.: errrr....:.

Perkara² yang boleh buatkan seorang Farah yang cengeng menangis.


Sila jangan gelak. Tahan ketawa anda. Aku asyik menangis atas sebab tak sangat tak relevant!

1. Sebab ayah tak bagi aku makan ikan feveret aku yang mana kalau kat Melaka aku kena bayar RM2.5o seketul. Eh, seekor. Alas an ayah;

“ Farah kan dah gem**. Mana boleh makan banyak-banyak.”

Dan rupanya ayah yang sangat jarang ber’joking’ sedang mengenakan aku. Darn! Aku menangis kat atas meja makan. Depan adik-adik! Jatuh maruah aku. sampai hati ayah!


2. Aku yang bersalah. TERkurung adik aku kat luar rumah yang mana time tu aku tertidur dalam rumah. 30 minit dia menjerit menagis-nangis kat luar rumah tapi aku boleh tidur mati. Giler ape? Kakak ape aku ni? Bula ibu dok ungkit-ungkit aku asyik balas cakap aku tak sengaja. ‘bijak’nya aku. Padahal asalnya aku nak diam-diam je. Kenapa lah mulut aku gatal-gatal nak menjawab? Ok. Sebabnya aku rasa bersalah. Tapi yang bijaknya aku pulak yang merajuk pastu. Nanges diam-diam. Urgh!

3. Bila mana aku call orang tak angkat, mesej pun balas lambat-lambat ( menandakan dia takda masa nak layan aku tapi aku paksa dia jugak). Then bila aku sedar aku macam orang ‘bijak’ bertepuk sebelah tangan sibuk call-call mesej-mesej orang tapi orang tak layan, aku rasa sakit ati sangat! Dan kemudian aku nanges. Arrr....

4. Tengok cerita korea/ jepun yang mana ending dia hero or heroin tu mati. Cheesy! But still aku akan TERmenangis.

5. Baca novel yang mana ending dia tak memuaskan hati or tergantung or TERmati. Again, automatik airmata keluar.

6. Drama melayu jarang boleh buat aku menangis. But somehow kalau aku nampak orang lain menangis aku pun akan menangis. APEKAH?!

7. Bila mana aku TERdengar kisah pasal ayah atau ibu dia meninggal, dan dia as in siapa-siapa (kalau orang yang aku tak kenal pun sama) jadi anak yatim. Mula-mula menangis dalam hati. Pastu menangis diam-diam. Sengal.

8. Bila mana aku dah lama tak baca Al-Quran sebab sibuk dengan urusan dunia. Aku rasa kosong. Bila aku start baca balik mesti aku menangis. insyaAllah aku akan try kekalkan baca Al-quran.

9. Bila mana aku dah lama tak sujud time tengah-tengah malam. Teruknya! Bila sibuk lupakan Allah, time sepi baru nak cari Allah..? *tunduk*


You Might Also Like

1 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...