.: jom kita...... :.

as salam.



setelah berjaya menjawab 2 soalan MAF 280 soalan budgeting, Farah terasa macam nak bermalas-malasan diatas katil. sedap betol kalau dapat golek-golek atas katil petang-petang gini, betul tak? hehe.. but then after Farah on fesbuk, terbaca pulak satu status ni..


"Tips utk mengelakkan otak mnjadi lembap..Jgn tdo wktu ptg lg2 lps wktu asar..amalkan

gaya hdp sihat spt brsukan pd wktu ptg.klu nk tdo pon disunatkn tdo sblom zuhur.klu

trse mgntok sgt ptg2 pg la jln2 kt luar.asalkn jgn tdo tym2.(en. azlan,2011, lect ese242)"


choy. terus terbantut niat. hehe.. tapi memang betul pun. mana boleh tido lepas asar. ade hadis rasanya. dulu Farah pernah dengar orang cakap. then Farah pun search la kat umah pok cik g0ogle dan seterusnya terjumpa ni;


BOLEH TAK TIDUR LEPAS SUBUH DAN ASAR?

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:
“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".
Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.

Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.

Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan. WALLAHUA'LAM.

SUMBER--> di sini


dan kalau nak kan sumber lain, boleh pergi ke url ni;


ok. means boleh la tidur lepas subuh and asar. hahaha! *dush* aik! mana boleh. lepas subuh tu seeloknya berzikir, baca al-mathurat ke, mengaji ke, yang penting dekatkan diri kepada Allah. sebab lepas daripada waktu tu mesti dah busy. dengan kelasnya, kerja nya, assignment, bla bla bla...

pastu, lepas asar pulak waktu yang best untuk bersukan. ha.ha. as for me, waktu yang best untuk baca novel or komik or pape la. sukan? hehehe...jauh la. but seriously, i do miss my old time having so much activities with my friend. mana hilangnya semangat farah yang aktif dulu...



kenangan hanya tinggal kenangan......~

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...