apabila lelaki cuba memujuk....

as salam.

alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini anda, pen 'stalker' blog saya masih lagi diberikan nikmat hidup, iman dan Islam. hehehe.. 'stalker' pada pandangan saya ialah orang yang baca blog tapi tak komen. haaaa... tu stalker. kalau yang tinggalkan komen tu status anda di'upgrade' kepada rakan blog. heee~...

oh, tahukah anda tajuk entry kali ni sangat menggedik? kekeke... orang dalam m0od sengal memang macam ni. =_=' a few entry before, if i'm not mistaken la.. saya ada cerita perihal seorang lelaki (the one and only, ayah) yang sangat tak pandai nak comfort anak dia. ye, sangat TAK PANDAI malah ada sikit mengguris sekeping hati anak kesayangan dia ni. ;p gedik lagi.

time saya tengah m0od kecewa dulu, berduyun-duyun manusia yang datang memberi kata-kata peransang. cuba memberi dan menyalurkan semangat pada saya. normal la tu kan. terima kasih, berjuta juta kasih saya tujukan buat mereka yang terlibat dalam proses 'mengembalikan semangat Farah'. you've done a very good job to me. hehehe.. dan kalau saya cerita apa-apa kat ibu, memang pasti, sangat-sangat-sangat pasti, ibu akan cerita kat BOYPREN merangkap BESTFRIEND merangkap INCHEK HUBBY TERSAYANG a.k.a AYAH. huhuhu.. malunya! ayah tau rahsia kite!! >.<

dan haruslah bila anak kesayangan dia ada masalah dia akan call kita nak tau keasaan kita macam mana. dan ayat-ayat 'memujuk' dia memang sangat pedas. tak tau lah macam mana kaum adam ni fikir. nak pujuk anak cubalah cakap lembut-lembut ke, bagi kata-kata semangat ke.. ni tak siap main ugut-ugut versi sopan lagi. =_='   daan saya rasa saaaaaangat tercabar! time tu la baru saya sedar saya dapat bangkit sikit-sikit. kekekeke.... bangkit dari menangis setiap kali lepas call.

dan tadi, saya pegi date dengan ayah. dalam perjalanan balik tu kebetulan lagu Aizat-lagu kita tengah bermain di corong radio.*pergh ayat!* otak saya tengah fikir pasal sesuatu, pasal Yong Hwa CN Blue kot kalau tak silap. hehee... si gatal. dan suasana dalam kereta sunyi sepi je. hanya suara Aizat yang berkumandang.. tiba-tiba;

"aaaaahhh!!"


"kenapa yah?"


"tukar-tukar!" sambil gerakkan tangan nak tekan next radio station.


"kenapa ni? tiba-tiba je ayah jerit. terkejut orang."


" dah maghrib-maghrib pegi bukak lagu jiwang-jiwang broken heart tu apesal? buat apa nak meratapi orang yang dah pergi. baik meratapi tadi solat Asar lambat. baik meratapi bape banyak solat yang kita dah tinggal"

okeeeei.. itu sangat pelik. bila pulak orang request hot fm suh bukak lagu Aizat? dan bila pulak orang meratapi pemergian you-know-who? ayah pelik. saya senyum je la. malas nak bidas pape. nanti kang lagi panjang berdebat dengan ayah.

"dah-dah. tak payah nak ingat-ingat makhluk Allah tu. ingat Allah lagi bagus."

hahahaha... tak sangka. ayah ingat saya masih terbayang-bayang kenangan tak best tu. ceeeh... cakap la nak comfort orang. ni tiba-tiba jerit.. bikin havoc je. hehe.. ayah comel!

sometimes, ayah boleh jadi seorang yang sangat menenangkan. melalui bebelan dia yang kadang-kadang mengarut.. =_=' melalui lawak dia yang kadang-kadang bukan-bukan je. dan kadang-kadang, perbuatan pelik dia boleh buat saya hepi. sangat3 hepi! hehe.. lelaki memang macam tu kot. unpredictable. susah nak jangka apa yang dia fikir. apa yang penting, seorang lelaki yang bergelar ayah, sangat menyayangi anaknya. cuma mereka, kaum adam ni tak reti macam mana nak tunjuk. it's ok lah ayah. orang faham. =')

Al-Baqarah : 286 [2:286]


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

orang yakin la yah, Allah duga orang bersebab. so jangan risau lagi ea? Farah kuat. gomawooo..~ terharu sangat.>.<

p/s: semua masalah ada penyelesaiannya. cara nak hadapi masalah tu, kita kena bersedia untuk berdepan dengan masalah tu sendiri. terima hakikat, in other word. =)

 

You Might Also Like

2 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...