.: kawan halusinasi...wujudkah? :.

"nak turun bawah rumah. tapi gelap je.. acu ngan pak teh tido. camne ni?" ~aku

"apa kau takut. aku kan ade. jom kte pegi same-same" ~'Aizat'


as salam.

a few days before saya menjejak ke blog si sempoi SHAFIQA KARIM yang mana entry beliau yang berjudul KAWAN HALUSINASI begitu menyentuh memori silam. huhu.. kawan halusinasi. she said that;

"benda macam ni wujud untuk orang yang percaya"



ntah apa la yang saya fikirkan time kicik-kicik dulu. aish... mula-mula chek jah, si patung gajah kesayangan, pegi mana-mana bawak la patung tu sampai terbakar telinga dye (kisah benar bak kata ibu). after that aizat, 'someone' that always be there for me, tapi lepas tu dye hilang camtu je. tanpa sedar. but now and forever, insyaAllah, only Him that will be beside me forever. the Almighty.

ok. back to the story. i do, once have a 'friend', an imaginary friend named Aizat. basically, he was my best est friend ever. yang pernah saya ada dalam hidup. *sedey*



masa zaman kicik-kicik dulu, ibu ayah busy memanjang. time tu kewangan keluarga tak mencukupi, so masing-masing busy mengejar peluang yang ada and tinggalkan sorang anak ni keseorangan. alhamdulillah at that time she doesn't have adik-adik or else maybe mereka pun akan jadi macam kakak dorang ni. aish..

si kakak ni penakut orangnya. suka berteman tapi memandangkan semua orang busy so layan diri sendiri jela nampaknya. then muncul la watak Aizat. si dia datang tanpa siapa-siapa sedar. even now bila buka balik cerita zaman kanak-kanak dengan ibu she said that;

" eh? really..? macam mana Farah boleh ade 'kawan tu'? bukan Farah ramai kawan ke dulu?"

yeah. 'ramai' la sangat. cukup untuk buat maen kejar-kejar waktu petang depan rumah tok wan sambil tunggu ibu ayah balik kerja. but petang-petang bila balik tadika tu bukan ade orang pun teman. dok jelah rumah tok wan, tak pun rumah anip (rumah orang yang jaga saya dulu).


ingat lagi, bila nak masuk bilik air mesti cam ade perasaan ade-benda-tunggu-kau-dalam-tuuuuu. sheesh. budak-budak. untuk mengatasi 'permasalahan' tersebut Aizat akan datang membantu. setakat teman cakap-cakap dalam bilik air. hilang terus rasa takut.

ade lagi ketikanya saya tak tahu nak buat apa, Aizat akan datang memberi idea. dan si bodoh alang ni akan ikuut je apa yang Aizat cakap. ngek. thanx to Aizat saya TAK PERNAH MEMPUNYAI RAMBUT PANJANG sebab saya sendiri akan memotongnya menggunakan gunting yang entah mana ntah saya dapat. padan muka.

.gambar hiasan.

ibu tau je teros kena cubit. nanges.but Aizat akan datang dan pujuk. he's a very good friend. tak sangka saya ada 'kawan' yang baik begitu. unfortunately, since saya masuk sekolah rendah Aizat semakin hilang. mungkin kerana faktor waktu persekolahan yang padat menyebabkan Aizat tak nak 'ganggu' saya.

now i realize something. me being like that is because of loneliness. saya tak salahkan kedua parent saya yang sibuk ketika itu. saya faham apa yang mereka lalui, coz saya juga lalui perkara yang sama. membesar dalam rumah umpama setinggan (bak kata mereka). pergi ke sekolah menaiki motor kapcai ayah yang sampai sekarang ayah still guna untuk ke kerja (sebab sayang). motor pancit time on the way melawat ibu yang baru lepas bersalin dan ayat yang tolak sementara saya duduk di atas motor, bermandi hujan.

ok. air mata dah gedik-gedik nak meluncur kat atas muka ni. aish.. cengeng bebenor la. huhu.. dulu kalau menangis Aizat yang pujuk. sekarang? heh.. tak payah. Farah kuat. boleh survive sendiri. =)

p/s: sorry Aizat aku tak sedar bila kau hilang dari hidup aku. aku memang kawan yang tak kenal budi. hmm... tapi.......kalau kau ade sampai sekarang memang habis lah aku masuk hospital tanjung rambutan. ;p btw, sayonara 'Aizat"..

You Might Also Like

1 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...