.: kerana sebiji epal :.



Di suatu pekan kecil yang bernama jilan atau gilan di negeri Farsi tinggal seorang hamba Allah dari dalam keturunan yang baik-baik. Beliau adalah Abu Salih Janghidost keturunan Imam Hassan (cucu Rasululluah S.A.W). Beliau ialah seorang yang warak dan cinta kepada Allah. Sebahagian besar dari hidupnya digunakan untauk bertafakur dan bermujahadah untuk melawan nafsu.




Pada suatu masa sedang beliau duduk di tepi sungai sambil bertafakur dan menutupkan matanya, apabila dibukanya matanya, beliau berasa amat lapar kerana beliau sudah lama tidak menjamah makanan. Tiba-tiba dilihatnya sebiji epal terapung-apung di sungai itu .Apabila buah dibawa hanyut sungai rapat kepadanya,beliau mengambil buah itu dan dimakannya.



Sedang asyik beliau menjamah epal itu, tiba-tiba tergeraklah hatinya untuk mengetahui samaada buah itu halal untuknya atau tidak. Beliau berasa sangat bersalah, lalu beliau bangun dan dan berjalan sepanjang sungai untuk mengtahui dari mana sumber buah epal ini. Berjalanlah beliau sehingga beberapa hari. Akhirnya ternampklah olehnya sebuah pohon epal yang penuh berbuah di tepi sungai itu, dilihatnya juga ada sebuah kebun yang besar dengan banggunan yang tersergam di situ. Setelah bertanya kepada beberapa orang yang berada di situ,maka tahulah olehnya kebun itu milik Abdullah Saumi.



Beliau berjumpa dengan Abdullah Saumi meminta maaf kerana memakan buah epal itu. Dengan segara Abdullah Suami mendapat tahu bahawa orang berjumpa dengan beliau ini adalah seorang yang warak dari keturunan yang baik-baik, lalu dia pun berkata "saya maafkan tuan jika tuan sudi tinggal bersama saya selama dua belas tahun". Abu Salih pun bersetuju untuk tinggal bersama dengan Abdullah Saumi itu. Setelah tamat dua belas tahun Abu Salih tinggal berasam Abdullah Saumi, berkata Abdullah Saumi "saya akan maafkan tuan sekiranya tuan bersetuju menikahi anak perempuan saya yang buta, pekak serta tangan kakiknya lumpah, di samping itu tuan hendaklah berstuju tinggal dua tahun lagi setelah berkahwin itu supaya dapat saya melihat cucu".



Abu Salig berfikir sejenak, "nampaknya tuan Abdullah Saumi hendak menguji aku,tetapi tidak mengapalah aku takut akan azab di akhirat nanti." Akhirnya Abu Salih bersetuju dan upacara nikah pun dijalankan. Pada malam itu masuklah Abu Salih ke bilik ana perempuan Abdullah Saumi yang sekarang telah pun menjadi isteri beliau sendiri. Tetapi alangkah terkejutnya beliau, apa yang dilihat bukan seorang perempuan yang buta, pekak serta lumpuh kaki dan tanganya bahkan seorang wanita yang sangat cantik. Maka perkara itu diketahui oleh ayah mentuanya.




Abdullah Saumi kepada Abu Salih "ayah katakan isterimu buta kerana dia tidak pernah memandang orang lain selain dari muhrimya, dia pekak kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar,tanganya lumpuh kerana ia tidak pernah bersentuhan dengan orang yang bukan muhrimnyam kakinya lumpuh kerana tidak pernah melangkahkan kakinya di tempat-tempat yang cemar". Dengan itu fahamlah Abu Salih. Maka tinggallah Abu Salih dan isterinya Ummu Khairi Fatimah. Ummu Khairi Fatimah merupakan seorang yang warak. Daripada hasil perkahwinan mereka lahirlah mujaddid pada kurun ke-5 iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani.



p/s: =) mana nak jumpa guy macam ni lagi.. btw, i loooooove epal. ;)

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...