Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 27 April 2010
sebelum masuk ke dewan periksa, seorang wanita yang baru hendak menghayati Islam yang sebenar, Ferra (bukan nama sebenar) bertanyakan sesuatu kepada rakannya, Anisa (bukan nama sebenar).

"anisa, aku nak tanya sikit. Kita tahu dalam Islam cara pemakaian tudung mesti tutup bahu dan dada kan? Aku tengok akak-akak mentor kita semua pakai tudung labuh. aku belum sedia lagi. aku pakai tudung bawal ni pun tutup bahu dengan dada juga. tak boleh ke huh?"

dan Anisa pun menjawab..

"bukan tak boleh. tapi aku nak tanya kau, tudung bawal ni jarang tak? selagi tudung tu tak jarang dan tak menampakkan apa yang sepatutnya kita tutup aku rasa boleh. tapi aku tak sure apa yang aku cakap ni tepat. selebihnya ko tanya la mentor kau."

lama Ferra berfikir, kemudian dia bertanya lagi..



" aku nak berubah. tapi aku belum bersedia. aku tak nak sebab akak-akak mentor aku berubah. aku nak perubahan tu datang dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah. aku tak nak hipokrit. salah ke aku fikir camtu?"


Anisa dengan senyuman menjawab...

" wahai sahabatku, kau ambil kertas ni. baca lepas exam nanti ye? apa-apa pun, gud luck with exam!"

lantas, mereka berdua pun masuk ke dalam dewan peperiksaan. selepas pulang dari peperiksaan, Ferra terlupa lansung akan kertas yang diserahkan Anisa tadi. namun, setelah dia selesai menunaikan solat Isya', Allah memberi hidayah kepadanya untuk melihat kertas yang diberikan tadi. dengan perlahan-lahan, Ferra membuka dan membaca nota ringkas tersebut.


"sahabat, janganlah engkau berubah kerana insan,
tapi berubahlah kerana kesedaran yang hadir.

tak perlu hiraukan tanggapan orang terhadap diri kita,
asalkan ia sesuatu yang benar.

berubahlah walau sedikit pun,
asalkan perubahan itu berkekalan,
berbanding dengan perubahan yanng mendadak,
tapi sia-sia jika ianya hanya untuk sementara..

Ingatlah, bermohonlah sesuatu kepada Allah,
nescaya Allah akakn menolongmu.
Ingatlah, Allah sentiasa bersama hambanya
yang berada di jalan-NYA.."


renung-renungkan.. dan selamat beramal...

usai Ferra membaca surat tersebut, dia tersenyum penuh makna. Syukran ya sahabat..

~kisah ini adalah kisah benar namun telah diedit sedikit oleh penulis~ (^^,)

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...