Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 6 January 2011

KPT Jelaskan Sebab Penukaran Sesi Pengajian 2011/2012


Perubahan kalendar akademik universiti kepada September bukan bertujuan menarik pelajar antarabangsa sebaliknya lebih kepada usaha menyelaraskan tempoh pengajian dengan universiti asing.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perubahan kalendar itu lebih kepada konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa bagi membolehkan program mobiliti akademik dilaksanakan secara lebih efektif.

Menurutnya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu didedahkan kepada senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.

“Sebagai contoh, pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan para pelajar kita kepada amalan luar.

“Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di Indonesia dan Thailand kerana mereka memulakan kalendar sesi akademik pada September setiap tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, penyelarasan itu juga membolehkan profesor-profesor terkenal dari luar negara berkongsi kepakaran dalam aktiviti penyelidikan dengan IPT tempatan.

“Ketika ini apabila mereka mahu berkongsi kepakaran, pensyarah kita sibuk dengan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan apabila pensyarah kita hendak buat penyelidikan di luar negara, mereka pula sibuk, jadi kita tidak dapat mengoptimumkan kolaborasi penyelidikan dan pengkomersialan pensyarah tempatan,” katanya.

Justeru dengan adanya penyelarasan sebegini, pensyarah IPTA dapat mengambil peluang serta inisiatif untuk memulakan kolaborasi penyelidikan dengan universiti luar negara tanpa perlu menjejaskan waktu untuk berjumpa pelajar.

Mengulas mengenai mobiliti pelajar antarabangsa, beliau berkata, penyelarasan kalendar akademik membolehkan pelajar-pelajar IPT ternama dunia ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester.

Kata beliau, langkah tersebut menguntungkan Malaysia yang membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.

Mohamed Khaled turut mengumumkan fasa pelaksanaan kalendar akademik IPTA dari tahun 2011/2013 dianjakkan sebanyak dua minggu ke hadapan dari tarikh asal pelaksanaan pada sesi akademik 2010/2011.

Ini bermakna pendaftaran pelajar baru adalah pada 25 Julai bagi sesi orientasi dan pendaftaran pelajar lama bermula pada 1 Ogos.

“Bagaimanapun dengan mengambil kira pandangan IPTA mengenai tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran hingga cuti hari raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos depan, kementerian telah menetapkan agar IPTA memulakan sesi pendaftaran pelajar baru pada minggu pertama September.”

“Ini bagi memudahkan pengurusan pihak universiti dan seluruh masyarakat untuk persiapan hari raya”

“Bagi pelajar lama, kementerian memberi fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal atau kalendar baru,” katanya.



p/s: means untuk cuti sem yang akan datang ni (untuk sesi dis-may 2010) lama la ek..? hmm...bina badan lagi la kat rumah kalau gitu... =)

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...