Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 28 September 2010

.:....saya pun nak kahwin jugak.....:.

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui

(surah An-nur : ayat 32)

salam..
topik Farah hari ini ialah kahwin awal. Haaa...! jangan fikir yang bukan-bukan! it's not that i'm going to get married now ( although i'm actually have though bout it before..hee~..). sebab musabab asalnya adalah kerana rakan sekolah menengah rendah Farah dulu ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun ini! waaah! Sekalung tahniah buat Sukainatul Azimah yang bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangannya.



actually apa bagusnya kahwin awal ni..? Farah pernah juga terfikir nak kahwin awal masa kicik-kicik dulu. hehe.. *gatalnye!* tapi bila usia ni dah meningkat muda remaja Farah rasa umur paling awal boleh kahwin pun ialah 25 tahun.. paling lambat 28 tahun. haha.. visi masa panjang. gatal juga ye Farah ni?




kepada pasangan-pasangan yang ada terfikir nak kahwin awal tu, boleh tengok pandangan=pandangan mereka-mereka di luar sana menerusi link di bawah:



Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) "
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus


kalau kahwin awal orang akan fikir pasal :

"mana aku nak cari duit sara isteri terchenta..?"
"nanti kalau dah ada anak macam mana pulak..? "



huhu..rezeki Allah itu ada di mana-mana. kita tinggal cari je. s0..apa susah? hehe.. *macam farah je yang nak kahwin*. ok lah. Farah nak wat assignment pulak. banyak ni..huhu.. see ya later! wassalam..

Farah
(^^,)
Thursday, 23 September 2010

.: Puasa tau! :.

salam..
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, lalu
diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah -olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim


harini merupakan hari ke-4 Farah kembali ke UiTM dihatiku kampus Khazanah Alam. huhu.. seronok? b0leh la.. tapi sangat-sangat sedih bila mengenangkan Cik Assignment yang sangat3 banyak menunggu + Cik Celcom yang tidak berfungsi dengan baik. huhu.. next week ada 2 test yang menunggu. waaah! sangat seronok! 0h ye, jangan lupe ye untuk puasa enam sempena syawal ni. banyak tau fadhilatnya... sepertimana yang tertulis di dalam hadis, seumpana kita berpuasa sepanjang tahun! MasyaAllah..besarkan ganjarannya?

bagi kaum Hawa seperti Farah, kita diWAJIBKAN puasa qadha dulu sebelum puasa sunat. nak tahu keterangan lebih lanjut? tekan sini.

http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

ok la.. got to g0.. seee ya!

p/s: Penat-penat taip cepat-cepat. sekali kelas BEL BATAL! uwaaaa......
Wednesday, 15 September 2010

.:..waaah!..:.

salam perjuangan..

huhu..harini Farah nak berkongsi satu perkara yang Farah dapat ketika berjalan-jalan di mukabuku. huhu..Siti Nur Diyanah Hardy. juga rakan-rakan seperjuangannya dari Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah menentang kumpulan dari Singapore American School. huhu..eh, ni bukan perang senjata tau. ni perang debate. jangan salah sangka..




mereka ni memasuki debate dalam satu rancangan di TV Singapura, which is Arena 2, if i not mistaken. huhu.. Apa yang menariknya tentang gadis yang bernama Siti Nur Diyanah Hardy ni kan kepetahannya dalam mempertahankan hujahnya. seriously, lancar sangat. i'm quite envy her. why? because i d0n't have a strength to talk like that in public. kalau ada rakan blogger nak tengok, bolehlah tekan link di bawah. huhu..

team madrasah. cantikkan mereka..? sopan menutup aurat. sejuk mata memandang..jeleznye..




Cik Siti Nur Diyanah..tegas dalam berbicara namun still nampak ayu di mata Farah.huhu..seandainya Farah punya kelebihan seperti dia..

apa yang Farah nak sampaikan disini adalah kalau ramai umat Islam didunia ni mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti Cik Siti Nur Diyanah ni mesti best kan. mesti kerja-kerja menyampaikan dakwah berjalan lancar je. mesti dah takde alasan untuk murtad. mesti kalau fight di c0urt orang-orang murtad ni kalah habis seterusnya bertaubat *insyaAllah*. huhu.. ni apa yang Farah fikir je. hehe.. dah macam ustazah pulak.
Farah ni kalau cakap kat depan mesti takde confident. tak boleh nak statik. huhu.. pape pun, Farah tetap bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan kepada Farah. mesti ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan? hee..~ think positive Farah!

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (bakhil
lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan pabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil."

(Mafhum Surah AI-Ma'arij :19-21).

mana tau nanti kalau Farah ade kelebihan-kelebihan yang Farah nak pastu Farah jadi riak, s0mbong, dan lupa pada tujuan asal Farah nak ada kelebihan tersebut..betul tak? huhu..wallahua'lam.
Farah
(^^,)

.:Ceritera's raya ep 2:.

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar...
Sahabat yang setia bagai pewangi yangmengharumkan...
Sahabat sejati menjadi pendorong impian...
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..."
...insyaAllah...

salam..



warning : saya mahu bebel panjang s0, kalau rasa malas nak baca...JANGAN BACA. sekian..



Harini dah masuk raya ke-6. Lagi beberapa hari Farah akan kembali ke Jengka terchenta. lebih spesific, i'm g0ing back to r0om K226. huhu.. sangat3 lah TERuja. *shesh* Assignment--->tak terusik lansung. Hebat tak? *urgh* tamau ingat ade h0mew0rk..boleh tak? huhu..




semalam... hehe..ser0noknyer! dapat keluar dengan Tapak Kaki! hehe.. thanx t0 Cik Amira M0kles a.k.a Appley kerana membawa kereta mak anda, Cik Nabihah Razak a.k.a Beeha for planning this event and Cik Siti Sarah a.k.a Serra f0r being there with us. hee~.. walaupun just pergi Mid Valley yang kita dah berbillion kali pegi, but i don't care. As long dapat jumpa korang. at first, Cik Nadia a.k.a Naddy takde, s0 kami pun decide pergi rumah dia sekaligus melawat rumah Farah. huhu.. seri0usly, rumah Farah time tu sangat bersepah. mana taknya, parent Farah kerja. kat rumah tinggal si Alia dan Akim je. dua orang tu bukan reti nak mengemas. Farah la berlari mengemas umah sepantas yang mungkin sambil rebus bihun. kesian d0rang. makan bihun sup je. huhu.. tapi Farah seron0k sebab d0rang puji cupcake Farah sedap! hehe..walaupun ade yang terhangus sikit *my fault* pun d0rang cakap sedap. bangge nyer...



semalam punya semalam a.k.a hari Isnin, mak cik-mak cik Farah datang rumah. huhu.. dengan bangga nya Farah nak pr0n0unce, Farah dan ibu buat bergedil sendiri! hehe.. jadi pulak tu. dan sedap. hehe.. bangganye....again!







urgh..hari asyik riak jer. astaghfirullah.. *shesh* takut pulak.huhu.. izinkan patik undur diri dahulu. lagi banyak cakap kang lagi banyak melalut. huhu.. wassalam..

Farah

(^^,)

Saturday, 11 September 2010

.:Ceritera's raya ep 1:.

salam..

belum terlambat lagi kan kalau Farah nak wish Selamat Hari Raya..? hehe.. semalam sibuk wish dekat faceb0ok je samapai lupe nak jenguk Teratak Farah..huhu.. s0rry..di pagi raya ke-2 yang amat sejuk ( di kampung ni..) sesejuk kota ais ni *metafora je lebih ni Farah nak mohon ampun dan maaf seandainya TERkasar bahasa, TERsalah bicara, TERbelasah sesiapa dan TER-TER yang lain tapi Farah tak mention. hehe.. maaf la ye...?

huhu..pagi-pagi tadi time makan sarapan banyak perkara dah berlaku. actually takde la banyak sangat. just apabila sekumpulan ibu-ibu berkumpul banyak perkara akan dibualkan. antaranya, kenangan zaman kicik-kicik dulu. sebagai cucu sulung dalam keluarga besar ni, Farah agak malu jugak la sebab tidak memahami bahasa mereka yang tersangatlah complicated, which is jawa. yup, my mom is Jawarians. but not me. huhu.. satu benda pun Farah tak faham bila mereka berborak, tapi..... skill meneka Farah memang 5 star la. hehe.. Farah boleh je teka apa yang dorang bualkan. hebat tak..? *bangga*

Antara yang Farah teka, ibu cerita balik macam mana hidup dorang boleh survive dalam kehidupan yang sangat susah masa kicik-kicik dulu. sampai keluar airmata kot. huhu.. kelakar pun ada. sebab ade waktunya dorang cerita dalam bahasa dorang and then gelak giler-giler sampai tak cukup nafas. ahaks! mereka memang sangat hebat. hehe..

alamak, Farah belum mandi lagi ni. hehe.. sampai disini dulu ye coretan raya kali ni. nanti Farah sambung lagi.. daa~..

Farah
(^^,)
Thursday, 9 September 2010

...........nothing..................

salam..
ni malam yang ke-30.. last nite.. esok hari yang terakhir kita berpuasa..pastu raya..hmm..actually farah tak tahu nak cakap apa. apa yang Farah tau, i'm about to cry. sekian.. wassalam.
Tuesday, 7 September 2010

.: segmen khas: buatmu wanita..:.

salam..
hari ini, Farah ingin menceritakan segalanya tentang wanita. why? well, semua orang tahu kan bahawa wanita itu punca kepada segala fitnah. buktinya, bayi wanita pada zaman jahiliyah dulu dibunuh dan ditanam hidup-hidup kerana dikhuatiri akan memalukan kaum mereka. kenyataan itu TIDAK BENAR sama sekali. kita punya lah dok mengutuk zamna jahiliyah, namun, sedarkah kita bahawa kita sekarang ni sudah kembali ke zaman jahiliyah? okey..buktinya kat sini dalam sehari lah kan, kita tengok berita kat Tv3 ke, kat Berita Harian ke, berapa banyak kes buang bayi terjadi? puncanya? remaja zaman kini. nak yang lebih spesific, of course la 'ibu' yang mengandungkan bayi tu a.k.a kaum wanita.
mungkin bukan salah wanita tersebut 10o%, namun, perkara tersebut takkan terjadi kalau pihak lelaki bertepuk sebelah tangan..betul tak? ok..ok.. Farah bukan nak timbulkan pergaduhan disini. Farah pun wanita wannabe jugak. Farah just nak cakap kat sini, betapa lemahnya iman dan hati seorang wanita itu. hati wanita ni senang ditawan, dihasut, dan dipergunakan. kadang-kadang, wanita itu sendiri sedar apa yang dilakukannya itu salah, tapi bila nafsu dah menjadi raja didalam diri, habis la. ok stop Farah! rasanya kalau Farah teruskan lagi bebelan Farah ni boleh jadi esei. erk...sorry. hehe..pape pun, pesanan buat wanita..sayangilah diri anda.
*i'm kinda melalut seketika. sorry kalau ada yang tak faham apa yang farah cuba sampaikan. kadang-kadang Farah cakap berbelit, tu yang orang lain susah nak faham..hmm..memang tak layak nak jadi kaunselor ni..*

بسم الله الرحمن الرحيم
Wanita Cantik menurut Allah adalah..

♥ wanita yang melukis kekuatan melalui masalahnya
♥ wanita yang tersenyum disaatnya tertekan
♥ wanita yang tertawa disaat hatinya sedang menangis
♥ wanita yang tabah disaat terhina
♥ wanita yang mempersonakan kerana sudi memaafkan segala kesalahan orang lain
♥ wanita yang mengasihi tanpa meminta balas
♥ wanita yang bertambah kuat dalam doa dan pengharapan pada ilahi

... Hati seorang insan yang bergelar wanita itu...
Sensitif:
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet:
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tetapi mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus:
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas:
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin:
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja:
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego:
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta:
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks:
SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


sekadar gambar hiasan.tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang tiada..

Tahukah anda wahai wanita....?

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.3

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.7

. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




...wallahua'lam...
Farah
(^^,)
Saturday, 4 September 2010

.:..hurm...:.

salam...


" hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar "
(surah al-Baqarah : 153)


sabar...ye..kita kena bersabar. sabar itu kan sebahagian daripada iman..huhu.. hari ini rasa cam...entahlah.. redha je la.. semua orang pun nak marah Farah hari ni. uwaaa...!! kena marah dengan ibu, kena marah dengan orang lain, pastu jatuh dalam tandas disebabkan oleh seseorang yang bernama Luqman Nurhakim Asri Ruslan. yes! memang seronok betul! apa lagi..? huhu..


list kerja-kerja rumah dah de dalam tangan. ibu siap dah bagi tugasan untuk Farah and adik-adik sepanjang cuti ni. aduyai...



  1. tolong buat kuih raya ( sekarang la. tp diam-diam online jap)
  2. kemas rumah
  3. basuh cadar
  4. tukar langsir
  5. buang habuk kat bunga-bunga ibu
  6. buang habuk kat frame-frame ibu
  7. gaduh ngan akim..erk?

memang best la cuti ni. huhu..seronok betul bila sampai je rumah semalam. perkara 1st yang Farah buat kan..hehe.. kacau Akim tengah tido! yeay!! best betul dapat dengar suara dia mengamuk. hehe.. i'm a naughty sister. uweek!


hari ni dah 25 hari kita berpuasa kan? waahh...cepatnya waktu berlalu. feel's like just yesterday we started fasting. hehe.. got to g0.. Akim dah datang nak cari gaduh. ibu pun dah panggil. daa~..


Farah

(^^,)

Friday, 3 September 2010

cendol pasar pudu trbaek!!!!!! haha..

yup.. sangat3 suka cendol pudu.. (^^,) hehe..

Ask me anything

suke blog ni :)

thanx kepada yang sukekan blog yang agak serabut ni. huhu.. sy masih lagi blur2 dalam berblogging ni. insyaAllah sy akan improve skill blogging sy s0 that mereka yang suka akn Teratak farah akan suka sgt3 dengan lebih mendalam lg..insyaAllah.. hee~

Ask me anything

farah..aregya cni (http://miszshusyi.blogspot.com/) knp sy x blh kumen kamu..sgt sedeh...

maaf lambat jawab..sy sgt jarang online sejak kembali ke uni. huhu..kepada AreGya dan sume rakan blogger yang lain, sy mohom maaf coz sy sendiri pun tak tahu kenapa org lain susah nak bg komen kat sy. zee pun dulu pernah tanya. sy pun sedey sgt3 sbb sy harapkan feedback yang baik dr rakan-rakan yang lain tp medium utk feedback tak berfungsi pula. maaf sgt3... =_="

Ask me anything

.:mana menghilang..?:.



salam..

sudah sekian lama Farah menyepikan diri. well, bukan kehendak Farah. memang Farah terlalu busy. s0rry yer Teratak Farah. sinserely, i d0 miss you very much. hehe.. yela, bila mana Farah yang suka ber-pot-pet-pot-pet ni diam seketika memang agak janggal la. hehe.. penat..ye, memang Farah penat. penat apabila jari-jemariku yang tulus-mulus *perasan seketika* dah lama tidak menghentak-hentak papan ni. hehe.. don't blame me. it's not that i want to leave you dear Teratak Farah. but, i just have t0....




daa..? whatever! i'm started to talking nonsense right? urgh..grammar pun entah kemana. biaq pi la dia.. hmm..diam tak diam, dah masuk 24 hari kita berpuasa kan? waah! cepatnya!! feels like just yerterday we started fasting. ngeh~...

10 malam yang terakhir ni, apa amalan yang anda dah lakukan ye? malam Lailatul Qadar..dah lepas ke belum? wallahua'lam. terawih ade tinggal tak? err...perempuan jangan ditanya. tanya la gender yang lagi satu tu. huhu..



Daripada Aisyah r.a, rasullullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"wahai manusia, ambillah seberapa banyak amalan yang kamu
mampu, dan lakukanlah amalan tersebut dengan rutin.. sesungguhnya, Allah TIDAK AKAN JEMU sehinggalah kamu jemu. Dan amalan yang
paling Allah cintai adalah apa yang dilakukan dengan ISTIQAMAH meskipun sedikit."


kat sini Farah nak cakap sikit. ok, maybe farah sendiri pun amalan banyak yang tak istiqamah, tapi kita sebagai umat Islam ni kena la saling ingat mengingati antara satu sama lain..tol tak? jadikan setiap amalan kita di bulan penuh rahmat ni sebagai 'ladang pelaburan' terbaik dalam membeli 'jannah'. InsyaAllah.. Ramadhan semakin berlalu. adakah kita dapat menikmati ramadhan lagi pada tahun hadapan? wallahua'lam. kita tak tahu kan apa yang bakal terjadi pada kita masa hadapan. s0, be prepared.remember guys, kita ni di akhir zaman. tanda-tanda kecil kiamat dah ada da didepan mata. tak tahulah kita sedar ke tak. ish...takut pulak.



hmm..dah pukul 4 am ni. jom kawan-kawan, kita qiam nak? mana lah tau esok-esok kita dah tak sempat lagi. at least ada lah amalan kebaikan kita buat kali terakhir. huhu..ayat farah arini semua sedih-sedih. kenapa ek? dunn0. yang farah tahu, pukul 12.30 tengahari arini Farah akan pulang ke Kajang! yeay!! i miss my h0me s0o...much! miss my family very3 much! tak sabarnye....~


knock! knock!!
assalamualaikum...
i'm home!!!
yippie!!!!

Farah
(^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...