.: ok. saya trauma. :.


as salam..

semalam telah terjadi satu peristiwa yang menyebabkan semua warga kolej Tun Mutahir UiTM Melaka trauma. dengan tuan punya blog ni skali pun trauma. rasa macam tak boleh nak tidur je malam tadi. okey. itu sangat tipu la kalau Cik Farah ni tak tidur sebab trauma. but
still, sekararang memang masing-masing sedang berjaga-jaga. belajar tu belajar jugak, tapi takde la sampai tak peduli akan sekeliling. kisahnya begini....


di satu petang yang agak terik, tiada burung pun yang berkicau memandangkan dah petang. penduduk bilik A10-4 mula bermalas-malasan di atas katil, ade juga yang sedap berbaring di atas lantai memandangkan hari agak terik. te tibe..

"aaaaaaa...!!!! pak gad! mak gad! *@#$%%&*"

lantas semua bergegas ke beranda rumah. pada mulanya, hanya beberapa kepala yang dapat dilihat dibawah. tetapi, makin lama teriakan penduduk di tingkat bawah mula mengundang minat seluruh penduduk Tun Mutahir untuk melihat apa yang berlaku.

kelihatan pak guard menaiki motor sambil membawa...batang mop? pak guard mula berlegar legar sambil mengarahkan semua warga Tun Mutahir mengunci pintu masing-masing. ape kes?! yang dari tandas, keluar serta merta. yang tengah menyidai pakaian di luar rumah, mencicit lari masuk rumah. semua aktiviti terhenti.


demi keselamatan sejagat, kami pun mengunci pintu rumah. oh dan tak lupa juga, nampak tak rak kasut kat atas tu? haaa... rak kasut tu diletakkan kat belakang pintu sebagai penghadang. dan automatik, penyapu, juga penyodok, segala neka benda yang boleh dijadikan senjata mula diambil, sebagai precaution.


diatas merupakan gambar pemandangan dari beranda bilik kami ke bahagian bawah. kalau nak bayangkan situasi semalam, banyak kepala timbul dari beranda masing-masing. semua cuak! ape yang jadi sebenarnya?

pada mulanya, barita yang sampai kepada kami adalah..

' ade lelaki ceroboh masuk! dia curik hempon! '

maklumat kedua..

' ada orang gila naked! dia naik setiap bilik!'

what the..? makin cuak la kami! then maklumat last yang kami dapat sekitar jam 4 petang...

'ada lelaki, drug addict. melompat masuk ke kawasan asrama melalui tempat sampah. hidu gam, khayal, then bukak baju. naik tingkat 3, then terus ke tingkat 4, masuk bilik tepi tangga. bla bla bla.. ada budak perempuan menangis. semua takut, nak keluar tak berani. then jerit panggil pak guard melalui beranda'

ok. tak lama kemudian polis datang. tamat cerita. tapi, ingatkan cerita habis disini. malam semalam tiba-tiba polis forensik datang. huh? ape kes ni? saya sendiri tak pasti apa yang berlaku. dengar cerita ada budak kena belasah. takutnya!

yang lebih menakutkan, lelaki tersebut hanya masuk ke bilik-bilik yang berdekatan dengan tangga di setiap tingkat. giler! bilik saya pun antara yang berada di tepi tangga. choy!

malam tadi semua kunci pintu. gila-gila precaution la diambil. takuut. apa-apa pun boleh jadi. semester hadapan kami dah start kena duduk luar. sedangkan kolej yang ada pak guard pun boleh kena ceroboh, macam mana kalau duduk luar nanti? ok. sangat kusut. doa sahaja dapat dijadikan senjata. semoga kami dilindungi dari malapetaka dan segala perkara buruk. amiin....wallahua'lam..

You Might Also Like

4 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...