Pengurusan Masa yang Baik..

"Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Betul tak? Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa. s0, adakah anda pandai menguruskan masa? hmm.....

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan: Bersedialah
1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah

Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan ( terutama kepada Farah..Final Exam dah dekat!!). Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir. Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah...

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...