.:perpisahan..:.

salam..


perkara yang pelik berlaku kepada Farah arini. dan semuanya mengenai perpisahan. daripada cerpen, m0vie, sampai ke lagu huhu..kejamnye! tau lah perpisahan 'tu' bakal berlaku. nak tak nak Farah kena hadapinya, betul tak? *sorry tak boleh bagitau kenapa, siapa dan bagaimana benda ni boleh berlaku*

i'm trying to kuatkan iman, tabahkan hati dan sentiasa berfikiran positif!

ish..tibe-tibe mp3 ni pun bukak lagu perpisahan terasing-KRU. ah sudah... jiwanglah Farah malam ni. aish...

"kadangkala Allah menghilangkan matahari..
kemudian Allah turunkan kilat dan guruh...
puas kita cari, mana hilangnya sang mentari?
rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi...."


Farah sayangkan persahabatan ni..Farah sayangkan dia....tapi, Allah lagi sayangkan Farah. s0, back to the basic. Love somebody who loves you...

buat diriku ketika ini...
Dear Farah...

Buatlah kawan dengan siapa saja...
asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim
serta mendekatkan diri kepada Allah.


Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan..
Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.


Mencari kawan mudah...
tetapi mencari kawan yang setia dan memahami amat sukar.


Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas)...
di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah).


Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah...
akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.


Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya...
tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.


Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita...
tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah.


Berkawan dengan orang yang jahat akhlak...
adalah sebagai satu cara untuk menguji diri...
sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.



*3 hari lagi...*

Farah

(~_~)

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...