Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 8 May 2012

bebel in tuesday.

as salam..

hari ni berlaku banyak perkara pelik dan tak menarik dalam hidup aku. har har har..

seyes geli buat statement camtu. actually aku cuba nak menimbulkan isu gelak dalam ejaan. aku ingat aku je yang suka praktikkan gelak yang pelik-pelik, as in har har har (di dunia yang nyata pun aku betul-betul gelak camtu. =_=') or kiu kiu kiu (bajet kiut ke ape? huhu)  or kekekeke, selain dari gelak standard yang digunakan oleh orang lain, iaitu hahaha, hihihi dan huhuhu.

p/s: kadang-kadang bila aku taip aku mesti buat gaya mulut sekali macam aku tengah bercakap sorang-sorang dengan komputer. dan itu sangat peeeeelik bagi housemate aku. tapi pada aku normal la...kot? hohohoho...

ok, lupakanlah pasal gelak tadi. nanti ada masa aku cuba nak buat research pasal gelak budak-budak dalam kelas aku, ok tak? *dush!* ngeng. takde keje ke ape. research untuk presentation BEL 492 pun tak buat lagi,, nak buat research pasal benda lain pulak. adoooi...

sepagi aku berada di UiTM Kampus Alor Gajah untuk program Survivor Mahasiswa. dan alhamdulillah aku masih bernyawa! speech yang disampaikan memang sangat best, menusuk qalbu (bak kata pak firdaus). tapi sound  sistem yang dorang gunakan, pergh... membunuh! nak terkeluar jantung aku setiap kali ade music. aku nak curik-curik tidur pun tak boleh. dah la mengantooooook.. >.<

cakap pasal mengantuk, aku memang tak puas hati dengan diri aku sendiri. harini aku dah ter miss kelas sebabkan overslept lepas balik dari program survival tu! dan yang paaaaaaaling best sekali lecturer pun call aku sebab nak tanya kenapa aku tak datang! grrrr.... geramnye dengan jam loceng yang tak berfungsi ni. tak pasal-pasal aku ter miss kelas penting. hurm..

aku mengantok sangat pun bersebab. malam semalam tidur pukul berapa ntah nak siapkan risalah and print nota MGT, yang mana lepas tu printer aku pulak buat hal. grrrrrr...! memang la aku suka jadi McGyver betulkan barang-barang elektronik ni. =_='. tapi alhamdulillah jugak, printer aku dah kembali berfungsi. pheeeew... lega.

dah satu lagi, aku tak tau la aku mimpi ke betul-betul, tapi aku rasa macam ade orang yang tak sepatutnya call aku. seseorang yang dah lukakan hati aku, hancurkan hati aku (hahahaha... ayat pompuan putus chenta. geli gilos!) walaupun tempat keluar masuk call tu menunjukkan dia memang ada call aku, boleh jadi aku yang TERcall dia, or dia TERmiss call aku dan bila aku bukak mata dalam keadaan mamai aku ingat dia ada call aku dan mulalah  fantasi mimpi aku yang rasa macam dia ada cakap dengan aku.. errr.. aku pun dah pening dengan apa yang aku cuba sampaikan. =_=' pape je lah. yang penting, he should not call me anymore. aku dah cipta satu prinsip yang aku baru terfikir tadi;

ONCE SOMEBODY KICK ME OUT FROM THEIR LIFE, NO MATTER WHAT THE REASONS, I WILL NEVER, EVER, CARE ABOUT THEM ANYMORE. because they didn't know how much it hurt me when it happen, and how much it's kills me to go on with my life.

aku tak nak "banana fruit twice" kekeke... cukuplah sekali dua aku susahkan parent aku untuk selalu call aku, sebab bimbangkan keadaan aku yang tak menentu.

dan last bebel of today, aku sepatutnya pergidengar kuliah malam ni. aku siap dah solat isyak berjemaah sekali tadi, semangat nak dengar kuliah punya pasal. tapi dan dan la pulak perut aku masuk angin time ni. aish.... memang tak la aku nak stay surau lama2 kalau dah sakit perut. nanti lagi teruk. lepas makan n buat apa yang patut, ni baru aku rasa lega. kalau kak wa baca, mesti dia cakap;

"eleh fera tipu fera tipu!"


p/s: kak wa, one of my classmate, dan juga salah seorang dari pembaca tak setia blog aku. kekekeke.... sabar jela ek kak wa. ;p

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...