selamat hari Jumaat!

as salam.

pengajaran buat saya, lepas ni tak payah gatal-gatal suruh orang laen carikan calon. kang ramai-ramai bagi saya pulak yang yang segan. =_=' member saya, si Mizat cakap;

"Ferra, pada aku senang je. nak lupakan yang lama cari yang baru!"

hohoho.. takutnye dengar. =_=' kalaulah semudah tu... aip! ape masuk bab geli-geli ni. yang patah tumbuh, yang hilang berganti segala bagai. errrrkk....

alhamdulillah.. dah masuk hari Jumaat. maknanya dah 3 minggu nightmare berlaku. *kenapa tak "dah 3 tahun" je terus.*

semalam ada kuliah mingguan kat surau. Alhamdulillah saya diberi kekuatan, diberi keizinan oleh Allah untuk menghadiri majlis Ilmu. banyak sangat yang saya dapat semalam. sedikit sebanyak terkena jugak pada batang hidung sendiri. antara yang kak wa highlight kan dan bagi pada saya;

" tak payah nak menangis-nangis bila kehilangan seorang lelaki. lelaki kat dunia ni banyak lagi."

hoho.. tak habis-habis dengan lelaki. grrr...

padahal tajuk kuliah semalam, ISLAM SEBAGAI AD-DEEN,  yang mana memberi fokus didalam ibadah. ni antara yang saya dapat share dari majlis ilmu semalam. kak wa, kalau salah tolong betulkan ea? hehehe..

1. TAZKIRAH KEMATIAN (intro dari ustazah)

  1. bila kita mati, bukan orang-orang sekeliling kita je yang sedih. sendi-sendi badan kita pun sedih.
  2. sendi-sendi kita yang akan menjadi saksi segala perbuatan kita di depan Allah nanti. 
*time tu saya dah pandang tangan saya, "sorry tangan, sorry jari. berapa banyak kali je kau tadah tangan, berdoa pada Allah. sorry kaki, berapa banyak kali je kau membawa aku ke tempat0tempat begini. sorry mata, berapa banyak kali je kau menangis, bertaubat pada Allah diatas dosa-dosa yang aku dah lakukan." sigh. malu!*

dan ustazah cakap, orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati akan kematian. Ya Allah, aku asyik meratapi 'kehilangan', aku tak pernah fikir "cukupkah amalan aku, nak bawak jumpa Allah nanti?". malu!

2. IBADAH SECARA UMUM


  1. ibadah tu kewajipan kita. bukannya bermusim. maksudnya bila kita sedih, baru beribadah pada Allah. bila masuk bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan, banyaknya amalan kita. tapi bila masuk Syawal..musim beribadah tamat..? =_=
  2. orang yang sentiasa beribadah, walaupun dirinya miskin sekalipun Allah tetap beri kekayaan padanya, dari segi rohani. jiwanya sentiasa tenang, tapi orang yang mementingkan dunia dah senang-senang meninggalkan ibadah, Allah beri kita kesibukan di dunia. sentiasa tak tenang.
  3. kita beribadah (solat) kerana kita rendah diri, malu kepada Allah sebagai hambaNYA, yang tak beribadah tu, dah rasa diri besar sangat kot sampai tak nak merendah diri pada Alllah. 
  4. ibadah ni ruang lingkup luas. ibadah umum dan ibadah khusus. kerja pun boleh jadi sau ibadah. kehidupan seharian kita pun boleh jadi ibadah, seperti makan, tidur, kerja. tapi kita sendiri yang kena jadikan ianya ibadah. sebab bukan semua kerja boleh jadi ibadah. haaaa... ni dah masuk point yang penting ni!

ustazah cakap ramai orang tak perasan sesuatu ni, dorang fikir kerja tu je dah jadi satu ibadah. so hari-hari la jadinya kita beribadah. tapi kita lupa nak jadikan kerja sebagai satu ibadah tu bukan senang.


SYARAT KERJA MENJADI SATU IBADAH


  •  niat ikhlas kerana Allah. ---> kadang-kadang saya pergi kelas pun saya lupa nak niatkan kerana Allah. ruginyeeeeeeeer!!!!
  • kerja yang mengikut syariat Islam. ---> kerja tu mestilah yang halal, yang mematuhi syariat-syariat Islam.
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. ---> nak dapatkan pahala kerja, tapi kerja dok main-main je. boleh ke macam tu?
  • tak lalai dari melakukan ibadah yang wajib. ----> hoho.. yang ni memang kena jaga. kita kerja nak dapatkan sebagai ibadah. tapi solat pulak tinggal. hadoooi... 
  • mengikuti syariat Allah ketika bekerja. ---> hok yang ni ustazah dok tekankan bahagian pakaian. *accent yang saaaaaangat tak jadi. =_='*  kita bekerja tapi aurat tak jaga. pegi kelas pakai baju spring. pahala...ish, mana nak dapat, dosa pulak datang bertimbun-timbun.
*mula-mula aku tak paham, apa baju spring tu. lepas tu kak Aisyah duduk kat sebelah aku cakap, "kamu angkat tangan tinggi-tinggi, terangkat segala baju kamu". means baju pendek or ketat. ohooo...budak lelaki kadang-kadang time nak tekan button projektor (dalam kelas) selalu ternampak 6-pax dorang. hailaaa... =_='

setakat ni jela yang saya mampu kongsi. banyak lagi nota yang saya salin tapi memandangkan kejap lagi ade kelas....errr... kena la siap-siap. hohoho... lepas ni cuti seminggu. tak sabarnya! bai- bai! =)

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...