Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 4 July 2011

.: kisah kamu inchek lulian! :.

as salam..

petang tadi tersentak tengok satu blog ni, http://ibnushukran.blogspot.com/. sentap mak nak.. huhu.. bukan apa, tuan punya blog bercerita pasal pesta buah di UiTM penang. teringat pulak kat UiTM Jengka. huk3.. dah2 stop. kang nanges pulak dah susah.

okeh, berbalik kepada pesta buah tadi, si tuan punya blog saya lihat begitu teruja dapat makan buah kegemaran ramai, inchek lulian (bukan nama sebenar) atau nama komersial nya, inchek ryan (sebuan ri-yan). okey, point nye disini, bukan semua orang suka makan awak ok ryan?!


jom kte flashback kejap...

****

beberapa tahun yang lalu. bertempat di Technical Institute of Kuala Lumpur. year 2007.


"weh, seronoknye!! minggu ni ade pesta buah la! makan lulian free! yeay! sayang pengetua!"

"chop3! mana kau dengar berita ni weh?"

"oit cik Farah oii, hang tak dengar ke Kak Zu anounce ape pagi tadi? tu la hang. dok sibuk meng'usha' orang je keje"

"choy! bila masa lak aku usha orang. aku kurang fokus je tadi. adusss.."

dan si gades yang bernama Farah terus-terusan memikir akan pesta yang bakal berlansung itu..sampai demam! boleh tak ade manusia yang tak suka lulian sampai macam ni sekali? kalau pegi klinik hari jumaat sangaaaat beruntung. sebab doc baik, kasi mc, then boleh balik rumah, tak yah dok asrama! yeah!

ok, flashback lagi...

*****

setahun sebelum itu, bertempat di TiKL juga tapi didalam kelas 4E2. prep malam.

"weh, aku ngantoklah. bila la agaknya prep malam aku tak ngantok ek?"

"sengal la kau ni Farah. dah2, pegi toi-toi lelaki sebelah kelas ni cepat. gi basuh muka. kang MPP nampak kang kau kena tulis nama padan muka."

"yee laa"

dan si Farah pun pegi lah tandas sebelah tu. apabila dia kembali semula ke kelas...

"uweek!"

"woi, kau kenapa farah?"

"aku rasa nak muntah la. kenapa aku rasa ade orang bawak durian pegi kelas ni? tadi takde pun?"

"oh.. tadi MPP blah so bebudak group ******* kuarkan bekal dorang. lulian!"

" omg! uweeek!"

malang tak berbau. hanya disebabkan kerana bau lulian si Farah terpaksa berehat di bilik warden dan esoknya beliau disahkan demam!

kalau anda dok asrama, dan sakit, anda kena dapatkan kebenaran warden before pegi klinik. walaupun time tu waktu sekolah. sebab status anda pelajar asrama. kebetulan warden bertugas aritu Cikgu Faridah a.k.a Mama Feri.

"awak nak pegi klinik sebab ape?"

"demam cikgu."

"macam mana awak boleh kena demam? semalam kan hari Ahad? tak cukup rehat?"

" err..saya...sebenarnya....demam sebab terbau lulian cikgu."

"hahahahahha! sebab lulian? alahai.. malunye.. teruknya 'sakit' awak ni.."

dan kebetulan seorg MPP lelaki yang merupakan penolong capten (ketika itu) baru lepas keluar dari bilik Kak Zu terdengar, dan senyum kambing didepan Farah. oh mungkin dye gelak kot. cehh...maluuuu!!!!!

pointnya disini bukan berniat nak malukan diri sendiri. no no no! just nak terangkan yang ada manusia yang macam Farah ni hidup kat dunia ni. tak makan lulian. ok? bau pun tak boleh. apatah lagi termakan. orang lain dok gelak, dok tuduh mengada la, gedik la, rugi la sebab tak makan lulian. tapi malangnya, dorang tak faham situasi gades yang macam cik Farah ni.

"kenapa boleh jadi sampai macam tu skali?"

haaa..meh sini saya story morry sikit. ibu cakap masa ibu mengandungkan saya dulu dye pantang nampak lulian. mesti nak muntah. padahal ibu and ayah penggemar lulian. malah, adik-adik saya yang dilahirkan selepas saya tak mengalami problem pun dengan inchek ryan ni. saya soraaaang je!

ibu sendiri pelik macam mana dia boleh TER tak suke lulian masa mengandungkan saya. huhuhu.. effectnye sampai sekarang la saya tak suke, dan ANTI LULIAN!

tapi alhamdulillah, sekarang saya takde la teruk sangat anti dengan lulian tu.boleh la cover-cover sikit. dan saya sangat kasihankan adik-adik saya. sebab saya dorang tak dapat makan lulian. boleh makan time saya takde je. hohoho... nasib la korang dapat kakak macam ni. ;p

bila saya tengok blog inchek ibnushukran tadi saya rasa jeles pulak tengok dorang dapat makan buah kegemaran ramai tu. sorry ea inchek Ahmad Hizwan, saya curik pic awak sikit. hehehe...



betapa gumbiranya mereka makan si ryan tu. sya tahu ke-hepi-an mereka umpama saya dapat makan chicken chop yang sedap macam kat Restoran Fullhouse tu. huhuhu.. nikmat!

tapi, malangnya saya tetap tak boleh makan. huhu.. tak tahu la kalau pregnant one day nanti (of course la lepas kawen) saya tetiba buang tebiat nak makan lulian pulak.. err...? huhu.. papepun, buat masa ni...


huhuhu..

p/s: kalaulah ditakdirkan dapat future hubby yang suuuuuuuke giler kat lulian... aish... abes la... =.="

6 cot-cet cot-cet mereka...:

Ibnushukran said...

haha.. xpe2.. ambk gmbar anas nmpak.. hehe.. apa2 pun durian mmng terbaik, best gler.. :D

>Misz Farah..?< said...

huhu...kbetulan dye pegang lulian.. nak tunjuk je..=) thanx..

Sufia Mahzan said...

Kot-kot peknen nnt leh mkn lulian then terus je boleh mkn, syok jugak kan? Hehe..

>Misz Farah..?< said...

hehe...wallahua'lam..=)

Anonymous said...

wahhh senior ku... sy batch 2008/09

Anonymous said...

wahhh senior ku... sy batch 2008/09

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...