this thing really happens. and it's happen to me. :(



whatever it is, live your lives to the fullest! don't forget, Allah is you best friend. you can trust Him and tell Him all your problems. He's always be there.. trust me.

salam sayang:
Farah
(^^,)

.:g-e-r-a-m!:.

salam..





setelah agak lama tidak menulis, arini farah nak lepas geram versi tulisan. h0h0h0o... nak tau kenapa Farah geram sangat..? ni la sebab-sebabnya..





1. thanks to UiTM c0z nak tolong anak bangsa dengan menaikkan bilangan intake untuk sem depan... BUT menyebabkan kami tak dapat duduk di kolej sem depan.. ;(





2. thanks juga kepada UiTM kerana tak provide kemudahan untuk pelajar bakal-bakal non-resident untuk sem depan. rumah sewa TAKDE! hurm.. :'(





3. kat Jengka ni dah la rumah sewa yang dekat-dekat dah takde, sebab ramai yang dah b0oking. yang ade jauh-jauh, tapi takde pagar, and keadaan disitu sangat-sangat menakutkan. keselamatan student macam mana?





4. cuba bayangkan, kalau ade kelas malam, tapi pengankutan takde. macam mana nak balik rumah? boleh tak nak pasang khemah je kat belakang blok K ni..?





5. dah tak tahu nak cakap apa. huhu.. GERAM!!!!

grr.....geram ni!!



sekian.wassalam..


Farah


('_')
Tuesday, 28 September 2010

.:....saya pun nak kahwin jugak.....:.

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui

(surah An-nur : ayat 32)

salam..
topik Farah hari ini ialah kahwin awal. Haaa...! jangan fikir yang bukan-bukan! it's not that i'm going to get married now ( although i'm actually have though bout it before..hee~..). sebab musabab asalnya adalah kerana rakan sekolah menengah rendah Farah dulu ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun ini! waaah! Sekalung tahniah buat Sukainatul Azimah yang bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangannya.



actually apa bagusnya kahwin awal ni..? Farah pernah juga terfikir nak kahwin awal masa kicik-kicik dulu. hehe.. *gatalnye!* tapi bila usia ni dah meningkat muda remaja Farah rasa umur paling awal boleh kahwin pun ialah 25 tahun.. paling lambat 28 tahun. haha.. visi masa panjang. gatal juga ye Farah ni?




kepada pasangan-pasangan yang ada terfikir nak kahwin awal tu, boleh tengok pandangan=pandangan mereka-mereka di luar sana menerusi link di bawah:



Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) "
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus


kalau kahwin awal orang akan fikir pasal :

"mana aku nak cari duit sara isteri terchenta..?"
"nanti kalau dah ada anak macam mana pulak..? "



huhu..rezeki Allah itu ada di mana-mana. kita tinggal cari je. s0..apa susah? hehe.. *macam farah je yang nak kahwin*. ok lah. Farah nak wat assignment pulak. banyak ni..huhu.. see ya later! wassalam..

Farah
(^^,)
Thursday, 23 September 2010

.: Puasa tau! :.

salam..
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, lalu
diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah -olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim


harini merupakan hari ke-4 Farah kembali ke UiTM dihatiku kampus Khazanah Alam. huhu.. seronok? b0leh la.. tapi sangat-sangat sedih bila mengenangkan Cik Assignment yang sangat3 banyak menunggu + Cik Celcom yang tidak berfungsi dengan baik. huhu.. next week ada 2 test yang menunggu. waaah! sangat seronok! 0h ye, jangan lupe ye untuk puasa enam sempena syawal ni. banyak tau fadhilatnya... sepertimana yang tertulis di dalam hadis, seumpana kita berpuasa sepanjang tahun! MasyaAllah..besarkan ganjarannya?

bagi kaum Hawa seperti Farah, kita diWAJIBKAN puasa qadha dulu sebelum puasa sunat. nak tahu keterangan lebih lanjut? tekan sini.

http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

ok la.. got to g0.. seee ya!

p/s: Penat-penat taip cepat-cepat. sekali kelas BEL BATAL! uwaaaa......
Wednesday, 15 September 2010

.:..waaah!..:.

salam perjuangan..

huhu..harini Farah nak berkongsi satu perkara yang Farah dapat ketika berjalan-jalan di mukabuku. huhu..Siti Nur Diyanah Hardy. juga rakan-rakan seperjuangannya dari Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah menentang kumpulan dari Singapore American School. huhu..eh, ni bukan perang senjata tau. ni perang debate. jangan salah sangka..




mereka ni memasuki debate dalam satu rancangan di TV Singapura, which is Arena 2, if i not mistaken. huhu.. Apa yang menariknya tentang gadis yang bernama Siti Nur Diyanah Hardy ni kan kepetahannya dalam mempertahankan hujahnya. seriously, lancar sangat. i'm quite envy her. why? because i d0n't have a strength to talk like that in public. kalau ada rakan blogger nak tengok, bolehlah tekan link di bawah. huhu..

team madrasah. cantikkan mereka..? sopan menutup aurat. sejuk mata memandang..jeleznye..




Cik Siti Nur Diyanah..tegas dalam berbicara namun still nampak ayu di mata Farah.huhu..seandainya Farah punya kelebihan seperti dia..

apa yang Farah nak sampaikan disini adalah kalau ramai umat Islam didunia ni mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti Cik Siti Nur Diyanah ni mesti best kan. mesti kerja-kerja menyampaikan dakwah berjalan lancar je. mesti dah takde alasan untuk murtad. mesti kalau fight di c0urt orang-orang murtad ni kalah habis seterusnya bertaubat *insyaAllah*. huhu.. ni apa yang Farah fikir je. hehe.. dah macam ustazah pulak.
Farah ni kalau cakap kat depan mesti takde confident. tak boleh nak statik. huhu.. pape pun, Farah tetap bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan kepada Farah. mesti ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan? hee..~ think positive Farah!

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (bakhil
lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan pabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil."

(Mafhum Surah AI-Ma'arij :19-21).

mana tau nanti kalau Farah ade kelebihan-kelebihan yang Farah nak pastu Farah jadi riak, s0mbong, dan lupa pada tujuan asal Farah nak ada kelebihan tersebut..betul tak? huhu..wallahua'lam.
Farah
(^^,)

.:Ceritera's raya ep 2:.

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar...
Sahabat yang setia bagai pewangi yangmengharumkan...
Sahabat sejati menjadi pendorong impian...
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..."
...insyaAllah...

salam..



warning : saya mahu bebel panjang s0, kalau rasa malas nak baca...JANGAN BACA. sekian..



Harini dah masuk raya ke-6. Lagi beberapa hari Farah akan kembali ke Jengka terchenta. lebih spesific, i'm g0ing back to r0om K226. huhu.. sangat3 lah TERuja. *shesh* Assignment--->tak terusik lansung. Hebat tak? *urgh* tamau ingat ade h0mew0rk..boleh tak? huhu..




semalam... hehe..ser0noknyer! dapat keluar dengan Tapak Kaki! hehe.. thanx t0 Cik Amira M0kles a.k.a Appley kerana membawa kereta mak anda, Cik Nabihah Razak a.k.a Beeha for planning this event and Cik Siti Sarah a.k.a Serra f0r being there with us. hee~.. walaupun just pergi Mid Valley yang kita dah berbillion kali pegi, but i don't care. As long dapat jumpa korang. at first, Cik Nadia a.k.a Naddy takde, s0 kami pun decide pergi rumah dia sekaligus melawat rumah Farah. huhu.. seri0usly, rumah Farah time tu sangat bersepah. mana taknya, parent Farah kerja. kat rumah tinggal si Alia dan Akim je. dua orang tu bukan reti nak mengemas. Farah la berlari mengemas umah sepantas yang mungkin sambil rebus bihun. kesian d0rang. makan bihun sup je. huhu.. tapi Farah seron0k sebab d0rang puji cupcake Farah sedap! hehe..walaupun ade yang terhangus sikit *my fault* pun d0rang cakap sedap. bangge nyer...



semalam punya semalam a.k.a hari Isnin, mak cik-mak cik Farah datang rumah. huhu.. dengan bangga nya Farah nak pr0n0unce, Farah dan ibu buat bergedil sendiri! hehe.. jadi pulak tu. dan sedap. hehe.. bangganye....again!







urgh..hari asyik riak jer. astaghfirullah.. *shesh* takut pulak.huhu.. izinkan patik undur diri dahulu. lagi banyak cakap kang lagi banyak melalut. huhu.. wassalam..

Farah

(^^,)

Saturday, 11 September 2010

.:Ceritera's raya ep 1:.

salam..

belum terlambat lagi kan kalau Farah nak wish Selamat Hari Raya..? hehe.. semalam sibuk wish dekat faceb0ok je samapai lupe nak jenguk Teratak Farah..huhu.. s0rry..di pagi raya ke-2 yang amat sejuk ( di kampung ni..) sesejuk kota ais ni *metafora je lebih ni Farah nak mohon ampun dan maaf seandainya TERkasar bahasa, TERsalah bicara, TERbelasah sesiapa dan TER-TER yang lain tapi Farah tak mention. hehe.. maaf la ye...?

huhu..pagi-pagi tadi time makan sarapan banyak perkara dah berlaku. actually takde la banyak sangat. just apabila sekumpulan ibu-ibu berkumpul banyak perkara akan dibualkan. antaranya, kenangan zaman kicik-kicik dulu. sebagai cucu sulung dalam keluarga besar ni, Farah agak malu jugak la sebab tidak memahami bahasa mereka yang tersangatlah complicated, which is jawa. yup, my mom is Jawarians. but not me. huhu.. satu benda pun Farah tak faham bila mereka berborak, tapi..... skill meneka Farah memang 5 star la. hehe.. Farah boleh je teka apa yang dorang bualkan. hebat tak..? *bangga*

Antara yang Farah teka, ibu cerita balik macam mana hidup dorang boleh survive dalam kehidupan yang sangat susah masa kicik-kicik dulu. sampai keluar airmata kot. huhu.. kelakar pun ada. sebab ade waktunya dorang cerita dalam bahasa dorang and then gelak giler-giler sampai tak cukup nafas. ahaks! mereka memang sangat hebat. hehe..

alamak, Farah belum mandi lagi ni. hehe.. sampai disini dulu ye coretan raya kali ni. nanti Farah sambung lagi.. daa~..

Farah
(^^,)
Thursday, 9 September 2010

...........nothing..................

salam..
ni malam yang ke-30.. last nite.. esok hari yang terakhir kita berpuasa..pastu raya..hmm..actually farah tak tahu nak cakap apa. apa yang Farah tau, i'm about to cry. sekian.. wassalam.
Tuesday, 7 September 2010

.: segmen khas: buatmu wanita..:.

salam..
hari ini, Farah ingin menceritakan segalanya tentang wanita. why? well, semua orang tahu kan bahawa wanita itu punca kepada segala fitnah. buktinya, bayi wanita pada zaman jahiliyah dulu dibunuh dan ditanam hidup-hidup kerana dikhuatiri akan memalukan kaum mereka. kenyataan itu TIDAK BENAR sama sekali. kita punya lah dok mengutuk zamna jahiliyah, namun, sedarkah kita bahawa kita sekarang ni sudah kembali ke zaman jahiliyah? okey..buktinya kat sini dalam sehari lah kan, kita tengok berita kat Tv3 ke, kat Berita Harian ke, berapa banyak kes buang bayi terjadi? puncanya? remaja zaman kini. nak yang lebih spesific, of course la 'ibu' yang mengandungkan bayi tu a.k.a kaum wanita.
mungkin bukan salah wanita tersebut 10o%, namun, perkara tersebut takkan terjadi kalau pihak lelaki bertepuk sebelah tangan..betul tak? ok..ok.. Farah bukan nak timbulkan pergaduhan disini. Farah pun wanita wannabe jugak. Farah just nak cakap kat sini, betapa lemahnya iman dan hati seorang wanita itu. hati wanita ni senang ditawan, dihasut, dan dipergunakan. kadang-kadang, wanita itu sendiri sedar apa yang dilakukannya itu salah, tapi bila nafsu dah menjadi raja didalam diri, habis la. ok stop Farah! rasanya kalau Farah teruskan lagi bebelan Farah ni boleh jadi esei. erk...sorry. hehe..pape pun, pesanan buat wanita..sayangilah diri anda.
*i'm kinda melalut seketika. sorry kalau ada yang tak faham apa yang farah cuba sampaikan. kadang-kadang Farah cakap berbelit, tu yang orang lain susah nak faham..hmm..memang tak layak nak jadi kaunselor ni..*

بسم الله الرحمن الرحيم
Wanita Cantik menurut Allah adalah..

♥ wanita yang melukis kekuatan melalui masalahnya
♥ wanita yang tersenyum disaatnya tertekan
♥ wanita yang tertawa disaat hatinya sedang menangis
♥ wanita yang tabah disaat terhina
♥ wanita yang mempersonakan kerana sudi memaafkan segala kesalahan orang lain
♥ wanita yang mengasihi tanpa meminta balas
♥ wanita yang bertambah kuat dalam doa dan pengharapan pada ilahi

... Hati seorang insan yang bergelar wanita itu...
Sensitif:
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet:
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tetapi mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus:
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas:
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin:
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja:
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego:
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta:
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks:
SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


sekadar gambar hiasan.tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang tiada..

Tahukah anda wahai wanita....?

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.3

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.7

. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




...wallahua'lam...
Farah
(^^,)
Saturday, 4 September 2010

.:..hurm...:.

salam...


" hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar "
(surah al-Baqarah : 153)


sabar...ye..kita kena bersabar. sabar itu kan sebahagian daripada iman..huhu.. hari ini rasa cam...entahlah.. redha je la.. semua orang pun nak marah Farah hari ni. uwaaa...!! kena marah dengan ibu, kena marah dengan orang lain, pastu jatuh dalam tandas disebabkan oleh seseorang yang bernama Luqman Nurhakim Asri Ruslan. yes! memang seronok betul! apa lagi..? huhu..


list kerja-kerja rumah dah de dalam tangan. ibu siap dah bagi tugasan untuk Farah and adik-adik sepanjang cuti ni. aduyai...



  1. tolong buat kuih raya ( sekarang la. tp diam-diam online jap)
  2. kemas rumah
  3. basuh cadar
  4. tukar langsir
  5. buang habuk kat bunga-bunga ibu
  6. buang habuk kat frame-frame ibu
  7. gaduh ngan akim..erk?

memang best la cuti ni. huhu..seronok betul bila sampai je rumah semalam. perkara 1st yang Farah buat kan..hehe.. kacau Akim tengah tido! yeay!! best betul dapat dengar suara dia mengamuk. hehe.. i'm a naughty sister. uweek!


hari ni dah 25 hari kita berpuasa kan? waahh...cepatnya waktu berlalu. feel's like just yesterday we started fasting. hehe.. got to g0.. Akim dah datang nak cari gaduh. ibu pun dah panggil. daa~..


Farah

(^^,)

Friday, 3 September 2010

cendol pasar pudu trbaek!!!!!! haha..

yup.. sangat3 suka cendol pudu.. (^^,) hehe..

Ask me anything

suke blog ni :)

thanx kepada yang sukekan blog yang agak serabut ni. huhu.. sy masih lagi blur2 dalam berblogging ni. insyaAllah sy akan improve skill blogging sy s0 that mereka yang suka akn Teratak farah akan suka sgt3 dengan lebih mendalam lg..insyaAllah.. hee~

Ask me anything

farah..aregya cni (http://miszshusyi.blogspot.com/) knp sy x blh kumen kamu..sgt sedeh...

maaf lambat jawab..sy sgt jarang online sejak kembali ke uni. huhu..kepada AreGya dan sume rakan blogger yang lain, sy mohom maaf coz sy sendiri pun tak tahu kenapa org lain susah nak bg komen kat sy. zee pun dulu pernah tanya. sy pun sedey sgt3 sbb sy harapkan feedback yang baik dr rakan-rakan yang lain tp medium utk feedback tak berfungsi pula. maaf sgt3... =_="

Ask me anything

.:mana menghilang..?:.



salam..

sudah sekian lama Farah menyepikan diri. well, bukan kehendak Farah. memang Farah terlalu busy. s0rry yer Teratak Farah. sinserely, i d0 miss you very much. hehe.. yela, bila mana Farah yang suka ber-pot-pet-pot-pet ni diam seketika memang agak janggal la. hehe.. penat..ye, memang Farah penat. penat apabila jari-jemariku yang tulus-mulus *perasan seketika* dah lama tidak menghentak-hentak papan ni. hehe.. don't blame me. it's not that i want to leave you dear Teratak Farah. but, i just have t0....




daa..? whatever! i'm started to talking nonsense right? urgh..grammar pun entah kemana. biaq pi la dia.. hmm..diam tak diam, dah masuk 24 hari kita berpuasa kan? waah! cepatnya!! feels like just yerterday we started fasting. ngeh~...

10 malam yang terakhir ni, apa amalan yang anda dah lakukan ye? malam Lailatul Qadar..dah lepas ke belum? wallahua'lam. terawih ade tinggal tak? err...perempuan jangan ditanya. tanya la gender yang lagi satu tu. huhu..



Daripada Aisyah r.a, rasullullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"wahai manusia, ambillah seberapa banyak amalan yang kamu
mampu, dan lakukanlah amalan tersebut dengan rutin.. sesungguhnya, Allah TIDAK AKAN JEMU sehinggalah kamu jemu. Dan amalan yang
paling Allah cintai adalah apa yang dilakukan dengan ISTIQAMAH meskipun sedikit."


kat sini Farah nak cakap sikit. ok, maybe farah sendiri pun amalan banyak yang tak istiqamah, tapi kita sebagai umat Islam ni kena la saling ingat mengingati antara satu sama lain..tol tak? jadikan setiap amalan kita di bulan penuh rahmat ni sebagai 'ladang pelaburan' terbaik dalam membeli 'jannah'. InsyaAllah.. Ramadhan semakin berlalu. adakah kita dapat menikmati ramadhan lagi pada tahun hadapan? wallahua'lam. kita tak tahu kan apa yang bakal terjadi pada kita masa hadapan. s0, be prepared.remember guys, kita ni di akhir zaman. tanda-tanda kecil kiamat dah ada da didepan mata. tak tahulah kita sedar ke tak. ish...takut pulak.



hmm..dah pukul 4 am ni. jom kawan-kawan, kita qiam nak? mana lah tau esok-esok kita dah tak sempat lagi. at least ada lah amalan kebaikan kita buat kali terakhir. huhu..ayat farah arini semua sedih-sedih. kenapa ek? dunn0. yang farah tahu, pukul 12.30 tengahari arini Farah akan pulang ke Kajang! yeay!! i miss my h0me s0o...much! miss my family very3 much! tak sabarnye....~


knock! knock!!
assalamualaikum...
i'm home!!!
yippie!!!!

Farah
(^^,)
Wednesday, 4 August 2010

.:...s0rry....:.

salam..


hari ini, 4 0g0s 2010 merupakan harijadi si budak mata kicik.


s0, Happy B'day t0 y0u.. May Allah bless u. InsyaAllah..


s0rry sbb lupe ur b'day semalam. seriuosly, memang semalam 0rang terlupa lansung pasal b'day dye. pahal dah set kat handphone, dah set kat minda, dah set kat kepala b'day dia. tp d0nn0 why suddenly boleh forgot. i'm s0o...s0rry. s0rry la ek aJ?





huhu..semalam for the 1st time Farah TERlepas kelas ganti untuk k0-ko. rasa macam nak nanges je. (padahal memang nanges pun) dah la kejap lagi ade kuiz MGT. uwaa....! tensionnyer!





tapi takpe la. Farah yakin boleh survive harini. InsyaAllah..wish me g0odluck for my quiz. again, sorry aJ. mesti merajuk kan? huhu...abes la Farah..~

p/s: semalam dengan arini asyik stress je..huhu..nape ek? maybe sebab minggu ni dapat balik rumah kot. bertambah la jerawatku...~



stu'dying'...huhu.. gud luck for myself...

Sunday, 1 August 2010

.:minggu ini...:.

kadang-kadang kita berdoa untuk kuat..


tapi banyak pula dugaan datang.




kadang-kadang kita minta cerdik..


tapi masalah pula yang bertandang.




kadang-kadang kita minta kebahagiaan..


tapi huru hara pula yang menjelang.







ingatlah wahai sahabatku. Dugaan menjadikan kita seorang yang bersabar, masalah membuatkan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. hebatkan Allah?





semua yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. tak perlulah kita cari apakah hikmah itu kerana kita mungkin tidak akan menyedarinya. Allah itu Maha Kuasa. kalaulah manusia tahu hadis ini (lebih kurang berbunyi begini) :






' telah berkata Jibrail a.s, "wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah
hajat hambaMu", maka Allah menjawab "biarkan hambaku itu, kerana Aku mencintai rintih suaranya.'


Anas bin Malik





semua masalah yang berlaku ada penyelesaiannya. pandanglah kearah sekeliling kita. jawapannya ada disitu. janganlah kita asyik menyalahkan takdir. kata-kata Farah pada malam ini sekadar peringatan buat teman, juga diri sendiri. (hehe..pabila Farah mula berkata-kata secara matang...).

Dugaan Farah untuk minggu ni, assignment yang sangat banyak. Dateline: next week! tapi sabtu ahad (arini dan esok) ade pulak PPP( Program Penyeksaan Pelajar eh! Program Pembangunan Pelajar..hee~) nak berjaya kena la banyak berusaha kan? chaiy0k2! g0 Farah!! u can d0 it! by the way, next week Farah boleh balik rumah! yeay!!


tengah buat c0st acc0unting. mule-mule memang susah giler la. tapi skarang Alhamdulillah... boleh la buat sikit-sikit. syukur...



Farah


(^^,)
Tuesday, 27 July 2010

...Iman dan Hati...

Al-kisah perchentaan antara IMAN dan HATI...



"kadang-kadang hati kering tanpa sinar dan hidayah daripadaNYA...
0H iman..
janganlah tinggalkan hati! Hati sayang Iman..
Andai Iman pergi tinggalkan hati, pasti hati terluka.. Imanlah penawar hati..

Keranamu iman,
hati mengenal sang Pencipta yang maha pengasih..
yang telah mengurniakan Iman pada Hati..
Iman... hati perlukan Iman!

Ya Allah..
Kau peliharalah Imanku ini Ya Allah..
Imanlah sebaik-baik teman, yang indah sekali..
buat hati..."

.:speechless..?:.

salam..

PERHATIAN: PENULIS INGIN MEMBEBEL PANJANG DISINI KERANA DAH LAMA BELIAU TIDAK MEMBEBEL. S0, KALAU-KALAU ANDA RASA BOSAN, ANDA DINASIHATKAN UNTUK BERHENTI DARI MEMBACA ENTRY KALI NI...SEKIAN. HARAP MAKLUM.

Ehem-ehem...
smalam malam nifsu sya'ban kan? apa amalan yang saudara saudari dapat lakukan semalam..?
hehe.. masuk-masuk blog je terus kena tanya soklan cepumas. buat apa tanya orang? diri sendiri macam mana? huhu..sejujurnya, Farah memang tak sedar yang semalam, 27 july 2010 rupa-rupanya 14 Sya'ban. Alhamdulillah Farah terniat nak puasa sunat semalam. teruk betul la Farah ni. ish3...

tapi yang Farah sedih sangat malam semalam ade pulak kelas ganti.. cost acc0unting pulak tu. subjek yang mmg Farah tak faham. nak-nak kelas tu habis pukul 10.30 pm. aduyai.. kacau betul. ingat nak baca yaasin. pastu ade pulak hal lain. bla..bla..bla... akhirnya, Farah tak dapat pun baca yaasin..apatah lagi qiam. memang kachiwa sangat!

but then, Farah fikir balik. mesti ada hikmah disebalik perkara yang dah berlaku ni. memang salah Farah pun. nak qiam tapi tido lambat. huhu...*blush*

0h ye. Farah bersyukur sangat. alhamdulillah..Farah dah dapat spec baru! yeay!! i've brought with my 0wn money. s0, memang farah sangat hepi. farah dah tak susahkan ibu lagi..hee~.. *rindu ibu*

minggu ni memang agak menyeronokkan la walaupun agak busy. huhu.. kakak kesayangan Farah, Kak Zakiah datang melawat ktorg. minggu yang sebelumnye Kak Farah yang datang. memang best la! hehe.. semoga berjaya ye wahai kakak-kakak ku...

minggu ni juga ada program PPP (program Pembangunan Pelajar) untuk student part 3. perh.. malas betul nak pergi. dah la assignment belambak. uwaa..! kena pergi jugak. kalau tak kena repeat. TAMAU! s0, nak tak nak, silalah pergi ye Cik Farah. huhu...

satu perkara yang buat Farah rasa nak tergelak sangat-sangat ialah bile Cik Syiqin, pada suatu hari keluar dari biliknya untuk menuju ketandas, yang mana berdekatan dengan bilik Farah. ayat pertama yang keluar dari mulutnya adalah..

"Fera! asal ko makin g*muk ni?"
ha-ha-ha. sangat kelakar. sengal sungguh syiqin tu. dah la dia jerit kuat-kuat. very-very lah sengal. i hate to admit it, but i think she's rite. uwaa...! betul ke Farah da makin gem... eh! chubby? huhu... pergi kat cermin, tengok lah sendiri!
last but not least, i miss my mum. i miss my family. i miss Akim, Aten and Alia. i miss my MUM s0o....much! masuk minggu ni dah sebulan Farah tak balik. waaahh! cipta rekod! huhu.. pesanan buat keluargaku yang terchenta:
"ehem... ibu, Farah nak makan kek coklat yang ada aiskrim tu.. datanglah jengka.. tak rindu kat Farah ke? huhu..rasa cam nak nanges je ni bu. ibu, nak makan nasi ayam. nak makan spageti...ayah, nak main badminton ngan ayah. nak main kejar-kejar ngan akim. nak gaduh-gaduh ngan Atin and Alia...hurm..."
ish..dah la tgh puasa. boleh pulak asyik cakap pasal makanan je..? teruknyer Farah ni...~
Farah
(~_~)
Wednesday, 21 July 2010

.:internet yg sgt lambat!:.

salam..

semenjak Farah menjadi penghuni tetap di blok K (komplek siswi) ni, banyak betul masalah datang. dengan internetnye yang lagi lambat daripada cik ciput, pastu kedudukannya yang very-very strategic (30 minit perjalanan dari start Farah bukak pintu bilik ke kelas), line telefon pun kadang-kadang tak dapat...hmm... ape lagi? *uwaaa!*




Dari Abdullah bin A’mr r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda,


“Barangsiapa yang berdoa kepada Allah S.W.T., Allah S.W.T.
akan memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang tidak berdoa dengan doa ini Allah S.W.T. tidak akan menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar. Dan barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan dia mengikutinya, dan
mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam keadaan itu dia bersyukur kepada Allah S.W.T. (dengan kurniaan dan limpah Rahim Allah S.W.T.), Allah S.W.T. akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi dunianya yang kurang, maka Allah S.W.T. tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang bersabar dan di kalangan orang yang
bersyukur.”







tak kisah la. sepatutnya Farah bersyukur. ada rakan-rakan Farah yang tak dapat kolej tu lagi kesian. s0, bersyukur je la dengan pe yang ada ek?


banyak perkara dah berlaku sepanjang 'kehilangan' Farah ni. huhu.. semalam, 20 hb July 2010, seoarang pelajar kos akaun, part 3, UiTM Jengka telah pulang ke Rahmatullah. Arwah Faris pernah berada satu kelas dengan Farah semester lepas. al-Fatihah buat beliau. al-Fatihah juga buat ibu kepada ex-ro0mate Farah, Titi Nursyuhadaa yang telah lama meninggal dunia tapi farah baru tahu semalam. ye...saya seorang kawan yang teruk!


ok. st0p sedey-sedey! pagi tadi Farah dah cukup tahan gelak tengok mata Farah yang dah macam panda (tapi menurut mia macam beruang koala) sebab asyik nanges je. haha..


oh ye, sabtu lepas Farah jadi Facilitator kat SMK Damak, Jerantut, Pahang. hehe.. seronok sangat! pengalaman paling berharga. adik-adik kat situ sporting je. hehe.. ni Farah de sertakan gambar. ops! gotta g0. assignment lom siap lagi. wassalam..
pss: sorry gambar agak tak cantik.. huhu..





(kaki para faci yang tak sabar nak menjadi faci. haha..yang agak terkeluar daripada garisan tu kaki Fizah. kaki Farah? cari lah sendiri!)



(antara pelajar 'bertuah' yang kena denda dengan Kak Farah. muhahaha.. Kak Farah baik kan..?)


(dua gambar kat atas ni atas permintaan Kak Eliza yang nak nampak tinggi dalam gambar. hehe.. Una chumel! syidah cun!)

Sunday, 11 July 2010

.:its my birthday..?:.

salam..
huhu.. today, i'm officially 91 ops! 19 la....! yeah! hehe.. Farah dah tua. and now, takde siapa nak kat Farah dah. huhu.. but, d0 i l0ok like i care..? hee~..

pape pun, thanx kepada mereka yang wish, mereka yang mendoakan, serta mereka yang buat Farah merajuk. haha... merajuk di hari jadiku sendiri..sangat seronok! *dush!*

tadi Farah jalan-jalan kat rumah pak cik g0ogle as usual, dan Farah terbaca sesuatu yang menarik! tahukah anda semua....

bagaimana Nabi Muhamad s.a.w menyambut hari lahir baginda?
tak tahu kan..? caranya ialah Nabi berpuasa. bukan macam seseorang tu....mintak kek coklat ais-krim kat ibu dia. pastu siap remind kat ayah dia nak makan kek coklat askem tu gak. eee...tak malu betul! i wonder wh0 is she.... *errr.......*


Abu Qatadah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) was asked about fasting on Mondays. He said, "That is the day on which I was born and the day on which I received Revelation.


sorry ye hadis kali ni dalam bahasa inggeris sebab tempat yang Farah baca tu berbahasa inggeris. ala...korang mesti paham punye...kan? hee~... pape pun, SELAMAT HARI JADI wahai Cik Farah 0ii....

Farah
(^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...