Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 8 June 2011

.: salah siapa? :.


as salam.

this thing happen a few days before. ok, i lied. it's happen last week. during school holiday..

ibu tinggalkan kereta untuk kegunaan saya sebagai penjaga adik-adi
k. but for about 3 days je la. tipu lah kalau kucing tak makan ikan yang melambai-lambai kat depan mata. *peribahasa baru* so, kami pun berjalan-jalan la. ala, tak jauh pun. gi Mines or Jusco je. reason? cari bahan nak buat sushi! ok, tu another story.

balik dari shopping barang sushi tu, bertempat di rumah jiran depan rumah, kami terjumpa Lily, tengah buat maksiat kat situ. si Alia ape lagi;


" kakak! cepat selamatkan dye!" ~alia

" akak hon je cepaaat!" ~aten

" malu la dye nanti. tak segan ke? " ~aku

" HON JEEEEE!" ~ aten & alia & akim


dan sesi 'memalukan-Lily' bermula. Lily dan Pirate (si jantan tak guna) terkejut! dua-dua terpaku kat situ. tapi posisi dorang still tak berubah!

Skuad Pencegah Maksiat diwakili oleh Aten, Alia dan Akim berjaya mencekup pasangan Lily-Pirate. Lily terus dipeluk oleh Alia dan membawanya lari masuk kedalam rumah. Pirate? hanya mampu mengiawww~ memanggil teman wanitanya. saya? pergi park
ing kereta elok-elok.


"miowww~ miow miow miow..." ~Dylon

" ngeww!!!!!" ~Lily




Dillon, abang kepada Lily cuba merapati Lily, memberi nasihat mungkin. tapi Lily bertindak liar mendengus kuat-kuat menyebabkan Dillon terpempan seketika. kesian Dylon. Dylon apa lagi, pergi kearah pagar dan mendengus kuat kearah Pirate. balas dendam mungkin.

Dylon lantas ditenangkan oleh Aten. hanya Aten yang memahami Dylon. kami lantas membawa masuk kedua-dua adik beradik tersebut ke dalam rumah. oleh kerana kami belum bersolat Asar, kami lantas kelam kabut menunaikan solat dan melupakan si Lily dan Dylon.

usai solat, saya terus ke dapur mengeluarkan ikan dan ayam, persediaan untuk makan malam. kemudian terdengar Alia menjerit;


"kakak! Lily keluar dengan Pirate lagi!" ~Alia

" so..? huhu.. biar la nanti dye tau la jalan baik." ~Aku


kami berfikiran positif. mungkin dorang tak 'puas' beramah mesra tadi. Alia mula buat muka. Dia sayang Lily sangat3. saya tahu. handphone dye penuh dengan gambar Lily pelbagai posing. aish..budak ni kalau dilayan makin parah. Alia cemburu dan marah. cemburu sebab Lily dah ada pakwe dan tinggalkan tuan dye berseorangan. marah sebab....Lily dah tak suci!




malam tu, Lily tetap tak balik. Alia dah risau. saya dan Aten mula lah mengapi-apikan Alia.


" Lily merajuk kot. dye malu kite stop kan aktiviti dye " ~Aten

" ntah Lia. dah la, pekate Alia lupakan je Lily tu. tumpukan perhatian pada Tomey (rabbit). asyik maen dengan Lily je. Alia dah tak sayang Tomey?" ~Akak

" Lily da benci Alia kooot..?" ~Akim

saya tahan gelak. Alia mula buat muka. Aten pun dah senyum-senyum. mana mungkin kucing tak balik rumah! apatah lagi Lily selalu dimanjakan. tak mungkin dye akan berani tidur luar.

jam menunjukkan tepat jam 10 malam. selesai tuisyen-bersama-cikgu-Farah Alia terus turun bawah bukak pintu, cari Lily. namun bayang Lily tak kelihatan. mata Alia mula bertukar kaler. hingus dah mula meleleh. saya dan Aten diam. kami tak tahu nak buat apa. tak sangka Lily berani buat camni. aish..

*****
"akak, kenapa Lily wat lia camni?"

"entah la. maybe betul bak kata pak teh, memang fitrah kucing betina. dorang memang KENA JUGAK buat benda tu."

" Lia tak nak jaga dia lagi. kalau dia datang rumah Lia kunci pintu!"

*****

every morning problem saya, tak boleh tidur atas sofa sebab si Lily suka tido sebelah saya. apa lagi, pagi-pagi ktorang dah buat drama. saya jerit, Lily lompat. tapi pastu bila saya landing balik dye datang jugak. ngade. macam tak tau je saya tak suka haiwan berbulu menerkam time-time orang tengah tido. shessh!

satu hari without Lily, memang la boleh tido. but terasa laen. aish.. si Lily ni memang la!



ye ye je nak kunci pintu. tengok-tengok tiba-tiba si Lily tu datang. gedik punya Lily, kacang lupakan kulit! padan muka die, habis madu sepah dibuang. si pirate dah tak nak kat dye. baru la tergedik-gedik datang balik rumah.cari Alia. si budak tu terus lupa segala 'janji-janji dye'. ceh!

KUCING MEMANG BOLEH MERAJUK. SEKIAN.

p/s: pengajarannya, TAK PAYAH BELA KUCING LAGI. kalau dapat hubby yang nak bela kucing suh dye datang rumah ibu. kat rumah sendiri memang HARAPAN la. sekian.

1 cot-cet cot-cet mereka...:

Cerita Pok Ta said...

huhuhu mcm2 la citer an...=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...