aj

.: bila kita di'delete' dari friend list..:.

salam.

*post kali ni ditujukan khas untuk seorang teman. so, penggunaan ganti diri akan ditukar kepada aku-kau.*

pada saat-saat yang genting macam ni, dengan esok aku ade 2 test, kau cari pasal lagi dengan aku. ok fine. aku terima. kita kan memang teman bergaduh sometimes.

aku dangan terseksanya menelaah 'taxation' dan kau dengan senang-senangnya cari gaduh dengan aku. ok fine, aku dah biasa.

aku sakit kepala bila belajar subjek kritikal ditambah lagi dengan kau yang suka berfikir kritikal. dah la esok ade test Bel;critical thinking jugak. sumenye kritikal. sampai kepala aku sakit tahap kritikal. ubat? no no no! kau tahu kan aku tak suka makan ubat? aku memang alah betul dengan benda tu. nanti aku addict sape yang susah? aku jugak. kau kesah apa.

kira bergaduh hari-hari. selain handphone, fesbuk juga menjadi perantara medan pergaduhan kita. it's ok lah. makin kita gaduh makin kita rapat. makin aku tahu kau macam mana. friend do fighting each other, almost everyday. hehe.. i guess..?

tapi, kali ni kau dah melampau. aku terseksa. kau tau ke? aku ni sensetif sikit. ok. aku sensetif banyak. sepatutnya kau pun tahu benda tu. sepatutnya lah. kau! kau dengan sesedap oren mendelete aku dari friend kau. kat fesbuk! orang lain, hari-hari tulis kat status dye naak delete kawan yang dye tak kenal. tapi aku dye tak delete pn. tapi kau! kau kawan paling rapat ngan aku. kau kenal aku lagi banyak dari mereka. tapi kau delete aku..?

bukannya aku pentingkan friend dekat fesbuk tu. ah, persetankan lah fesbuk tu. aku kesah apa. aku just TERASA giler kau buat aku macam tu. di saat kita tgh gaduh. disaat aku sakit kepala. sekarang patutnya aku tido. esok aku ade 2 test kan? tapi kau buat aku tak boleh tido. walaupun kau selalu call aku, tadi pun kau call aku. cakap kintak maaf. tapi, luka dan kesan terasa dalam hati aku ni tak hilang. walau kau add banyak-banyak kali pun, aku tetap terasa. tetap tak boleh hilang perasaan sakit hati ni. mungkin pada kau benda ni kecik, tak payah nak besar-besarkan cerita. tapi aku lain. benda ni dah buat aku terasa. BANYAK. dan aku sangat gembura kerana dapat menangis malam ni. BUKAN SEBAB KAU JE, sebab aku muhasabah diri aku. termasuk nanges sebab TAXATION..

kau...cukuplah. aku tak tahu kau baca ke tak entry aku ni. tapi, aku memang TAKKAN cakap depan-depan kau ape yang aku rasa. cukup la aku dah expose banyak benda pasal aku. but sometimes, ade benda yang aku rasa kau tak payah tahu pun takpe. tahnx 'kawan' sebab buat aku macam ni. kau memang 'kawan' yang paling rapat dengan aku. aku appreciate sangat3.

You Might Also Like

2 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...