Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 28 June 2011

.: marah tanda loving. membebel tanda caring. :.

as salam.

today topic, sepatutnya membebel. but that saya akan keluarkan untuk next entry. sebab before that, saya ada story nak cerita.

sumber: my mom and IKIM.FM.

* disebabkan kisah ini didengar dari mulut ke mulut maka saya menulis kembali skripnya ikut idea saya sendiri. salah dan silap harap maaf. ibu cakap ini kisah benar yang ibu dengar kat radio. kalau tuan punya story TERbaca harap maaf sesangat sebab buat skrip sendiri. *

______________________________


Kelihatan seorang lelaki berjalan kaki seorang diri, sehelai sepinggang. hala tujunya tidak dapat dipastikan. sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. mukanya jelas menunjukkan tuan punya body kepenatan. mungkin sudah jauh berjalan. kepalanya sentiasa ditundukkan, jelas menunjukkan dirinya dilanda kesedihan.

tak lama kemudian lelaki tersebut berjalan laju menghala ke arah sebuah kedai makan. sesampainya dia di situ, lelaki tersebut melihat-lihat kearah lauk-pauk yang terhidang sambil memegang perut.


"laparnya perut aku. nak makan, tapi duit takde. tapi aku dah tak larat ni..."

tanpa disedari tindak tanduknya disedari oleh seorang pak cik tua, yang mana merupakan tuan punya kedai makan tersebut. pak cik tua itu lalu datang menghampiri lelaki tersebut lalu bertanya;

"anak ni tengok apa? nak makan ke? ambil la"

"saya lapar pak cik. tapi malangnya saya takde duit. macam mana saya nak makan?"

pak cik tersebut kemudiannya pergi meninggalkan lelaki tersebut. lelaki tersebut dapat mengagak,pak cik tersebut tidak akan menolong orang macam dia, yang tiada duit. namun sangkaannya meleset. pak cik tersebut kembali membawa sepiring pinggan dan memberikan kepada lelaki tersebut.


" nah nak, ni kedai pak cik. ambil lah apa yang anak nak. pak cik bagi."

lelaki tersebut tergamam seketika. namun, disebabkan dia terlalu lapar lantas lelaki tersebut terus mengambil lauk dan duduk, terus menjamah makanan yang diambil. pak cik tua tersebut terus duduk dihadapan lelaki tersebut sambil memerhatikannya.

sedang lelaki tersebut makan dengan penuh nikmatnya, dia terhenti seketika. lelaki tersebut memandang makanan tersebut, lama. diam terhenti seketika. seri wajahnya lantas berubah lagi, menjadi sedih.

"pak cik ni baik betul. baru pertama kali jumpa saya, terus bagi saya makan free. padahal pak cik bukan kenal saya pun. pak cik ni baik betul. terima kasih sangat3."

" hmm.. anak ni dari mana sebenarnya? kenapa anak datang sini? rumah anak kat mana?"

lelaki tersebut menghabiskan makanannya. terdiam sebentar, bermuka sedih lantas berkata;

"saya ni dah jauh berjalan pak cik. saya....lari dari rumah pak cik."

"kenapa? apa dah jadi, kalau anak sudi ceritakanlah pada pak cik"

"mak saya.. dia selalu marah-marah saya. sampai la semalam, dia suruh saya buat sesuatu, tapi saya tak buat. kami pun bergaduh besar, lama mak saya membebel. last-last mak saya cakap, 'KALAU KAU KELUAR DARI RUMAH NI LAGI BAIK!!'.


saya sedih pak cik. mak saya halau saya. dia benci saya. pagi tadi saya nekad, saya nak keluar dari rumah tu. mak saya pun dah halau saya. buat apa saya ada kat situ lagi. tapi saya keluar sehelai sepinggang. sebab tu saya takda dut. jauh saya berjalan ni pak cik. Alhamdulillah saya jumpa orang baik macam pak cik, yang sudi bagi saya makan free. terima kasih banyak-banyak pak cik."

sambil bercerita, dapat dilihat betapa sedihnya riak wajah lelaki tersebut. pak cik tua tersebut khusyuk mendengar lalu berkata;

"anak baru jumpa pak cik tak sampai satu jam. pak cik hanya bagi kamu makan je, kamu dah berterima kasih dengan pak cik. kamu cop pak cik ni baik. padahal kamu bukannya kenal pak cik pun.

cuba anak bayangkan, mak kamu kandung kamu 9 bulan, bertarung nyawa lahirkan kamu, bersusah payah besarkan kamu, layan kerenah kamu dari kecik sampai la besar ni, bagi kasih sayang secukupnya pada kamu, ada kamu berterima kasih pada mak kamu?"

lelaki tersebut diam. matanya mula berair. ada aura bahawa air mata bakal berguguran jatuh.


" mak kamu baru marah kamu sikit, kamu dah terasa hati dengan dia. ada kamu fikir berapa banyak mak kamu terasa hati dengan kamu sejak kamu kecik sampai besar ni?

kamu tengok betapa ramainya kes buang bayi sekarang ni. kenapa mak kamu tak bunuh je kamu dari kecik dulu kalau dia memang bencikan kamu? ada kamu berterima kasih dengan dia?"


dan lelaki tersebut lantas menangis bersaksikan pak cik tua tersebut. dia menyesal, betapa bersalahnya dia dalam soal ini. kata-kata pak cik tersebut begitu kena dengan dirinya. ya, akhirnya dia sedar dia yang bersalah.

" saya nak balik la pakcik.. saya dah bersalah pada mak saya. saya nak berterima kasih padanya. saya nak balik..tapi saya penaat sangat. duit pun takda. rumah pun jauh.."

"tak pe lah nak. ni pak cik bagi kamu sikit duit, kamu pergilah balik sekarang. jangan buat mak kamu risau. pergi mintak maaf pada mak kamu. berterima kasihlah pada dia"

nak dipendekkan cerita, berbekalkan duit yang diberikan pakcik tua tersebut, lelaki itu lantas menaiki bas pulang ke rumahnya. dia bertekad untuk meinta maaf dan berterima kasih kepada mak nya. sesampai di rumah;

"ya Allah, kamu ke mana nak? puas mak cari kamu. mak tengok kamu takde dalam bilik. kamu kemana ni? mak dah masak makanan tengahari ni. mak tunggu kamu dari tadi. jom makan sama-sama."


lelaki tersebut tak dapat lagi menahan air matanya, lantas dia terus memeluk mak nya. meminta maaf, dan terus menceritakan apa yang telah berlaku.

" kamu ni..mak marah kamu bukan sebab mak benci kamu. mak sayang kamu sangat-sangat. biasalah seorang ibu, dia marah kerana sayangkan anaknya. kaalu mak takl sayang kamu, lebih baik mak diamkan diri je, lantak kamu lah nak buat apa, nak jadi apa. kenapa sapai kamu boleh fikir mcam tu."

lelaki tersebut begitu kesal akan perbuatannya. dia berjanji tidak akan melakukan perkara begitu lagi.


p/s: hargailah ibu anda. berterima kasihlah kepada mereka. thanx ibu for telling me about this story. i love u ibu.=) farah sentiasa tau ibu sayang Farah. sebab......ibu selalu marah Farah! ;)

1 cot-cet cot-cet mereka...:

Ibnushukran said...

sedih baca.. ada hikmah llki tu jmpa pakcik y baik tu.. sayangilah ibu kita tak kira apa jua, tak terkira pngorbanan mereka pd kita.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...