Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 20 May 2010

.:spek mata vs contact lens:.

versus

salam..


hari ni Farah nak bercerita sikit. pasal Farah, specs dan lens. haha.. macam tajuk lagu je. untuk pengetahuan semua, Farah dah start pakai specs sejak er...form 1 kot? hehe..agak lama la kan? starting this year, i'm trying to wear lens. reasons dia..err..entah la. Farah tak selesa pakai specs sebenarnya. berat. lepas tu mesti timbul lebam kat atas hidung tu. huhu.. (banyak nye alasan)

okey..okey... salah satu sebab utama Farah pakai lens adalah keyakinan. nak tau tak, sebenarnya sesetengah orang yang pakai specs ni rasa macam tak yakin dengan diri sendiri. betul ni! huhu... kalau orang lain tak rasa, Farah rasa. (huhu..nak gak menang!) selain tu, rasa macam 'saya-budak-nerd' pun ada. ialah, pakai spek mata berbingkai (sebab Farah tak reti jaga kalau takde bingkai) then tengok girls lain yang tak pakai specs tu cantik je, timbul la rase jeleous. huhu... sebab tu nak gak pakai lens. da nekad dah.

ada juga keadaannya bila Farah malas nak pakai lens sebab bangun lambat nak ke kelas or kelam-kabut nak bersiap Farah pakai spek je. huhu..dulu boleh la. sekarang dah tak boleh. sebab spek Farah dah hilang! cedey tau...

berbalik kepada Specs vs Lens, ni ada sedikit info yang Farah dapat selepas jalan-jalan kat umah pak cik g0ogle mengenai hukum memakai lens..
check it out!


  • Apakah hukum menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan?

Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan jika tiadanya sebarang mudarat terhadap mata dan tidak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah kanta sentuh agak membebankan (mahal) sedangkan seseorang tidak memerlukannya. Adapun jika ia membawa unsur penipuan, iaitu samada ia seolah-olah mempunyai penglihatan yang baik atau warna matanya cantik maka tidak dibenarkan penggunaan kanta sentuh berwarna ini. Adapun jika dipakai untuk suaminya atau ahli keluarga di rumahnya dan tidak memudaratkan serta tidak berlaku pembaziran maka tidaklah mengapa.

  • Apakah hukum memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias?

Memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias adalah dibolehkan, jika tidak terdapat unsur penipuan dan tidak berhias di hadapan lelaki ajnabi, serta tidak mendatangkan mudarat, kerana kaca mata yang dipakai oleh seseorang yang tidak perlu memakai kaca mata boleh memudaratkan mata seseorang. Oleh itu kami menasihatkan agar menjauhinya sekiranya ia boleh memudaratkan. Menolak fasad itu didahulukan daripada mendatangkan maslahah.

means boleh la Farah pakai yang ada colour punye. hehe..takpe la. tak berminat.

  • Adakah terbatal puasa dengan memakai kanta sentuh?

Kanta sentuh tidak membatalkan puasa kerana tiadanya kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan dgnnya.

s0, jawapannya tak batal..

  • Adakah memakai kanta sentuh itu haram kerana sesetengah ulama' telah berfatwa ianya mengubah ciptaan Allah?

Tidak mengapa memakai kanta sentuh berwarna dan syara' juga membenarkan warna rambut diubah selain hitam dan tidaklah itu mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan perihal 'menyaluti' mata denga kanta tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.

thank god! Alhamdulillah... takut gak kalau da mengubah ciptaan Allah. huhu..

  • Adakah kanta sentuh memberika kesan terhadap mandi dan wudhu' seseorang?

Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.

kadang-kadang Farah kelam-kabut balik dari kelas nak bersiap pergi kelas lain, nak mandi lagi. s0 kena lah mandi and ambil wudhu' without buka lens. tapi tak selalu la. sebab tak selesa..trust me.

Farah

(^^,)

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...