.: bebel tentang - top 5 course pilihan ramai :.

as salam..


alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi dengan segala limpah kurniaNya dapat kita meneruskan perjuangan hingga ke hari ini. =) perjuangan kita belum berakhir! ade kurang dari dua minggu lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan penuh barakah ni. huhuhu...sedihnya. cepatnya masa berlalu.

tak terasa pulak dah nak habis masa cuti 4 bulan ni. sem baru dah nak mula. 3 minggu je lagi okeh..? dan yang paling bagusnya, satu benda pun saya tak prepare lagi. great. nanti kelam kabut la cari tu la cari ni lah. had0ooi. =_='

mungkin dah SANGAT LAMBAT tapi saya nak wish jugak CONGATULATION kepada mereka yang mungkin berada di kalangan reader saya *dush! perasan* yang berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar ke peringkat ijazah pada bulan September nanti. a warm welcome to those yang bakal melanjutkan pelajaran ke UiTM Bandaraya Melaka. hehe.. jumpe lah kita nanti ye?

special dedication to my girl ( 1st gurl yang approach saya start saya mula pindah ke Kajang *year 1999 till forever insyaAllah*) Miss Anis Aqilah Adam yang bakal melanjutkan pelajaran ke UniMAS (Universiti Malaysia Sarawak) dalam bidang Seni Gunaan dan Kreatif (Teknologi Seni Reka). congrate girl. u deserve it. kau memang jiwa seni. tak macam aku. kaku dan nerdy. urgh.. kita bakal terpisah jauh ni.. sedeh la.. ='(

*dah. stop nak emo-emo kat sini. hailaa...*

ok, since tinggal lagi beberapa minggu je before new intake dan old intake (mana ada old sangat!) of bachelor student nak mula menerjah uni masing-masing, jom kita tengok Top 5 ijazah yang mendapat permintaan tinggi pada tahun 2011.

credit to :Anis Aqilah Adam



(5) Pengurusan perniagaan


- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi. Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya. Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa bergantung pada mana-mana pihak.


(4) Komputer Sains


- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.


(3) Kujuruteraan

- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang lebih kompleks.



(2) Kewangan

- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu melakukan perancangan pada masa akan datang.


(1) Akaun


- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.


Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5 bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.



-->well, reason 1st ayah suruh saya ambil akaun dari form 4 (wlupun saya tak minat) memang sebab gaji yang tinggi. dan sebab saya minat Math. dan lagi sebab saya takut tengok darah. dan lagi sebab saya takut bedah katak. dan lagi kalau saya tengok benda yang berdarah-darah or mengerikan depan mata saya mungkin muntah-muntah dan terus pengsan..? err....

---> betapa ramainya student yang ambil akaun, tu saya tak nafikan. permintaan tinggi. tapi kalau nak ikutkan batch saya masa diploma dulu lagi ramai student business administration dari accountancy. aik..?

-----> kejuruteraan tu memang la...tak yah cakap. di dominasi oleh boboi boy. tengok bebudak sekolah teknik dah cukup. gugurl berapa ketul je. kalau akaun; gugurl jelah.. hah, memang sesuai sangat lah tu. kawenkan nak? LOL.

---------> ayah dulu pernah cakap, bidang yang berkaitan komputer ni takyah la involve. dah ramai sangat. nanti tak dapat kerja. but see? sampai sekarang still banyak permintaan! ayah tipu Farah ea..? hurm..

habis dah bebel. anyway, setiap orang ada kelebihan dalam bidang masing-masing. mana-mana course pun ada permintaaan. kalau tak takdelah wujud satu course tu ye tak?

p/s: orang laen tak sabar-sabar nak mula sem. si tuan punya blog nak menangis sebab nak tinggalkan student-student dye. heh, student la sangat..

You Might Also Like

3 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...