.: yang terlepas dan dilepaskan :.


as salam.

alhamdulillah, setelah lama tak update blog terasa nak membebel pula malam ni. huhu.. next week mid-sem break dah nak mula, so Test 1 mula lah bagai cendawan tumbuh lepas hujan lebat. grr... cuti nanti pun tak boleh nak enjoy sangat sebab subjek kritikal, seperti FAR 315 menanti. aig0o.. tak caye tengok kat bawah ni. *awal-awal mukadimah dah bebel*


*gedik gila letak gambar.* ok, m0od sangat tak stabil minggu ni. peritnya hanya Allah yang tahu. dalam seminggu ni kite (ok, kata ganti diri pun dah jadi gedik) dilanda pelbagai penyakit non-stop sampai ke saat ni. huhu.. time-time sakit ni lah rasa nak ade ibu kat sebelah. ='( bila jauh dari family, takde sape-sape nak dengar keluh kesah kite. hanya DIA tempat kite mengadu. alhamdulillah, kita jadi kuat. =') ni lah hikmahnya. bersyukur sangat.

selingan kejap.

just now housemate saya masuk bilik (tiba-tiba) dan tanya;

Azie: fera, kalau azie mati %^&*( (takberapa dengar sebab pakai earphone gedabak) haji ape fera rasa?

Fera: hepinye! ya Allah..tu lah impian kita.

Azie: hah? FERA NAK AZIE MATI KE?

Fera: Azie, azie tau kan nikmatnya mati time tunaikan haji? *muka bersinar-sinar sambil cakap*

Azie: memang lah. Azie tau. tapi azie tanya kalau Azie mati nanti macam mana, bukan mati time pegi haji! *muka kachiwa*

Fera: erk? *blush* owh.. hmm.. ok. rasa nak terjun dari tingkat 7 ni. SORRY AZIE! SALAH DENGAR!!! ='(

Azie pun berlalu keluar dari bilik......

habis selingan. kembali membebel.

esok ade quiz pukul 7.30 pagi dan saya dok sibuk meng-update blog. mengade betol. kang sebok nanges sana sini kalau tak dapat jawab. aish..=_="

sepanjang saya tak update blog ni, banyak benda yang dah jadi. banyak sangat benda yang terpaksa saya tinggalkan. kena fokus sebab Test 1 ni lah. tak nak jadi macam sem lepas, insyaAllah.

antara perkara best yang saya TERLEPAS dan saya tak regret pun (i hope);

1. NOVEL AWAK SUKA SAYA TAK.
aaaa!!!! saya follow dari masa kak Melur jelita publish di blog dye. dan baca tengah-tengah jalan terus stop sebab kak melur dapat tawaran untuk bukukan novel tu. saya apa lagi, TEROS ORDER ONLINE sebab boleh dapat TANDATANGAN PENULIS! exclusive okey? wuuhuuuu! tak tau dah selamat sampai rumah ke belum. telefon rumah asyik tak berangkat je. uwaaa.. rindu ibu! (tiba-tiba =_=").

tapi, sebagai pengubat kepada ketidak-sabaran-yang-melampau-lampau-untuk-baca-novel-tu saya dapat something yang lebih baik! tengok kat bawah ni;


hooyeah! nampak tu nama sape? kekekeke... pengubat kerinduan. ecece... kak melur tulis ni kat buku saya.. hepi lorh... haaa... saya rekomen sape-sape yang minat membaca NOVEL YANG BERMANFAAT sila lah baca novel ni. dah keluar pun kat MPH or POPULAR (bak kata mereka, kipas-susah-mati ASST)



2. JUALAN HEBAT BUKU DI PESTA BUKU SERIGALA NAKAL.

hehe.. BIGBADWOLF ade buat pesta buku yang buat saya mengis air mata darah (gimik lebih) sebab dorang bagi diskaun yang GILA-GILA okeh?! bayangkan, novel yang harganya RM40++ jadi RM8! gila tak gila? menangis ooo.. dah la dekat je dengan rumah kalau nak pegi. tapi tak dapat pegi pulak. memang down gila lah bila dapat tau. ='((


3. JCARD SALES DI JUSCO BANDARAYA MELAKA!

ok. 1 things that i love about JCARD sales ni sebab diskaun yang dia bagi memang sangat berbaloi! orang yang tak mapu (macam saya) ni mampu pegi time jcard sales je la. huhuhu.. nak-nak sales ni ade SEHARI BEFORE TEST AUDIT. nak bunuh diri ape pergi shopping time-time kritikal camtu? memang saya menangis jela bila housemate SEMUA PEGI TINGGALKAN SAYA SORANG-SORANG KAT RUMAH untuk bersopping! grrr... takpe-takpe..sabr je la.. ade hikmahnye.. kan kan kan?

4. EKSPO BUKU ISLAMIK

ok. saya gila buku. antara shopping baju dan buku, saya lebih rela habiskan beratus-ratus kat BUKU INSTEAD OF BAJU. hehehe.. no comment. baju or laen-laen boleh 'ketuk' ibu ayah (sebab tu saya suuuuka keluar dengan family instead of friend unless ade kawan nak belanja..) tapi buku or gadget memang mimpi la nak mintak kat ibu ayah. sume beli sendiri. adil la kan? hehe..

ekspo buku ni saya ade dengar kat IKIM tapi tak tau lak kat mana, asyik terlepas dengar je tempatnya. sekali keluar poster ni kat blog BAYYINAT so dapat la sedikit sebanyak info. TAPI... tarikh dye tak kena pulak! orang tengah berperang dengan TEST 1 fasa 1 ni.. ad0oooi...
sape-sape yang pegi tolonglah beliikan buku untuk saya boleh?? hehe.. *muka tak tahu malu*.

ok, kite dah habis membebel. cepatnya masa berlalu. adoiyai..tak habis studi lagi ni. esok nak quiz, lusa TEST TAX. perh.. TEST TAX OK. TAXATION. tax. =_=" ok nak lari sambung studi cepat-cepat! doakan saya ye! wassalam.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...