Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Saturday, 26 May 2012

g0odbye nappeum namja!

as salam.

alhamdulillah, UiTM cuti seminggu. yeay!  alhamdulillah.. ibu ayah sudi datang amek saya kat Melaka, dan dah selamat pun sampai rumah. yeay! alhamdulillah.. rezeki harini mencurah-curah ke ladang gandum sampai pening kepala makan banyak sangat. =_='

it's been 2 week i think, since saya tak boleh makan nasi. dan dah kurang makan. dan dah tak boleh makan banyak. dan kalau lapar sangat, otak penat fikir nak bagi perut makan apa sebab banyak benda perut ni dah tak nak terima. bak kata si Mizat;

"aku rasa kan Ferra, cacing-cacing dalam perut kau demand nak makanan lain kot. atau mungkin cacing-cacing dalam perut kau tengah meragam, nak kuarkan baby cacing. sebab tu kau asyik muntah-muntah je. "


yeah right. kadang-kadang saya pun terfikir camtu. ye lah, bayangkan si gemuk yang sebelum ni makan nasi dalam polistrin (betul ke ejaan tu?) belum tentu cukup, sekarang kalau paksa diri nak habiskan nasi dalam satu polistrin tu punye lah payah. sampai kena dera perut, tahan muntah supaya hadam nasi-nasi tu. sebab penat nak jadikan toi-toi (toilet) tu 'rumah kedua'. grrrr...

dan harini, tengahari tadi dah paksa diri makan nasi. good. malam tadi dalam perjalanan ibu belikan sorang satu burger. daging (usually i pick ayam tapi ... huhu..nevermind.). special. dan sampai Kajang ibu suruh menghala ke arah kedai mamak yang berdekatan. errr... makan lagi i guesss? sampai sekarang saya dah rasa nak muntah sebab over kenyang. dah lama kot tak makan banyak! tapi burger tadi tak habis makan pun. bagi Alia (adik) habiskan. then kat kedai mamak just order air teh je. selebihnya kacau makanan orang lain. dan sekarang tak boleh tidur lagi sebab nak tunggu makanan tu turun cepat-cepat. aig0oo.... =_='

sebenarnya, sekarang saya rasa nak menangis. bukan nak menangis sebab meratapi peristiwa sedih yang sebelum ni. grrr.. yang tu dah buang jauh-jauh. shuuuuh! saya nak menangis sebab ibu dan ayah. sanggup ayah penat-penat balik kerja drive sampai Melaka sebab risaukan saya. *sob sob* sanggup ibu pujuk adik-adik ikut sama-sama dan bagi sokongan moral pada kakak dorang yang lembik ni haa. *sob sob sob* lepas tu siap pujuk ayah suruh bawak pegi jalan-jalan sepanjang cuti ni supaya saya tak stress. *sob sob sob sob*  lepas tu asyik fikir cara terbaik untuk membantu saya  dan bagi kata-kata semangat yang dalam segala aspek supaya saya kuat. huhuhu.. biane (maaf) ibu, ayah. akak lembik sangat. akak janji akak akan jadi kuat ea?

akak janji dengan nama Allah, insyaAllah akak takkan sia-siakan pengorbanan ibu dan ayah. insyaAllah, akak akan graduate in Bachelor in Accountancy lagi dua tahun setengah seperti yang ibu dan ayah dah rancang. insyaAllah akak dah ubah impian akak untuk kahwen awal seperti yang ibu pernah nak tu (=_=') kepada kumpul duit untuk bawa satu family tunaikan Haji dan Umrah. insyaAllah. unless keadaan jadi macam yang ibu cakap tadi. boleh pulak kan ibu cakap macam ni;


"kalau ada orang masuk meminang Farah nanti ibu terima je lah. biar Farah lupakan terus 'nappeum namja' tu."

*nappeum namja tu saya yang bagi, ibu tak cakap pun. tapi saya malas nak sensored nama dye so, tulis je la nama gelaran yang saya bagi. hew hew hew.

guess what, i'm in the middle of move on to a new life. ok. tak payah nak gues-guess sangat. =_=' maksud saya, saya sedang dalam usaha untuk move on. kalau boleh, segala 'kesan hitam', 'sejarah hitam', dan pape benda 'hitam' yang perbah terjadi selama 3 tahun ni saya nak lupakan. so that i can have a happy life. dan ibu ayah tak payah risau lagi. banyak benda saya plan nak buat cuti ni. banyak sangat. sangat3. sampai tak tau, boleh ke tak saya lakukan. *sigh* masuk balik UiTM nanti, Farah yang 'kuat' akan terhasil. hoho.. no more Farah yang susahkan kawan-kawan rumah dia untuk dengar cerita mengarut dia. no more Farah yang suka muntah-muntah bila stress. no more Farah yang cengeng. *heh. kalaulah berjaya lepas sifat cengeng tu...* hohoho.. hey 'nappeum namja', what's goes around comes around tau! hukum karma. kekekeke.. gedik nak cakap pasal hukum karma. hukum Allah tak nak pulak sebut. >.<'

ok. ok.

saya yakin qada' qadar Allah. saya yakin Allah nak saya kuat, sampai bagi saya dugaan yang macam ni. saya yakin, letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah bahawasanya my Mr. Right tengah tunggu saya berjaya tunaikan impian saya tu. tak pun kalau dia baik dia tolong saya tunaikan impian tu. hehehehe...  geli. =_=

so, bai-bai nappeum namja. tak kuasa I nak ingat you lagi. *hew hew. geli la I-You neh.* kalau I ingat you lagi pun, sebab you dah jadi HISTORY I je. and i hate HISTORY. sebab tak dapat A masa SPM dulu. *kantoi. =_='*  dan thanks kak wa, thank Mizat. thanx dear housemate. thanks everyone. for being there when i need somebody. thanks Fara (dear roomate) sebab sudi layan saya yang sangat annoying time-menangis-dengan-hingus-meleleh-leleh-sambil-main-gitar-kono-nampak-cool padahal tak. =_=' dan thanks Allah, for giving me  chance to see how beautiful and wonderful my life is. kekekeke... gedik. thanks jugak Mr. Kay sebab sudi diputuskan oleh saya. (my guitar, satu tali terputus time lepas tension. hohoho.. jaga-jaga, sila jangan buat saya marah or i'll be Mrs. Hulk) dan to Cik Neko yang hilang tatkala saya gelabah bila Mr. Kay putus. grrr.. ayat macam baru lepas menang grammy awards. >.<

p/s: Alhamdulillah, saya terfikir nak block 'dia' di facebook tapi asyik takde kekuatan je. sekali 'dia' dah tolong block kan untuk saya. hew hew hew.. g0od. i don't want to have any connection woth you anymore nappeum namja. hope we'll never see each other again.

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...