Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 23 May 2012

apabila aku ditolak -versi si Ferra.

as salam.

pertama sekali, alhamdulillah. saya dah berjaya harungi 3 kuiz dalam masa satu hari dalam keadaan yang sangat pack, penat, dan sakit. Syukur alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan hidup macam biasa. syukur alhamdulillah, Allah berikan ibubapa, sahabat, rakan dan lecturer yang memahami. syukur alhamdulillah. alhamdulillah..alhamdulillah.

mungkin ada yang pernah terbaca, mungkin ada yang belum. kenalkan anda dengan Hilal Asyraf?  oh, kalau belum maka silalah buat research sendiri. saya belum ada m0od nak buat research kat sini. maaf.. Hilal Asyraf adalah seorang motivator. karya-karya beliau semua berunsur motivation. gaya penulisan beliau cukup buat orang mudah untuk memahami. kisah yang saya ingin sampakaikan berkait rapat dengan salah satu hasil penulisan beliau; iaitu


Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Bila Saya Ditolak.



* sila klik pada tajuk untuk membaca karangan beliau.

ketika kali pertama saya ditolak, saya membaca karangan beliau yang diatas. mungkin kerana masih dilanda perasaan gundah gulana, sedih dan emosi belum stabil maka saya tak berapa menghayati apa yang ingin disampaikan.

dan ketika saya ditolak kali kedua, oleh orang yang sama, kerana sebab yang sama, saya mengalah. ye, saya tau akan konsep redha, namun bila nak aplikasikannya subhanallah, berat sangat! malah sehingga kini saya masih malu nak cakap yang saya pernah lalai kerana dikecewakan. hanya Allah yang tau betapa tak terurusnya keadaan saya dalam nak menerima hakikat, DIA BUKAN UNTUK AKU.


tanpa perasaan malu saya menangis, meratapi nasib yang tak-seberapa-teruk-tapi-dah-rasa-macam-dunia-dah-nak-kiamat dan terus-terusan menangis. sehingga sakit. =_='

dan saya lupa, sekali lagi. cinta yang sebenar-benarnya pada siapa. tak perlu saya sebutkan, semua pun tahu. CINTA PADA ALLAH ADALAH CINTA YANG SEBENAR-BENARNYA. alhamdullillah. dengan doa dan sokongan mereka yang berada disekeliling saya, saya mulai kuat. perubahan seorang manusia tu, bukan boleh berlaku dengan sekelip mata. tak boleh berlaku secara drastik. kita perlu berubah secara berperingkat. dan harus diingat, dalam berubah tu haruslah istiqamah. yup, the key words for today is istiqamah. hehe..

dan ketika saya dalam proses menguatkan lagi semangat, dan mencari sinar kekuatan, saya terjumpa lagi satu karya Hilal Asyraf yang kena tepat pada batang hidung saya. ouch!


Bila Cinta Putus. Bila Cinta Ditolak.



*sekali lagi, sila klik pada tajuk untuk membaca karangan beliau.

cinta yang saya cuba cari, yang saya ingat saya 'pernah' miliki... saya ingatkan adalah yang akan munuju ke gerbang perkahwinan, dan seterusnya membawa saya menuju ke jannah. namun, malu saya akui disini. saya dah silap. kalau benar itu tujuan saya mencari cinta, maka kenapa bila putus, bila ditolak, saya kecewa? kenapa perlu begitu FARAH! WHY? TELL ME WHY??! =_=' *konflik dalam diri kejap*

dan kemudian terjumpa lagi satu benda di facebook. *kdang-kadang facebook ni macam faham-faham je apa yang kita perlukan. weirrrrddddd00ooooo! =_='*


Terjumpa sesuatu yang menarik. Sembang-sembang dua sahabat.

Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."
Sahabat B: "Ya."
Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"
Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."


hew hew hew. betul jugak. saya tak nak ulas apa-apa. masing-masing dah besar *i hope* so pandai-pandai la fikir sendiri. dan ketika saya cuba menahan kesedihan yang datang menggila tatkala nak baca buku, ibu hadiahkan saya sesuatu yang sangat bermakna. yang sehingga kini saya amalkan.

LEPAS DARI KESULITAN 

AL-ANBIYA 87: 87.

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN 
(“TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU. MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM.”


Rabbi Yassir wala tu-‘assir. Rabbi tham-mim bil khayr. 

“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness.”

alhamdulillah. dengan mengamalkan dua ayat ini menjadi zikir, beserta kepercayaan yang kuat kepada Allah, kini saya mampu bangkit. mungkin belum pulih sepenuhnya, namun alhamdulillah, ada sedikit perubahan berbanding dengan sebelum ni

*maaf, ayat ni saya cari di internert. tak jumpa yang jawi punye. so taip dalam rumi je, boleh kan?*

dan beberapa ayat...di facebook lagi =_=' yang cuba saya jadikan peransang untuk berubah. insyaAllah. kuatkan hatimu wahai Farah. Allah sentiasa ada bersamamu. =')

Yang engkau cintai selama ini ,
Belum pasti milikmu nanti .
Maka usahlah bersedih hati,
Dikala dia bukan milikmu lg,
Dikala dia melukai hatimu.
Bersyukurlah atas ujian dan cubaan dari ALLAH..
Ternyata ALLAH masih sayang kepada kita dengan memberi cubaan ....

InsyaAllah ...
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA,
Akan memberikan penganti yang lebih soleh/solehah kepada kita....Aamiin.

YA..ALLAH..
Jika Cinta kan menghampiri diri
Jangan biarkan Cinta kepada Mu hilang di hati..
Perkenankanlah selalu tuk selalu Mencintai Mu..
Sepenuh hati dan Ketulusan diri.

YA..ALLAH
Hanya kepada_Mu Cinta Hakiki,
Cinta yang mengantarkan Keindahan sesungguhnya…
Cinta dengan kebersihan jiwa hati..
Cinta untuk mendapatkan Keredhaan Mu.
Aamiin Ya Rabbal'Alamin..

 dan sesuatu sebelum saya menutup entry untuk hari ni;

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

SELAGI BELUM PASTI..janganlah terlalu mempercayainya..Selagi belum pasti
jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki .JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..♥

ya, jika kita mudah memberi, maka susah untuk kita lepaskannya pergi. be strong!

p/s: si 'dia' sudah in a relationship dengan 1st love dye. what can i do? just smile and be strong. takde apa yang aku rugi pun. insyaAllah, aku kuat. 

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...