.: review buku: Quartet :.

as salam.


sebenarnya agak lama jugak lah aku tertarik dengan sinopsis cerita ni. tapi aku belum punya kekuatan untuk membelinya, sebab aku rasa aku nakkan sesuatu yang mengindahkan jiwa (dlm erti kata laen yang cintan-cintun la). malunya aku! =_='  sebab tu ada pepatah mengatakan;

"don't judge a book by it's cover"

rupanya, buku mencari cinta versi Quartet lebih indah dari cintan-cintun yang aku baca sebelum ni. Quartet membawa aku memcari cinta Ilahi. dan setelah seminggu aku dihurung rasa tak tenang sebab aku tak tau bagaimana dan apa sebenarnya yang 'dia' di pihak sana nak, akhirnya aku temui dalam cerita Quartet. pelik. betapa aku mohon agar Allah bagi petunjuk (tak kisah la melalui mimpi atau nasihat yang berbekas dalam hati) namun aku temui jawapan dalam sebuah novel. dan aku boleh terima dengan tenang. Alhamdulillah.

Quartet mengisahkan kisah hidup Misa, atau Rumaisa', yang mudah jatuh cinta dengan lelaki. jatuh cinta yang bukan kerana rupa paras atau harta benda. tapi kerana perwatakan dan juga kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu merubah seorang Misa menjadi Rumaisa'. Misa, seorang pelajar Malaysia di Wisconsin, bukanlah wanita yang bercirikan muslimah sejati. masih free hair, masih memakai tee yang melekat pada tubuh. namun solatnya terjaga. akhlaknya terjaga. hasil bimbingan Azra dan rakan serumahnya yang lain. perlahan-lahan, Allah sayangkan Misa, dia diuji bertubi-tubi melalui hati.

Bilal- lelaki pertama yang Misa benar-benar suka.dia umpama Yusuf, dan Misa umpama Zulaikha, sebab ade kes jari Misa terluka lepas ternampak Bilal. tapi malangnya cinta Yusuf bukan untuk Zulaikha. Bilal ujian pertama Misa yang berjaya membuatkan Misa mula memakai shawl (sebagai permulaan). dan Misa mula mengenali Tuhannya.

Ustaz Mustaqim - sangka Misa, Ustaz Mustaqim ni sama macam Ustaz Din (dalam novel Jaja & Din). makanya Misa pun mulakan misi '30 hari mencari cinta'. al-maklumlah, adik lelaki Misa dan kahwin pun, malah Misa dah jadi mak long. takkan nak mendiamkan diri lagi kan? pelbagai cara Misa lakukan untuk meraih perhatian sang ustaz, maka bila ustaz mula melawat Misa lepas Misa dikejar anjing liar, harapan mulalah tinggi setinggi gunung. malangnya Ustaz Mustaqim bukanlah Ustaz Din. orang yang membawa gelaran ustaz bukan semua berperwatakan seperti seorang ustaz. kecewa lah Misa sekali lagi.

Anas a.k.a Abg Long - bakal pak su Misa merangkap abang kepada kawan baik Misa. sentiasa memberi nasihat kepada Misa, sama seperti Mak Su Bibnya. melalui abg long dan Mak Su Bib, misa mula merubah penampilan. Abg long menghadiahkan baju Muslimah, Mak su Bib menghadiahkan tudung bidang 60. kini, misa dah berubah!

Irfan Daniel - teman maya Misa. rupanya kenal dengan Misa sejak dari zaman sekolah, tapi hanya kenal di alam maya. follower setia blog Misa, dan menyaksikan sendiri perubahan seorang Misa kepada Rumaisa'. walaubagaimanapunmereka tak pernah bersua, cukup sekadar kenal di alam maya. namun bila Misa mula berubah, Misa rasa mereka perlu menghentikan hubungan yang entah ke mana itu untuk menjaga hati Misa supaya tak ter'jatuh' lagi. tapi apakan daya, Irfan salah faham. tanpa Misa sedar, Misa dah lama ter'jatuh' pada Irfan yang hanya dikenalinya dialam maya. hati Misa bertambah pedih sejak mereka tak berhubung. demi menjaga hatinya, Misa meminta kak Wafaa untuk mencungkil perasaan sebenar Irfan pada Misa. Misa tak sanggup terluka lagi. biarlah di'reject' awal-awal. namun jawapan yang diberikan Irfan lebih menyakitkan dari direject. Irfan rasa, dirinya yang jauh berbeza dari Misa tak sesuai untuk digandingkan dengan Misa, lalu menggantung jawapan kepada Misa untuk dijawab lagi 4-5 tahun. jadi, apa patut Misa buat?

akhirnya, belum pun sampai setahun, mereka kembali ke Malaysia. di Malaysia seorang Irfan bertemu seorang Rumaisa' di Majlis perkahwinan kak Wafaa lalu Irfan bertekad! walaupun Misa masih memarahinya Irfan tetap dengan pendiriannya untuk bertemu wali Misa dan menyelesaikan semua masalah mereka.

p/s: sweet sangat. Allah menemukan Misa dengan orang yang salah untuk memberi orang yang lebih baik kepada Misa. Allah memberi ujian hati kepada Misa agar hati Misa tergerak untuk berubah keranaNYA. dan yang paling best, Irfan sangat berani untuk terus berjumpa wali Misa dan berbincang mengenai hatinya pada Misa. aww~... sukanya dengan watak Irfan. hopefully kalau watak Irfan betul-betul wujud di dunia aku, aku dah boleh terima kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku. mungkin sekarang aku kebal sebab masih marah dan berkecil hati. but who know, Allah mungkin dah tetapkan sesuatu untuk aku. =) till then, just wait and see.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...