.: nak LAKSAM! :.

as salam.

err..maaf tak sopan sikit. taapiiiiii.........

NAK LAKSAM BOLEH TAK? giler lama cakap dengan ibu mengidam nak makan laksam. dulu 1st time makan laksam time pergi open house jiran rumah sepupu kat Bangi. sangaaaaaaaaaaat manis dan sedaaaaaaaaaaap! *tak boleh makan pedas sebab mudah sakit perut, sebab tu suka makan manis*


i wish i could eat laksam again. tiba-tiba nampak ade orang letak resepi laksam kat blog. haaa! ni lah masanya seorang anak dara sunti bernama Farah try buat resepi ni. tapi... err....hurm.. bila lak nak try buat ni? kerja lagi...tu la..ni laa.. bla..bla....*alasan!*

peringatan : di bawah merupakan bebelan sampingan buat teman lama yang tiba-tiba teringat balik. boleh skip baca.

SITI SARAH CHE MAT! kalau saudari membaca post ini ketahuilah bahawasanya saya, Farah Nurazrina dah berjaya menjadi seorang anak dara sunti. jumpa je resepi tros nak try buat. bilik saya juga sudah berubah dari last anda datang ke rumah saya, which is 4 years ago. saya sudah berubah. sila jangan jeles! oh dan lagi 1, AKU RINDU KAU SANGAT3 NI! BILA KAU NAK DATE DENGAN AKU YANG?!

ok. da tamat bebelan tadi.

disini saya sertakan resepi untuk buat laksam. enjoy. ;)



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau




p/s: sape reti buat...err...ehem.. sila lah anta sikit. teringin ni...

You Might Also Like

1 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...