Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 1 August 2011

.: puasa #1 :.

Ridhuan Tee Abdullah, 2009, Dewan Siswa ;

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, juga dikenali sebagai madrasah atau sekolah, yakni tempat kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan tempat kita membersihkan diri dalam satu bulan setelah menjalani hakikat sebelas bulan yang berlalu.


as salam.

alhamdulillah..saya berjaya mengharungi hari 1st puasa dengan jayanya. alhamdulillah, dapat juga saya menunaikan solat tarawih bersama keluarga. alhamdulillah.. kali ni bila time tarawih tak rasa mengantuk pun. syukur alhamdulillah, sedikit perubahan berbanding ramadhan yang lepas.

ok, kat sini saya nak tanya apa 1st thing yang korang akan fikir bila sebut tentang puasa/ramadhan?

a) bazar ramadhan!
b) roti john/murtabak! makanaaaaan...nyum3!
c) lapar la..dahaga laaaa....
d) tawarih. (bak kata upin ipin)
e) time nak kumpul amalan banyak-banyak!

biar saya teka! majoriti mesti akan terfikir jawapan (a). mesti punya la. ada juga yang pilih jawapan lain but mostly people would think about 'bazaar ramadhan' or anything that related to makanan. haaa...kenapa ek?

ni ade dua situasi. cuba fahami betul2 okeey?


1st situation.

"laparnyee.. ape nak makan malam ni? haa! tengok sikit duit. yes! ade rm 30. boleh la pegi bazaar."

DEKAT BAZAAR

" nasi ayam percik, roti john, murtabak,puding sebagai pencuci mulut, last sekali air bandung. alhamdulillah..rezeki2!"


TIME TAWARIH

'ya Allah.. mengantoknye... bunciiit dah perut aku neh. haduus..aku rasa nak TERmuntah pulak. tapi dalam saf ni. ish3.. ah tak boleh jadi ni. cepat lah tok imam baca lah surah pendek2!'



2nd situation:

"eh, dah pukul 6.30 tapi aku tak beli apa-apa lagi untuk berbuka. tengok sikit duit. hmm, rm 5 cukup la untuk berbuka. aku makan bubur je pun dah kenyang. beli jela simple2. "

DEKAT BAZAAR

"banyak betul orang berniaga. aku nak jugak makan roti john dan segala bagai, tapi mana ade duit. kena berjimat. hmm.. cukup la pape yang ada. baik aku cepat nanti boleh baca quran sebelum berbuka."


TAWARIH

'ya Allah, terimalah puasaku. terimalah amalanku. sesungguhnya aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku dalam beribadah kepamu ya Allah.. sob...sob.."


mentaliti kita yang dah biasa hidup senang mesti punya lah fikir pasal apa yang nak makan. yelah, dah sepanjang tahun makan tak henti-henti, sekali kena puasa sebulan pulak kan. aish.. lapar la! hehe.. tengok niat kita? last sekali lepas dah melantak habis habisan, time ibadah perh...mengantok seyy!


cuba letakkan diri anda dalam situasi kedua. ok, anda takde duit. bersyukur je dengan rezeki yang ada. puasa tak menjadi halangan buat anda sebabnya anda dah biasa hidup susah. last sekali dapat beribadah dengan pebuh khusyuk. so benda ni simple je. cuba fikir balik, kenapa kita kena puasa ek sebenarnya?

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah ayat 183)

didalam satu artikel ada menyebut;

Natijahnya, tujuan asal berpuasa bagi kebanyakan umat Islam sudah menyimpang daripada niat asal. Ketika niat dibaca di dalam hati, ia diakhiri dengan ‘kerana Allah Taala’. Namun, ramai yang tidak menghayati maksud sebenar di sebalik niat tersebut. Malah, ia tidak lebih daripada terjemahan daripada lafaz dalam bahasa Arabnya.

kita perlu menghayati maksud sebenar di sebalik niat yang disematkan di dalam hati sepanjang menjalani ibadah puasa. Janganlah kita jadikan ia sekadar terjemahan kepada lafaz, tetapi kita perlu jadikannya sebagai fokus utama iaitu meningkatkan ketakwaan diri kepada Allah.

oh...i see.. rupanya niat kita terpesong. sepatutnya lillahi taa'la tapi kita selalu lalai. aish..ingat nak bebel panjang tapi......, ni baru 1st day kan. huhu.. jom muhasabah diri! selamat menunaikan ibadah puasa. =)


sumber:

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...