Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 2 March 2012

.: muhasabah cuti dah habis :.

as salam.

sekian lama membusykan diri jadi surirumah, akhirnya tiba juga saat yang ditunggu-tunggu. esok adalah hari yang mana saya dibebaskan dari 'kurungan' dan melihat dunia! kekeke.. metafora yang terlampau. pejam celik pejam celik, tak dan nak buat apa-apa tup-tup cuti dah habis.GOAL untuk cuti sem ni entah lepas atau tak. Let see;

1. MASAK.

last time ada post pasal nak masak banyak benda time cuti neh. ye lah, time kat kolej la kita dok mengidam nak tu nak ni last-last bukan buat pun. haish..=_="

yang success, nasi tomato je lah. awal-awal cuti buat dengan ibu. tapi bukan buat sorang-sorang, dengan pertolongan ibu. so, boleh kira ke macam buat sendiri? huhu.. yang pastinya makanan feveret yang saya selalu beli kat foodcourt AYAM (asrama yayaasan Melaka) seperti kueh tiaw kungfu, nasi goreng pataya, nasi goreng USA, dah boleh buat sendiri dah. so bolehlah tukar selera balik ne. kekeke...

2. JOGGING / SENAMAN.


ha.ha. aim balik nak kurus, nak sambung diet tak makan nasi macam kat kolej. piiraah! memang tak dan lah. berat pun main-main naik turun 1-2kg. grrr..

tapi cuti ni ade la improve sikit. Ayah mula menggunakan kuasa veto sebagai ketua keluarga, kejut sorang-sorang anak dara yang suka tidur lepas Subuh, tarik ajak pegi jog at least sekali setiap minggu. and wallah! saya menurut tanpa sebarang paksaan. kekeke... (selalu kalau ayah ajak time cuti sem-sem yang lepas mesti ade je alasan nak mengelak).

walaupun sem ni takde holiday jauh-jauh untuk luangkan masa bersama family, at least dengan keluar jog bersama satu family dapatkan kembalikan hubungan macam dolu-dolu. nice one ayah! ingatkan dah takde intention nak satukan family.

3.SHOPPING / KELUAR JALAN-JALAN


as i said before, memang takde lah nak keluar jalan-jalan cuti sem ni. it's our family tradition, at least setahun sekali ade lah keluar holiday's pergi jalan-jalan tidur kat mana-mana ceruk yang ayah rasa nak pergi tiba-tiba. oh ye, my dad punya perangai kalau tiba-tiba dia rasa bosan mesti dia ajak kitorang keluar, tak kira la ke mana. takda duit pun at least pegi la pantai remis kat Klang tu, tengok pantai, laut, bagi akim main layang-layang, yada yada.

memang susah ada ayah yang adventurous but at the same time, seronok sebab tak terjangka. ada satu masa pagi-pagi lepas Subuh (time tu kat kampung. err..kampung lah sangat kan Klang tu) Ayah ajak pegi Pangkor    balik hari. tapi tak jadi saat-saat akhir sebab anak-anak ayah meng'spoil'kan keadaan. huhuhu..

duit untuk cuti sem kali ni takde! nada! opsoyo! so duduk lah rumah tengok running man dengan adik-adik as if tengah tengok wayang.

4. TAK NAK KENA MARAH.


setiap hari pun fail nak buat mende neh. kalau dah jadi anak perempuan sulung memang gini kot gamaknya. setiap kali pun kena marah. salah adik-adik pun kena marah. buat keje pun kena tuduh tak buat keje. aig0o..! stress!

sampai suraty kabar bersepah si akim buat pun saya yang kena tanggung! grrr... sabar..sabar. pernah jugak tanya ibu kenapa asyik Farah je yang kena marah (giler mengada. konon nak meratapi nasib la kena layan macam anak tiri je) then jawapan ibu;

"benda spontan la. dah Farah yang paling tua, takkan ibu nak marah Akim. lagipun nanti Farah balik melaka mana kena marah lagi kan? so just bear with it."


aah. memang patut lah. sah kalau jadi anak sulung memang kena tahan benda-benda macam ni. kekeke.. pagi tadi pun kena marah atas sebab akim si mengada tu ter 'cici' atas katil, basah teruk dan ibu dah lambat nak pergi kerja so beta lah yang kena tanggung. uwaaaa..! ni yang nak lari balik melaka cepat-cepat ni!

*eleh, nanti dah ade kat melaka mula lah buat drama melayu dok rindu ibu lah, akim lah, yada yada.* =_='



so, konklusinye... saya dah cuba yang terbaik, dan ini saja yang saya mampu contribute sepanjang cuti sem ni. kali ni memang takde online memanjang, takde blogging sangat, just tumpukan perhatian pada rumah je. kalau ibu tak puas hati jugak dengan performance saya kali ni tak tau lah.

so dah puas membebel, dah puas lepas geram, dah puas bercerita, marilah kita packing barang. oh no! esok dah nak balik tapi barang satu pun tak berusik! ni sume AJ punya pasal! grrrr...

p/s: it's Jum'ah. Juamaat. Friday. ade jumpa this thing pasal hari jumaat tapi post dekat next entry right after this la. macam tak kena je nak gabungkan dalam satu entry ni. huhu..

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...