Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 28 September 2011

.: tak payah nak sayang sangat! :.

as salam.

*PERINGATAN: maaf, entry kali ni lebuh kepada nak luahkan segala yang terpendam. better tak payah baca tapi kalau nak baca jugak terpulang lah. dan maafkan saya atas penggunaan ganti nama 'aku' untuk entry kali ni.*

ok. settle dah sesi mukadimah versi lemah lembut. sekarang sesi 'aku' mengganaskan diri. heh, ganas la sangat.

this severe week, minggu permulaan jntuk semester baru. suppost to be minggu-rest-bagai-nak-rak-tengok-movie-24jam-dan-tidur-je-memanjang. but somehow permulaan sem ni bagaikan esok dah nak final. pergh.. ayat tak boleh belah. serius! mana taknye, keje assignment segala mende awal-awal lagi dah banyak. ok fine. takpe la exercise. aku ok je. buat, try harder to understand subjek MAF(management accounting) yang dah ber'sem-sem' aku belajar tapi tak jugak dapat A. FAR (accounting) yang makin complicated. AUDIT yang takde manual pastu buku tebal giler. bla bla bla.. hoi! kau dah degree memang la kena push harder. apa daaa... =.=

banyak giler kerja tertangguh. banyak giler story morry tersimpan je dalam draft. tak complete. aku rasa masa tak cukup, padahal aku yang takpandai manage. tak tau la kenapa aku fail giler nak manage masa sem ni. FAIL!! sume hancuss.. aku sedih tapi takkan nak tunjuk kat orang kan? senyum je la. untung dapat housemate yang pandai buat aku gelak hari-hari. alhamdulillah..

ok. sekarang bab cintan cintun. aku ni orang yang sangat LAMBAT PICKUP. SANGAT3. kalau aku dah start sayang, mana aku nak perasan. blur giler kot.bila dah takde baru aku nak meraung. silly me. 4 bulan aku cuti, dye selalu menggedik nak kat aku. aku hari-hari take care pasal dye. antara dye dengan adek dye, dye lagi baik. lagi mendengar kata. dalam ke-tidaksuka-an aku terhadap dye actually dah muncul pun rasa sayang. macam biasa la, mana aku sedar. hari-hari aku kutuk dye, suh ibu buang dye dari hidup aku. tahi dye, sume aku kena buat padahal bukan kucing aku. aku tak suka kucing ade 2 sebab je, dye punye tahi dan dye BERBULU. aku takut. tu je. tapi kalau dah lama-lama takde lah aku takut sangat. malah aku dah sayang kat dye. seyes Dylan, untung kau sebab aku lagi suke kau dari Lily.

tapi tetibe kau buat perangai. kau sakit sebenarnye, tapi kitorang maneeelah paham pe yang kau cakap. bila aku balik kerja, tidur atas lantai, kau datang kat aku.. tidur atas lengan aku..aku tak marah pun. malah aku boleh belai-belai kau. tu tandanya aku dah start boleh terima kau. kau baik, kau manja,walaupun kau suke buat hal sendiri tapi kau mendengar kata. kau sebijik cam aku. aku je yang tak perasan.

tapi, bila kau mula buat perangai, kau mmula susahkan ibu, aku geram. sebab benda tu effect ibu = effect aku. so aku antara orang yang dok canang-canang kau dihantar ke pusat penjagaan kucing. ikot ayah nak hantar je kau kat pasar borong, tapi..... hmm..

bila aten dalam tangisan bawak kau keluar dari rumah, lepas tu hujan, dan kau terus lari menghilangkan diri. then aten balik rumah , moody. satu family m0ody. aku pun kena effect m0ody tu. tapi mana orang lain tau. aku diam-diam je. bila aku balik rumah last 2 week, aku cari kau. aku drive pegi tempat last aten hantar kau, tapi kau takde. sampai sekarang pun kau tak balik rumah. kami tau kau merajuk. kau paham yang kami nak buang kau. tapi kau tak paham kami berat sangat hati nak buang kau. luar cakap lain dalam cakap lain. tu lah aku. sekarang aku taip bende ni pun meleleh-leleh hingus. airmata dah tak boleh stop dah. aku rindu kau la dylan!

tapii... pagi tadi ibu call. cakap aten mimpi kau..kena langgar. 2 hari berturut-turut. kau tak tau betapa m0odynye aku harini. mana ade aku buat keje lansung! sampai sekarang m0od belajar aku belum datang. aku tak sempat pun jumpa kau buat kali terakhir. last aku bermanja dengan kau time kau tidur kat lengan aku. YA ALLAH, rindu nye aku dengan kau.

5-10 minit kemudian.

ok. aku dah puas menangis. dah henti dah pun. aj call pun aku layan tak layan. it's time to move on. aku rasa aku dah boleh start belajar. puas dah luahkan, puas dah nangis. Dylan, even apa-apa pun yang jadi kat kau, aku tetap doakan semoga allah melindungi kau. dan kalau betul kau accident, semoga jasad kau ade lah orang yang baik hati tolong kuburkan. semoga kau berbahagia walau dimana pun kau berada. *ok aku rasa aku nak nangis lagi*.

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...