.: just my thought :.

as salam.


sikiiit je lagi nak tambah before tirai blogger ini ditutup. *ayat tak boleh belah!* ok. fokus.

.Farah thought of the day.



1. jangan nak demand sangat dalam berkawan. tak payah la nak harapkan orang boleh penuhi keinginan kita. because kita sendiri pun tak mampu nak penuhi keinginan mereka. serius!



2. jangan asyik meminta apa yang kita tak ada. bersyukur dulu dengan apa yang kita ada. jangan sampai bila Allah tarik balik benda tu baru kita nak menyesal tak habis.

3. sentiasa muhasabah diri.

4. berangan itu perlu. tapi jangan macam 'angan-angan mat jenin' je. make sure ianya boleh dicapai, or else hanya sekadar jerawat yang timbul. ;p


5. merajuk juga perlu. tu lah cara terbaik nak mengada-ngada. haha.. tapi somehow orang selalu salah faham. iyee laaa.. orang tak paham kitee.. nak buat macam mana kan?


okeh. ada sebab kenapa tiba-tiba ada 'Farah thought of the day' ni. first, sebab saya sangat TERASA hari ini. aura sensetif terlebih hari ni. lagi-lagi bila orang tak faham kita. hurm.. kalau merajuk versi Farah, memang orang tak sedar. tapi kalau merajuk tipu-tipu a.k.a mengada-ngade orang sedar pulak. sheesh.. apekah? am i hard to predict?


even pocoyo pun merajuk. okey. ape pulak kena mengena dengan pocoyo? aish...ni la susahnya kalau anda dilahirkan sebagai budak TERlebih mengada. huhuhu.. dah la. banyak sangat melalut benda bukan-bukan. jam dah menunjukkan jam 3:52 pagi. alang-alang tu meh la kita solat sunat sekali.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)



kalau malas sangat at least pergi la amek wudhuk sebelum tidur.

“Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’Bin ‘Azib)


wassalam.

You Might Also Like

2 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...