Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 7 July 2011

.: berhati-hati di tadika. :.

Tragedi Amuk, Tebusan Tadika Muar

MUAR – Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala.

Seramai tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh tadika itu.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dan mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu, menurut BH Online.

Sementara itu, Bernama melaporkan, drama tebusan itu bermula pukul 9.30 pagi Khamis apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bersenjatakan parang dan tukul menceroboh ke pusat asuhan Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh di sini. [sumber]


p/s : ya Allah..aku bermohon agar kau lindungi diriku dari malapetaka seperti diatas. cabaran jadi seorang tenaga pengajar. =) hwaiting!

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...