.: kita belajar kerana apa ek? :.

as salam..


tiba-tiba terbaca satu ayat ni...buat diri ni terasa something. huhu..

" Allah tak tanya berapa CGPA kita nanti.Allah tak tanya berapa asset mahupun liabiliti kita kat dunia ni. Jangan letakkan ilmu didepan, sehingga kita melupakan Tuhan. ilmu yang kita belajar, ilmu Allah. Belajarlah kerana Allah..kerana Islam."

memang betul pun, Allah tak tanya berapa CGPA kita. Allah tak tanya pun macam mana kita berusaha gila-gila untuk capai CGPA tu. yang Allah akan tanya, amalan kita. buat apa dapat 4 flat tapi dalam test kita meniru? buat apa dapat anugerah dekan setiap sem hasil dari meniru kita tu?


ok. jom kita berfikir sekejap. what if, dalam test kita meniru, dan lecturer cakap;

'saya tak akan berkati ilmu dan segala yang saya sampaikan kepada awak semua sekiranya awak meniru dalam test saya!'

tak ke gila. TERANG-TERANG dia cakap ilmu kita tak berkat. test kita tak berkat. and then, disebabkan test yang kita meniru tadi, kita dapat anugerah dekan. dan perkara yang sama berulang sampai kita habis belajar. last sekali, kita dapat kerja HASIL DARIPADA TEST-TEST DAN EXAM-EXAM YANG TAK BERKAT tadi. wh0oo.. agak-agak, rezeki yang kita dapat, walaupun melalui cara yang halal, tapi.............. wallahua'lam. korang nampak tak consequences dia?




benda ni betul. my lecturer for Law, setiap kali before start test dia akan cakap macam tu. wh0o.. siap cakap lagi;

'kalau awak usha-usha (tengok-tengok) kertas kawan sebelah awak pun saya consider awak sebagai meniru!'

ok. kena jaga mata. to be honest, sometimes dalam test saya sendiri TERusha membe kat sebelah. tapi disebabkan tahap rabun jauh yang agak tinggi, mesti saya tak nampak. lagipun, kalau saya usha dorang bukan sebab nak meniru. serius! tapi sebab nak tengok dorang dah buat sampai mana. SEBABnya saya ni kalau buat test MESTI tak sempat. tulis lambat sangat or idea generate lambat sangat. saya pun tak tahu. saya ni memang problem sikit. huhu..

Farah yang selalu lambat, mengalahkan kura-kura. hurm.. =_="


lagi satu, ada lagi kes di mana student sanggup stayup untuk akademik, belajar sampai pagi, tak tidur lansung pun takpe, asalkan dapat belajar (termasuk tuan punya blog). nak berjaya dalam akademik la kononnya. tapi, untuk apa je kita belajar tu sebenarnya? kadang-kadang saya sedih. saya sendiri, kadang-kadang saya terlupa, alang-alang dah stay up untuk dunia tu kenapa saya tak stayup untuk akhirat sekali? maksud saya, melalui qiam.


berapa lama je qiam tu. tak susah pun. kalau dulu di Jengka alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat tersayang saya sentiasa di ingatkan tentang qiam. bila dah jauh dari sahabat ni, hanya Allah je tahu. mungkin sebab saya terlalu kejar dunia instead of akhirat. padahal, Allah berfirman;

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

wallauhua'lam.. yang lagi saya sedih, ada juga kawan-kawan yang sampai tertinggal solat. stay up sampai pagi boleh pulak? solat yang ambil masa tak sampai suku pun dari masa belajar kita punyalah susah nak buat. hmm.. ni memang sesuatu yang sangat menyedihkan. peringatan buat diri sendiri juga. tak nak la cakap orang. diri sendiri pun entah macam mana. wallahu'alam..


p/s: saya dalam m0od kekecewaan sebab exam Law pagi tadi mengjangkaui luar batasan normal. even my lecturer cakap soalan untuk section c TAK MUNGKIN KELUAR SELAIN DARIPADA DIRECTOR, namun entah macam mana tiba-tiba sem ni keluar AUDITOR. saya memang tak layak nak jadi AUDITOR. section untuk auditor satu benda pun tak ingat. sedihnya.. hanya mampu berdoa agar section A dan section B dapat cover untuk section C. redha dan tawakkal je la. =(

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...