Bumi sebagai saksi?

Salam..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.
Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


hai..dah lama tak post anything kat Teratak Farah ni kan? huhu..sejak akhir-akhir ni Farah asyik sibuk 'uruskan' faceb0ok je. hehe.. teruknye!
seriously, i'm back to my "zaman ke'lagha'an". mana taknye, orang , lain sibuk wat itu, wat ini, Farah pun TERikut sama. My bad. I know..
dah lama tak baca hadis. dah lama tak baca al-mathurat. what happening to you Farah?! Arghhh.....MasyaAllah. okey-okey.. no more just talking. after this, try to change okeh!
Yeah! thats the spirit
okey, dah tutup sesi muhasabah diri. sekarang mari kita tengok hadis hari ni cakap pasal apa.
based from what i've read from hadith above, satu hari nanti, bumi akan menjadi salah satu daripada saksi-saksi penting dalam mahkamah akhirat. wh0o... biar betul?
apa yang perlu kita faham ialah kemampuan Allah untuk menjadikan segala benda di muka bumi ni bercakap perkara-perkara yang pernah kita lakukan semasa di dunia dulu. betapa hebatnya kuasa Allah.
contohnya lah kan, si fulan pernah membaling seketul batu untuk menganiaya kucing tanpa pengetahuan siapa-siapa sebab takde orang pun yang nampak. lepas tu si fulan tadi lari jauh-jauh kesukaan. perh..teruknya! ish3...
contoh je la..bukannya kita pernah buat.....kan? wallahua'lam.
nanti dekat akhirat batu tersebut akan menjadi saksi bahawasa nya si fulan tadi telah menganiaya seekor kucing dan dia akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya. itu janji Allah. kita tak boleh nak nafikan.

s0o.....kesimpulannya, lakukanlah amal soleh, dan tinggalkan lah maksiat serta kemungkaran. ingatlah bahawasanya di akhirat kelak semua perbuatan kita di dunia akan diadili. tak akan ada satu pun yang tertinggal.

kira-kira balik kn, macam banyak je dosa..eh! bukan macam lagi dah. MEMANG BANYAK PUN! huhu.. banyak nye dosa Farah. sempat tak Farah bertaubat sebelum terlambat? wallahua'lam....



Farah
(^^,)

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...