.: hari-hari hari ibu! :.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


as salam.

rata-rata semua orang kat Malaysia dah start wish 'Happy Mother's Day' kepada para ibu. well, kalau ikutkan saya hari-hari adalah hari ibu. saya try jaga hati ibu setiap hari although sometimes saya TERlebih batasan sampai buat ibu marah..err.. but still, i love my ibu more and more everyday without any doubt!


now, saya ada kemusykilan. hari ibu ni boleh sambut ke tak? ok. mula-mula saya dapat ni.


Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.



okey. bila cek dekat tempat laen, ada pulak yang mengatakan;


Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.




tapi kan, di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa. so.....?

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda :
“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

wallahua'lam..

sumber:

You Might Also Like

1 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...