Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Saturday, 19 June 2010

.:marah yang membara-bara:.

salam..
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata
kepada Nabi saw : Berpesanlah kepadaku! Jawab baginda: Jangan Marah! Orang
itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap
berkata: Jangan marah!

Hadis Riwayat Bukhari


erm...kenapa Farah buat entry pasal marah ni? huhu..mesti la sebab Farah tengah marah. huhu.. seriously, sejak akhir-akhir ni asyik nak marah je. emosi tak stabil kot. maybe nak kena demam kot. entah la. Farah ni sebenarnya senang je nak maafkan orang tapi kadang-kadang saje je nak mengada-ngada nak suruh orang lain pujuk. *teruknya!* okay..memang salah Farah.




sedangkan dalam hadis pun dah sebut, jangan marah! tapi Farah seakan-akan lupa ataupun dengan erti kata mudah, buat-buat lupa. just b'coz nak mengada-ngada nak suruh orang lain pujuk. terukkan? *tau takpe*

Hadis kat atas menganjurkan kita supaya jangan selalu suka marah, sebab ~> marah itu terjumlah antara sifat2 yg tercela yg dibenci oleh Allah dan RasulNya. Dalam menta'rifkan sifat marah, Imam Ghazali berkata:
Marah itu sebenarnya ialah secebis api yg bersumber dari api Allah yg
menyala-nyala, yg panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di
lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya
terpancar sifat congkak yang terpendam di dlm hati setiap orang yang sombong dan
bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

o....key. now, cuba lihat firman Allah swt :
"Orang-orang yang sanggup menahan marah serta suka pula
memaafkan orang ramai"

(Al-Imran 134)

"Dan apabila mereka marah, suka pula memaafkan."
(AsySyura : 37)


huhu..nampak tak Farah? orang yang memaafkan adalah lebih baik. lagipun, sabar tu kan separuh daripada iman..

Sifat marah itu daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan
itu diciptakan daripada api. Dan api hanya dapat
dipadamkan dengan air.

Maka jika seseorang daripada kamu marah, hendaklah ia
berwudhu.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

s0, bagaimana caranya kita nak mengatasi marah ni ye..?
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. betul tak?

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur. *selalu buat*

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Marah itu tandanya sayang tau! hehe..

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya-Allah kemarahan akan mulai reda...

Farah
(*o*)

1 cot-cet cot-cet mereka...:

Long Haffiz Long Hassan said...

nice sharing..
a really2 nice sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...