Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 19 March 2012

.: cerita kedai kopi :.

as salam.

p/s: penggunaan kata ganti diri 'saya' akan ditukar kepada 'aku' untuk menambahkan efek santai didalam entry kali ini. harap maklum.

dah 2 minggu berturut-turut kalau ada kelas pukul 2.30pm ( most of the time ada ) nescafe 3 in 1 akan menjadi antidote kepada mengantuk.

daa....? 

normal la tu kan. pada orang lain ye lah, but not for me. aku bukan antara mereka yang kalau minum kopi je hilang mengantuk. memang tak lah. aku bantai je tidur lepas minum kopi. FAIL gila =_='. tapi entah kenapa sejak masuk sem baru ni akugatal nak minum kopi, konon-konon boleh hilang la mengatuk tu. dan wallah! memang jadi pun. Alhamdulillah..

tapi masalahnya, aku kerap sangat minum. sebab aku suka kopi, especially nescafe. kalau dpt yg pekat punya pergh! nikmat tau tak? tapi masalahnya sekarang ni aku teringat yang orang sekeliling ade sok sek sok sek pasal efek minum kopi terlalu kerap. so aku pun buatlah research.

ni antara ekstrak daripada artikel/entri yang aku baca dari blog orang lain.

extract from:
http://www.madlut.com/2010/09/kesihatan/kesan-kafein-di-dalam-coffee/
http://berita-harian-online.com/kerap-minum-kopi/

antara kesan minum kopi;


pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan. Antaranya:
  • Menyebabkan badan kehilangan kalsium, yang mana membawa kepada risiko osteoporosis
  • Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.
  • Badan  menjadi penat dan lesu, ini kerana kafein menghilangkan rasa mengantuk. Badan yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi lesu.
  • kencing yang kerap
  • , pengambilan kafein akan menyebabkan pengguna selalu nak terkencing. Mungkin juga menyebabkan dehidrasi, iaitu badan kehilangan air yang banyak.

dan ni juga;


sekiranya penagih kafein tegar ingin mengurangkan pengambilan kafein, fenomena-fenomena yang mungkin dialami adalah: 
  • sakit kepala
  • kepenatan
  • panas baran


errr... aku rasa aku belum masuk lagi kategori 'penagih kopi tegar'. huhu.. buat masa ni, kopi berjaya buatkan sistem penghadaman aku bertambah baik. Alhamdulillah.. lepas minum je mesti sakit perut. kekeke... senang la nak kurus camni kan? LOL ;p

tapi bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati, kan? ayah pernah pesan aku tak boleh minum kopi banyak sangat. sebab aku ade penyakit angin yang sangat teruk. gastrik aku ade, angin berlambak-lambak dalam badan aku ade, kalau aku tak jaga makan betul-betul nanti aku sakit lagi. tak nak! so disamping tulis entry ni aku nak ingatkan diri sendiri, JANGAN NAK ADDICT SANGAT MINUM KOPI! unless dah rindu sangat nak sakit lagi boleh la buat kan? huhuhu..

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...