Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 14 May 2012

life must go on...with Mr Kay! (beserta hukum main gitar)

as salam..

i think i already mentioned, last Saturday, my lovely family datang ziarah anakanda yang jauh di Melaka ni. huhu.. dan paling mengharukan jiwa seorang anak, ayah aku sanggup cancelkan kelas semata-mata nak bagi sokongan moral kepada aku. sob sob.. thank ibu, thank ayah. =')

sepanjang hari tu kerja kitorang pergi makan je. try semua benda kat Melaka ni. tapi manalah sempat satu hari nak rasa semua makanan pelik-pelik kat Melaka ni kan? huhu.. makanya mana yang sempat tu kami pergi jugak la jelajah.

it's really fun! perkara paling menyeronokkan dan bahagia pada diri aku ialah dapat keluar bersama family. yes it is. lebih dari keluar dengan kawan-kawan. maybe sebab tu lah bonding aku dengan keluarga kuat. dua minggu tak jumpa pun boleh banjir satu melaka ni aku buat! kekekeke...

al-kisahnya kat rumah aku ade lah gitar. adek aku Alia yang guna sebab dia nak masuk kelas muzik. dan aku balik rumah aku la yang jahanamkan benda tu sebab jakun tak biasa maen. =_=' but believe me, bila aku tengah tension tu aku maen la petik-petik sikit gitar tu dan hey, semua masalah 'terbang' camtu je, terbang dengan not-not yang bersepah. kekekeke.... aku bukannye reti maen pun. saje nak me'nyumbang'kan halwa telinga masing-masing.

dipendekkan cerita, ibu datang melaka last week, dye bawak sekali Mr Kay (nama inche gitar yang aku bagi) dan cakap;

"nah, akak amek la. nanti Alia ibu belikan yang laen."


wallah! bermula la aktiviti aku men'sumbangkan' suara kat dalam rumah ni. aku terfikir jugak,  wanita boleh ke main gitar? then aku buat la research. dan ni yang aku jumpa.

Gitar tidak wujud di zaman salaf soleh ,tapi alat-alat muzik yang bertalimacam ini dikenali dgn nama ' alMa'azif (المعازقwink. Ataupun dikenali dengan alat-alat yang dipetik. Hadith yg melarangnya ialah hadith Al-Bukhari dari Abu Malik alAsy'ari:ليكونن من أمتي أقوام يستحلون r07; r07;الحر r07; r07;والحرير والخمر والمعازف" sungguh akan terjadi satu kaum dari ummatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik petik." (Bukhari: bab Asyribah, # 5590). Hadith ini mu'allaq (tanpa sanad) dan ia menjadi khilaf di kalangan ahli hadith sama ada hadith ini boleh dijadikan hujah.Ibn Hazm dan Al-Imam Al-Qardhawi (Fiqh alGhinaa' wal Musiqii) mengatakan hadith ini tidak boleh dijadikan hujah kerana kecacatannya kerana dalam jalur periwayatannya terdapat perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Ini diakui sendiri oleh Ibn Hajar dalam Hadyu Sari/448.Maka gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram. Ia sama spt motor atau kereta. Keduanya harus dan halal. Tapi jika kereta itu digunakan utk lumba haram, utk bermegah-megah, utk ke Pub dan nightclub, maka itu dinamakan salah guna. Begitu juga gitar tadi, lagu apa yg dimainkan, apakah imej seorang pemain gitar di mata masyarakat? suasana gitar itu dipetik...itulah yg perlu dikaitkan.Tapi hukum gitar dan petikan gitar ..tidaklah ada masalah. Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa?(alQardhawi, Fiqh alGhinaa' wal Musiqi, maktabah Wahbah, 2001)

WaAllahualam..
p/s: aku bagi besar sikit, biar semua orang nampak. hehee..

sumber: http://shipofdream.blogspot.com/2010/12/hukum-perempuan-bermain-gitar.html

dan ini;

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS

sumber: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/11/hukum-main-gitar.html


aku difahamkan, perempuan macam nampak tak sopan la nak maen gitar ni. plus nak bawak gitar ke hulur kehilir lagi. cuba bayangkan, pakaian dah sopan, tutup dada tutup punggung, labuh sikit je but then bawak gitar. errrr... ok, tak payah bayangkan. malu!

Makanya aku dah faham kenapa orang tak bagi perempuan maen gitar (walaupun spesies2 Yuna dan Najwa Latif dah mula bercambah) dan aku ingin tekankan, aku bukan nak tiru Najwa Latif ke ape. juz aku dari kecik memang teringin kot nam maen alat muzik. lagi-lagi piano! tapi..... kenapa entah zaman aku semua pun tak boleh. adek2 aku mintak sikit sume dapt. hurm.....  redha je lah...=_=

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...