.: tolong-jangan-bunuh-saya!! :.

salam,

kenapa ramai orang nak bunuh Farah ni? jahatnye!!! everywhere i go, mesti ade si pembunuh tu. benci! benci! benci! dah takde keje lain ke? hey mr. or miss, whoever it is, kalau anda nak bunuh diri sekalipun, perlu ke bunuh saya sekali?? apa salah saya pada anda huh?!




cuba la hentikan kerja gila ni. anda memang dilahirkan untuk membunuh diri sendiri ke? maaf diatas kekasaran bahasa saya. tapi saya dah tak tahan lagi dengan orang-orang macam anda. anda nak sangat bunuh diri? ok fine. buat lah.

TAPI, cari lah tempat yang takde orang. ni tak. buat kat tempat terbuka. paling tak tahan sangat, saya dah terang-terang batuk giler-giler kat sebelah anda. boleh pulak anda buat tak tahu je? dengan muka kerek dah-tahu-tak-tahan-bau-rokok-sila-shuhh-jauh-jauh selamber dek je anda teru-terusan menghisap benda alah tu. aisey, ni tak boleh jadi ni!

urgh, kalau saya membebel banyak-banyak pun takat masuk pintu depan, keluar balik ikut tingkap belakang buat apa. hurm...



--------------****---------------

salam,

saya anti kepada cik Farah. ala, pedulikan je cakap si Fara
h tu. dah tau nampak orang merokok pegi la jauh-jauh dari dia. tu pun nak kena ajar ke? suka-hati-diri-aku-yg-hensem-atau-lawa la nak buat apa yang aku suka. kan kan kan?

kalau benci sangat dengan orang merokok tu asal tak straight cakap terus kat dia? nak pegi bebel-bebel kat blog pulak. macam la orang kesah. kan kan kan?

eley, bukannya hisap rokok tu boleh terus mati. derita sakit sikit-sikit je. yang kau sebok-sebok apasal hah Farah? paling-paling koman pun ade sakit ni je;


  • Barah paru-paru
  • Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  • Sakit jantung iskaemia
  • Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  • Kanser pundi kencing
  • Air mani tidak normal
  • Lemah ingatan
  • Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  • Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  • Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  • Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
    • dan mungkin bagi kaum lelaki boleh menyebabkan mandul


    see? sikit je. bukan ada pape pun.

    You Might Also Like

    2 cot-cet cot-cet mereka...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...