Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 7 September 2010

.: segmen khas: buatmu wanita..:.

salam..
hari ini, Farah ingin menceritakan segalanya tentang wanita. why? well, semua orang tahu kan bahawa wanita itu punca kepada segala fitnah. buktinya, bayi wanita pada zaman jahiliyah dulu dibunuh dan ditanam hidup-hidup kerana dikhuatiri akan memalukan kaum mereka. kenyataan itu TIDAK BENAR sama sekali. kita punya lah dok mengutuk zamna jahiliyah, namun, sedarkah kita bahawa kita sekarang ni sudah kembali ke zaman jahiliyah? okey..buktinya kat sini dalam sehari lah kan, kita tengok berita kat Tv3 ke, kat Berita Harian ke, berapa banyak kes buang bayi terjadi? puncanya? remaja zaman kini. nak yang lebih spesific, of course la 'ibu' yang mengandungkan bayi tu a.k.a kaum wanita.
mungkin bukan salah wanita tersebut 10o%, namun, perkara tersebut takkan terjadi kalau pihak lelaki bertepuk sebelah tangan..betul tak? ok..ok.. Farah bukan nak timbulkan pergaduhan disini. Farah pun wanita wannabe jugak. Farah just nak cakap kat sini, betapa lemahnya iman dan hati seorang wanita itu. hati wanita ni senang ditawan, dihasut, dan dipergunakan. kadang-kadang, wanita itu sendiri sedar apa yang dilakukannya itu salah, tapi bila nafsu dah menjadi raja didalam diri, habis la. ok stop Farah! rasanya kalau Farah teruskan lagi bebelan Farah ni boleh jadi esei. erk...sorry. hehe..pape pun, pesanan buat wanita..sayangilah diri anda.
*i'm kinda melalut seketika. sorry kalau ada yang tak faham apa yang farah cuba sampaikan. kadang-kadang Farah cakap berbelit, tu yang orang lain susah nak faham..hmm..memang tak layak nak jadi kaunselor ni..*

بسم الله الرحمن الرحيم
Wanita Cantik menurut Allah adalah..

♥ wanita yang melukis kekuatan melalui masalahnya
♥ wanita yang tersenyum disaatnya tertekan
♥ wanita yang tertawa disaat hatinya sedang menangis
♥ wanita yang tabah disaat terhina
♥ wanita yang mempersonakan kerana sudi memaafkan segala kesalahan orang lain
♥ wanita yang mengasihi tanpa meminta balas
♥ wanita yang bertambah kuat dalam doa dan pengharapan pada ilahi

... Hati seorang insan yang bergelar wanita itu...
Sensitif:
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet:
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tetapi mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus:
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas:
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin:
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja:
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego:
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta:
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks:
SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


sekadar gambar hiasan.tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang tiada..

Tahukah anda wahai wanita....?

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.3

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.7

. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




...wallahua'lam...
Farah
(^^,)

1 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...