Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 21 May 2012

saya suka awak! tapi...



"saye suke awak , suke sangat , tapi biar Allah yang aturkan . . ."

as salam.

ehem, ini kata kawan saya di facebook dye. not mine. tapi saya pun ade tumpang komen jugak. saya cakap;

" saya suka dia, suka sangat sangat sangat kat dia. tapi, Allah kata dia bukan untuk saya."

ohohoho... gilos aku. orang letak status untuk bergumbira (gembira), aku bagi komen serba kachiwa (kecewa). kekekeke... sorry ea Hidayati.  saya terfeeling lebih.

hehehe.. boleh tak tiba-tiba nak bersaya-awak kat sini? tiba-tiba lepas buat assignment rasa nak bercakap. tapi kat bilik tengah ade orang buat study group. nak tidur kena tunggu dorang siap dulu. so sementara tu menaip je la yang mampu.

saya tersilap satu benda. saya tak jaga hati betul-betul. saya leka, biarkan hati dipengaruhi oleh syaitan. saya biarkan hati saya dimiliki oleh orang yang tak sepatutnya. saya biarkan hati saya terbuai-buai dengan kata-kata seorang kaum adam. *sigh* saya malu nak mengaku benda yang dah jadi, tapi saya dah sedar kini. saya akan jadikan benda ni iktibar kepada kawan-kawan saya yang lain.



✿~ Kata AYAH kepada anak perempuannya :

"Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan DIMAINKAN hatinya, sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN DAN TAQWAMU.."

✿~ Kata IBU kepada anak lelakinya :
"Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya, sebaliknya untuk kamu LINDUNGI MARUAH DAN KEHORMATANNYA..

oh, ini sekadar quote yang saya jumpa di facebook. takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. :)

berbalik kepada point saya, wahai gadis. (ehem, saya dah masuk m0od wanita matang ni. bersedialah!)
tolonglah :

1.jangan biarkan seorang lelaki menjadi pendengar ceritamu hari-hari. pilihlah Allah. Dia tak pernah pergi. tapi seorang lelaki yang masih belum ada ikatan denganmu boleh pergi bila-bila masa. 

2. jangan biarkan setiap cerita kegemaranmu dikaitkan dengan dirinya yang bukan mahram mu. nanti bila dia dah takda, walaupun awak tengok cerita kelakar, awak akan menangis. don't be!

3. jangan biarkan lagu-lagu kegemaran anda menjadi lagu dia dan anda. nanti, lagu yang rancak pun boleh buat jiwa awak berkocak.

4. janganlah biarkan barang-barang kegemaran anda berkait dengan dirinya. nanti bila dia dah takde, barang tu... hmm.. nak buang, sayang. nak simpan, banyak kenangan. =_=

5. janganlah biar ingatan tentang dirinya masuk walau sesaat pun dalam ingatan awak dalam sehari. nanti bila ia jadi tabiat, susah awak nak buang. sakitnya umpama ada duri mencucuk-cucuk dalam dada. (perh... ayat tak boleh jiwang lagi ke? =_=')

6.jagalah hati. jangan terlalu sayang, janagn terlalu benci.  nanti bila terjadi something, mesti akan terjadi yang sebaliknya.

7. janganlah percaya walau satu patah pun kata-kata lelaki yang bukan mahram mu. anything can happen. sebaik-baik lelaki pun akan ada sesuatu yang dia tipu dengan awak. sama ada untuk tak nak menyakitkan awak atau memang dengan niat untuk menyakitkan diri awak.

8. jangan lah menaruh setinggi harapan. walau macam mana gentle sekalipun lelaki tu, sanggup jumpa parent awak, siap dah berniat untuk berkahwin dengan awak. boleh jadi dia bukan jodoh awak. boleh jadi, last-last dia digoda oleh ex-ex dye or mana-mana wanita dan terus buat dia lupa dengan janji dia pada awak. walaupun parent awak tau tentang dia, malah siap berikan keizinan untuk berkawan dengannya. jangan, TOLONGLAH JANGAN menaruh setinggi harapan. selagi belum diijab kabul, dia bukan untuk awak. 

lelaki, sekelip mata je boleh berubah. walaupun pada mulanya dia nampak serius sampai sanggup jumpa parent awak, but at the end dia jugaklah orang yang buat awak terluka. buat awak sakit. tak pasal-pasal dapat disease pelik-pelik. tak oasal-pasal tak boleh terima stress. tak pasal-pasal tak boleh makan. =_='.

TAPI, kalau awak pandai ambil positif akan sesuatu, awak akan tau something.

Allah bagi awak kedukaan supaya awak makin rapat dengan DIA. mungkin Allah rindu nak mendengar rintihan awak. mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk awak. terimalah walaupun pahit. :)

sebab tu wahai wanita, JANGAN SERAHKAN SERATUH PERATUS HATIMU pada kaum lelaki yang bukan mahram mu. kasihani lah bakal suami mu. nanti dia kekurangan kasih sayang dari awak macam mana? hehehe...

doakan saya kuat. saya doakan anda juga. semoga kita tak lagi ditipu oleh kaum yang sepatutnya melindungi kita. semoga kita tak lemah kerana mereka yang bukan sepatutnya. jagalah hatimu. =)

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...