.: ok. saya dah TAK trauma :.

as salam..


setelah dua hari berturut-turut menghadap kalkulator, makan dengan kalkulator, tidur bertemankan kalkulator, mimpi nombor-nombor plus bertemankan inchek demam, alhamdulillah...selesai sudah paper taxation and costing. mukadimah nak gempak je. hehe..

masuk hari ini dah 3 hari saya demam, namun itu bukan penghalang untuk saya buat preparation nak jawab final exam! haiyaaak! semangat membara-bara walaupun dalam keadaan begini......


huhu.. okeh. straight to the point. petang semalam keluar wajah MR BOGEL-MAN kat Berita Harian. sape pulak MR-BOGEL-MAN tu? haaa.... sila baca entry ini.






TERTUDUH, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Melaka hari ini atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit Isnin lalu. - Foto Rasul Azli Samad
Apr 25, 2011 6:09 pm



dan setelah puas mengadakan sesi bertukar-tukar-cerita, kutuk-mengutuk, sengal-menyengal, akhirnya kami membuat keputusan untuk tak mempercayai Berita Harian. sebab yang kami dapat cerita mana ada sampai kena rogol. giler. malu budak tu! tapi.....kat tv3 pun keluar benda yang sama. giler! ape ni....?

and then cerita tu terkubur seketika. but suddenly today kitorang dikejutkan dengan berita lebih karut bin mengarut! memalukan mangsa tu je. aish....






Jel 30 tahun, 16 sebatan

Oleh
mriduwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.


Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.


Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.


Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.


Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.


Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.


“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.


“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.


“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.


Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.


Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.


Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.


“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.


“Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.


“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.


Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.


Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.



giler la. makin detail pulak serius menakutkan. mana pulak pakcik2 harian metro ni dapat berita TERamat detail ni? daripada saya dah TAK trauma, makin BERTAMBAH-TAMBAH trauma la nampaknya. aish...macam mana nak survive bile kena dok luar nanti ni.....???













You Might Also Like

2 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...