.: sabar itu sebahagian daripada iman :.


as salam.

normally, kalau ada benda jadi aku akan mudah redha. alhamdulillah. tapi setelah lama tak diduga, baru Allah duga sikit terus aku jadi m0ody, bad m0od, marah sangat membara-bara. padahal tengah puasa ni! ish3...

just now something happen. dengan penuh perasaan tak sabar, lepas je habis kelas aku terus berlari balik ke bilik. dan waah! aku terkejut tengok tingkap sebelah meja belajar aku hilang. dengan pantas aku tengok kebawah dan sah! tingkap aku jatuh kat bawah! tak pernah aku bayang aku akan diduga begini sekali.

memang betul, angin hari ni kuat sangat. sangat kuat! sampai aku yang dah macam gajah ni rasa nak terbang melayang. tapi tak sangka pulak mangsa tingkap terbang kali ni adalah aku. gambar dibawah merupakan bukti sahih tingkap bilik aku yang dah terburai.


menangis? memang la! terkejut, sedih, takut, risau, penat semua jadi satu. ditambah lagi dengan abang technician 'hensem' (bak kata housemate) yang berjaya menakutkan aku dengan kata-kata tajam dye bahawa SEMUA NI SALAH AKU dan aku kena bayar cas untuk 'tingkap terbang' tadi. argh! boleh tak saya nak cakap abg ni tak hensem?! huhuhu..

entah kenapa aku terfikir;

"bila aj sakit, senang je aku suruh dye sabar. bila member aku ade problem, benda first yang aku bersyarah kat dye suruh bersabar. but now, bila Allah duga aku sikit, terus aku melatah salahkan sana sini without fikir untuk bersabar."

ASTAGHFIRULLAH! apa nak jadi dengan aku ni?

aku suruh orang besabar tapi aku sendiri tak laksanakan. nampaknya, aku tak layak nak nasihatkan orang lain. *down lagi*.

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

Rasullah bersabda:

“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)



semoga aku berjaya mengharuni dugaan kali ni. amiin..

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...