Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 9 June 2010

Kematian....

salam...


“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang
apabila telah datang ajal/waktunya.” (Al-Munafiqun: 11)

Apabila ruh berpisah dari jasad dan apabila jasad menjadi mayat, maka terputus hubungan manusia dengan dunia yang menjadi medan amal dan medan ujian. Ketika itu ruh berada di alam kekal dan berada di tempat perhitungan dan pembalasan.


Di sana, ada masa yang dilalui oleh setiap makhluk selepas meninggal dunia iaitu masa alam barzakh atau alam kubur. Alam kubur ini ibarat perhentian untuk persediaan menanti hari kiamat. Oleh yang demikian, manusia tinggal di alam kubur dalam satu tempoh yang Allah akan tentukan waktu dunia ini dikiamatkan.


Kematian yang membawa jasad bersemadi walaupun berada di dalam perut binatang, mati dibakar, dikuburkan di dalam tanah. Mayat itu akan disoal oleh dua malaikat bernama Munkar dan Nakir. Pada waktu inilah Allah memperhubungkan ruhnya dan jasad secara perhubungan yang khusus. Oleh itu, manusia yang hidup di atas dunia ini tidak merasai kewujudan perhubungan itu walaupun jasad yang mati itu dipamer dalam peti kaca di hadapan manusia. Yang akan disoal ialah mayat berkenaan yang menjadi ruh dan jasad dengan rupa yang diketahui Allah.

Dalam satu hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Apabila seorang mukmin duduk di kuburnya,
datanglah kepadanya seseorang, kemudian dia menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang
sebenarnya melainkan Allah dan menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah,
maka yang demikian itu ialah firman Allah: Menetapkan Allah akan mereka yang
beriman dengan perkataan yang tetap dalam kehidupan dunia dan juga di
akhirat."




Yang dimaksudkan iman yang tetap dalam kehidupan dunia ialah ketetapan keimanan seorang mukmin itu atas jalan yang lurus semasa hayatnya di dunia dan ketetapan akidahnya ketika disoal oleh malaikat di dalam kuburnya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa maksud ketetapan kehidupan dunia ialah pertanyaan dalam kubur (kerana soalan ini berhubung dengan kehidupan di dunia) dan maksud ketetapan iman di akhirat ialah ketika dihitung (hisab) di hari Kiamat.Pertanyaan kubur meliputi orang yang beriman dan orang kafir. Malaikat akan berlembut dengan orang Islam yang taat dan berkeras dengan orang kafir dan orang yang melakukan maksiat.Mayat akan ditanya sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kuburannya. Terang dan suram atau gelitannya kuburan itu bergantung kepada keimanan dan amal kebajikan manusia di atas dunia ini.

Sebaik sahaja berpindah dari dunia ini ke alam kubur, segera malaikat mengajukan soalan supaya apa yang disembunyikannya akan zahir. Soalan-soalan yang dikemukakan menyentuh perkara-perkara umum seperti siapakah Tuhanmu? Apakah agamamu? Apakah kepercayaanmu terhadap orang yang diutus


Mayat orang-orang mukmin akan menjawab, Allah Tuhanku. Agama Islam ialah agamaku dan orang yang diutus kepada kami ialah Muhammad s.a.w. Dua malaikat itu akan berkata kepada mayat tersebut," Lihatlah tempat dudukmu di Neraka. Allah telah menukarkannya dengan tempat di Syurga." Kemudian mereka memerintah mayat itu," Tidurlah dengan tenang."


Orang-orang kafir dan munafik akan menjawab tidak tahu. Kedua-dua malaikat itu akan berkata," Tidakkah engkau ketahuinya dan tidak mengikutnya." Selepas itu mayat itu dipukul dengan batang besi.Soalan kubur itu ialah fitnah atau ujian sebagaimana disebut oleh hadis Rasulullah s.a.w. bahawa ia adalah satu kebenaran. Ada pendapat yang mengatakan maksud fitnah itu ialah jawapan mayat yang teragak-agak atau salah.

Ada yang berpendapat bahawa maksudnya ialah waktu itu Iblis laknatullah berada di hujung kubur. Apabila mayat ditanya " Siapakah Tuhanmu? " Iblis akan menunjuk-nunjuk kepada dirinya.Ada sebahagian manusia yang dikecualikan dari disoal sebagai penghormatan dan kemuliaan kepada mereka. Mereka itu ialah para Nabi, siddiqin, solihin dan yang berperang lalu mati dijalan Allah.

Ada hadis menyebut orang yang sering membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajadah tidak disoal. Orang yang sabar dengan penyakit yang diterimanya semasa hayat tidak juga disoal. Tetapi mengikut keterangan yang sahih, bahawa semua manusia akan disoal kecuali para Nabi.Mereka yang disoal ialah setiap mukallaf yang terdiri daripada manusia dan Jin. Kita tidak dijelaskan tentang para Malaikat tetapi secara zahirnya mereka tidak disoal.




p/ss: dikesempatan ini, Farah ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga allayarham muhammad shafiq (s.k Taman Rakan, SMK Bandar Baru Sg. Long) yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 9 Jun 2010. dikatakan allayarham kemalangan ketika allayarham dalam perjalanan untuk menduduki final exam di GMI. wallahua'lam. semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. amin.. Al-Fatihah.

By the way, thanks to Nazwan Abd Aziz merangkap bekas lecturer BEL260 diatas artikel diatas...

Farah
(=._.=)

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...