.: Final exam dan Pergantungan kepada Allah..:.

salam...

selamat pagi! hee~.. hari ini merupakan permulaan bagi final exam. waaaah! cepatnya.. my preparation? hehe.. sikit-sikit je. memandangkan exam Farah start hari rabu ni dan ianya BEL s0 Farah tak tahu nak baca dan buat apa. kat bawah ni Farah ada sertakan jadual periksa farah yang diedit oleh cik Nana. *thanx ye nana!*






huhu.. preparatin untuk BEL, hari-hari Farah taip NST online cari ayat-ayat yang best dan isu semasa yang boleh masuk dalam essay nanti. tu jelah usaha yang Farah boleh buat. selebihnya d0a dan tawakal. dan tak lupa, pergantungan kepada Allah. penting tu!

hari ini Farah nak kongsikan satu info yang mungkin anda dah tahu tapi Farah nak juga bagitahu. Credit to Kak Haziqah yang chumell. =) tahukah anda bacaan di bawah ini:

Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa'nii Warzuqnii Wahdinii Wa'Aafinii Wa'fuannii

haa...mesti ada yang dah perasan. ini kan bacaan didalam solat, which is ketika duduk antara dua sujud? sedar tak ni..? tahukah anda akan maksudnya? sejujurnya, Farah sendiri baru tahu bila Kak Haziqah bagitahu kat Farah. reaksi Farah lepas tahu maknanya, Farah terdiam seketika. lama la juga. rasa macam satu perasaan yang tidak dapat di identify menusuk ke seluruh anggota badan. nak tahu apa maknanya..?

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. ada pula yang hendak mempercepatkan solat lantas membacanya dengan laju hinggakan tersalah sebut lalu tersalah makna. MasyaAllah..

Ya Allah.. betapa jahilnya diriku ini. dalam diam kita tak sedar kita sedang memohon kepada Allah. tanpa kita sedar ketika kita duduk antara dua sujud pun kita sedang berdoa. betapa besarnya nilai doa ini. doa yang selama ini kita meminta tetapi kita tidak sedar.

marilah kita muhasabah diri kita sebentar. lepas ni, perbetulkan apa yang silap. kita mesti sentiasa perbetulkan diri kita. manusia kan tak perfect, sentiasa lakukan kesalahn..kan? s0, lepas ni Farah hope sangat-sangat pembaca blog Farah beserta diri Farah sendiri perbetulkan segala kesilapan kita terutama didalam solat. =) wallahua'lam. sebarang kesilapan didalam blog Farah harap dapat diperbetulkan.

Farah

(^^,)

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...