.: nasihat ibu: bersyukur! :.

keadaan: selepas berbuka


"kak long, tolong cuci pinggan."

"ye buu"


waktu ni si acik sedang jalan heret-heret kaki. si acik ni terseliuh di sekolah pagi tadi. si angah lepas makan terus lari depan tv, buat-buat ada kerja. nak lari dari kemas dapur la tu!


" kak ngah, tak kesian ke tengok acik ni? dye sakit kaki"

"yee buu.. kejap, angah ade kerja ni. (padahal tengah tengok tv)"

" urgh, ibu, kak long sakit jugak la. sakit jiwa. kak ngah tolong kak long basuh pinggan yang belambak-lambak ni"

" adooi! kak ngah rasa kak ngan sakit jugak la. sakit hati"


so, berlaku lah perang sakit-menyakit antara kak ngah dan kak long.


" ouch, sakitnya otak!" -kak long

"oh, sakit kepala la pulak!" -kak ngah

" sakit leher la. lenguh"

" sakit badan la. penat"

"sakit gigi. rasa dah goyang"

"sakit tangan, rasa nak patah"

"sakit perut"

"sakit dada"


dan...


"alhamdulillah.. ibu bersyukur ibu dikurniakan kesihatan yang elok sepanjang bulan puasa. takde sakit kaki-tangan-mulut-otak walaupun umur dah lanjut. tak ke korang pun bersyukur?"

"err..." dua-dua terus senyap dan siapkan kerja masing-masing.


moral of the story:

i- jangan berdalih time buat kerja.

ii- sila bersyukur dengan tahap kesihatan yang sedia ada. kang Allah bagi dugaan betul-betul sakit kang.. haa.. padan muka.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...