.: kenali mereka yg bernama jiran :.

as salam.


this is a true story, which just happen this morning. niat bukan nak malukan diri sendiri, tidak. just nak bagi pengajaran so that orang lain tak buat perkara yang sama.



Aku sedang menanda buku-buku latihan murid kelas 4S dan 4R di kelas Primary Student, itu pun setelah aku memberikan mereka beberapa 'classwork' untuk disiapkan. tiba-tiba namaku dipanggil.

"cikgu Farah, mrs. Amy panggil u."

"oh, okay. kejap kejap."

dengan pantas aku meninggalkan pesan kepada 3 pelajar Primary studentku supaya siapkan kerja mereka. lantas aku keluar berjumpa mrs. Amy. kelihatan juga seorang wanita, yang aku percaya one of the student parent berada di sebelah mrs. Amy.

'oh tidak, aku ada buat something wrong ke? habislah.. aku dah la punya gerun tengok muka mrs. Amy. hailaa....' kata-kata itu hannya mapu berada gigalam fikiranku. nak keluarkan? gila.
suddenly mrs. Amy memulakan bicara;

"farah, u ada duduk di Taman ***** kan? u boleh tolong hantar student balik rumah ka?"

"oh, ye ye. i can. satu jalan je. Mak Wisyah ye ni?" aku cuba berbicara dengan wanita tersebut. aku yakin aku tak bersalah dan mungkin dia ada kena mengena dengan soalan mrs. Amy tadi.

"yup. akak nak mintak tolong awak hantar anak akak la starting next month. boleh tak? sementara je. nanti akak bayar la macam akak bayar kat orang yang dulu"

alhamdulillah..rezeki! aku begitu happy sebab aku tau income aku bakal bertambah, walaupun tak banyak mana. cukup la untuk cover topup.

" InsyaAllah..boleh boleh. rumah akak kat mana? saya duduk kat Jalan Rakan 15. akak?"

" eh? Jalan Rakan 15? no rumah berapa?"

aku dengan blurnya menjawab;

" no **. yang dekat dengan sekolah Taman Rakan tu.."

"eh, akak pun duduk jalan tu jugak. aish.. u are my neighbor! yang ade kereta Avanza tu kan? haiyaa.. mrs. Amy, she's my neighbor. senang la hati saya sikit kalau macam tu."

aku dah tersentak. huh? my neighbor? rumah selang-selang rumah aku la tu. hadusss... macam mana aku boleh tak perasan ni? kantoi!

" Wisyah, come here. ni kakak ni hantar wisyah balik tau lepas ni. rumah dia yang ade cat dengan arnab tu..."

eehhh..?? macam mana dorang boleh tau rumah aku ade arnab? padahal arnab tu duduk kat belakang rumah. ish... ni mesti si Wisyah adik-adik aku punya member ni.

lepas Darwisyah mum balik, tibalah masa aku emngajar di kelas Wisyah. lepas puas jerit-jerit marah marah budak-budak yang tak nak dengar kata tu aku pun panggil la Wisyah.

" wisyah, umah wisyah katne? wisyah kenal akak ke? pagar kaler ape ek?"

"umah isyah agar itam aaa cikgu."

eeeh..? pagar itam? owh.. yang kat hujung bukit tu kot.. tiba-tiba guru kelas Wisyah masuk.

"u memang talak tau ka she's ur neighbor? hehehe.. i pun dah sepuluh tahun duduk sini talak tau my neighbor name. "

hambiik kau kena setepek. malu gi.ler. aku pun nekad balik ni aku kena tanya ibu.

____________________________

KAT RUMAH

"ibu, kat tadika kan ada student akak tu dia duduk sini. dekat dekat dengan rumah kite.. hmm.. ibu...kenal ke dengan mana-mana jiran yang ada anakumor 4 tahun?"

"ish Farah ni. jiranpun tak kenal. siapa nama budak tu?"

"Darwisyah bu.. alaa.. akak kan selalu duduk rumah. jarang keluar. mana akak tau.. tapi kan bu.. akak pelik. mana mak dia tau rumah kita ada arnab ngan kucing? pelik tol.."

"eh? jap, mak dia tak pakai tudung and rambut pendek ea? anak dia kerinting ea?"

haah! ibu kenal. nasib baik..

"hah! betol la tu. siapa tu bu?"

"FARAH NURAZRINA!!!! farah tak kenal jiran SEBELAH RUMAH SENDIRI KE? tu kan isteri uncle Ijai yang kat sebelah ni? anak dia yang selalu panggil Isya tu! adooooi.. nasib baik dia tak cakap 'awak yang pagi-pagi rumah bising mak awak jerit sebab jerit suruh anak-anak bangun pagi tu kan?'. adooooi.. jiran sebelah rumah sendiri pun tak kenal!"

oookey. jiran sebelah rumah. darn! malunyerr!!!! memang lah dorang tau kitorang de bela arnab ngan kucing! and macam mana aku boleh duduk sini lebih dari 10 tahun boleh tak kenal jiran sebelah rumah aku?!

PENGAJARAN: SILA KENALI JIRAN ANDA BETUL-BETUL. ADA KALANYA ANDA RASA ANDA DAH KENAL MEREKA TAPI SEBENARNYA TAK. DAN ITU SANGAT TERUK. DAN MEMALUKAN. DAN SENGAL.

You Might Also Like

3 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...