Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 29 April 2010

Apakah perasaanku ini?

salam..

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
penat search dekat internet dalil tentang ujian ni. kenapa ek? ahah..! mesti ade kena mengena dengan entri ni kan? yup! anda memang tepat! 10oo% markah untuk anda. hehe..
harini memang lah sangat memenatkan. nak tau kenapa? baca cerpen ringkas kat bawah ni...:
" Rina, meh cini sekejap." Rina yang sedang mengajar adiknya mata pelajaran matematik terpinga-pinga dipanggil oleh mamanya.
"kenapa mama? muka mama sedih je? mama sakit ke? Rina panggil baba ye?" kebetulan babanya ada diruang tamu sedang menonton televisyen sambil menggosok baju.
"jangan! Rina demgar sini. Baba kamu..dia buat perangai lagi."
"buat perangai? maksud mama?"
"baba kamu...(dalam keadaan menggeletar) dia ada perempuan lain..lagi!" mama Rina terus terduduk di kusyen yang tersedia disebelahnya. kelihatan dirinya seperti menahan perasaan yang teramat.
"mama! ya Allah..." Rina terus memeluk mamanya. dalam fikiran nya kosong. dia tak dapat berfikir dengan jelas. dia seakan-akan blur seketika. sedih? marah? kecewa? ntah. Rina tak dapat tafsirkan perasaannya dengan jelas ketika itu.
"mama dah agak da. kenapa tiba-tiba baba kamu baik sangat tolong mama sejak akhir-akhir ni. lipat baju, gosok baju, kemas rumah.. dulu pun tanda-tanda dia macam ni juga. instinct mama memang betul. ya Allah..tak sangka baba kamu sanggup buat macam ni lagi kat mama.." mata mama Rina sudah bergenang dengan air mata. Rina hanya mampu mendengar luahan hati mamanya. dia tahu kalau dia tunjukkan kesedihan di depan mamanya, pasti mamanya akan lebih bersedih. lalu dipendamkan segala perasaan yang ada, disimpankan untuk diluahkan semula kepada sesiapa. yang pasti, sesiapa itu bukan dalam kalangan keluarganya.
usai memujuk mamanya, Rina kembali mengajar adiknya. dia berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. namun, dalam hatinya hanya Allah yang tahu.
"Rina, tolong baba sangkutkan baju yang baba dah gosok ni. nanti berkedut pula" giliran babanya memanggil Rina. dengan penuh senyuman, Rina pergi membantu babanya.
" ye baba. Rina tolong sekejap. waa..cerita apa yang baba tengok ni? cerita la sikit kat Rina."
lalu babanya bercerita tentang cerita yang sedang ditontonnya. Rina sekadar mendengar.
aku tak sanggup nak tengnok muka baba. sanggup dia buat mama macam ni? lepas tu boleh pulak dia buat derk je. eee...lelaki memang macam ni ke? macam mana la mama boleh tahan. kalau aku, sah-sah aku dah mengamuk.hmm..sabar Rina. jap lagi ko buat la apa yang ko nak. sekarang, berlakon dulu...
selesai menolong apa yang patut, Rina pun minta diri untuk ke bilik. Rina terus solat dan menangis sepuas-puas hatinya. usai mengadu pada Allah, Rina terus mencari rakannya yang patut untuk menceritakan apa yang dah berlaku. biasalah..girls..
s0...dah tau dah kenapa Farah letak dalil berkaitan ujian untuk entry ni? yup... apa yang anda fikirkan tu betulla kot. huhu.. kesian Rina kan? 2 kali baba dia ade makwe lain. lagi kesian dekat mama Rina. tabahnya hati seorang wanita. Farah tabik dengan mama Rina!
masa farah buat blogwalking tadi, ade terbaca entry pasal dugaan and ujian ni. ayat dia lebih kurang macam ni..
Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
means kat sini ujian tu sebagai cara Allah tunjukkan kasih sayang terhadap hambaNya. sebab tu ade pepatah kot yang cakap "setiap dugaan ada hikmahnya yang tersendiri". s0o..think positif! mama Rina and Rina, semoga anda sekalian mampu mengharungi dugaan ni ok?
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,"Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar."
Farah
(-_-)

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...