Stress attack?!

"as salam. ibu..... ibu ade tak kawan kerja sebagai doktor yang psikiatri? tak pun yang boleh bagi kaunseling?"


as salam.

pagi tadi kepala saya sakit. mungkin kesan tidur lambat kot. mana taknya, puas saya berbincang dengan rakan sebilik, fikir apa yang patut saya lakukan untuk ubati masalah 'mental' saya yang makin senget ni. =_=' . tak lah. saya nak kan semangat saya. semangat saya masa saya belum terjebak dengan masalah with kaum adam. masa rasa saya dah berada di tahap kritikal. oh no! adakah saya dah sakit jiwa? teeeet! NAUZUBILLAH MIN ZAALIK. *pengsan*

saya cuma ada masalah. masalah tak boleh kena stress. ataupun dengan nama yang tak 'cool' yang diberi oleh r0omate saya, "stress attack!". urgh.. sangat tak cool. >_<

oh, berbalik kepada soalan diatas. actually saya hantar mesej kepada ibu sebelum ke kelas. dalam nak siap-siap pergi kelas, (dah lah kelas pagi tu ada presentation) saya terfikir nak tanya ibu, kalau-kalau ibu boleh bantu. saya tau, ibu mesti cerita kat ayah lepas tu. *ibu tak boleh simpan rahsia! takmo kawan ibu! ;p* dan saya dah fikir masak-masak. better mengaku yang diri saya lemah instead of berpura-pura depan ibu ayah as if nothing happen and i'm strong enough to handle it. saya tak reti la berlakon-berlakon ni. sebab tu tak jadi artis. =_='. ok, stop mumbling fera.

lepas saja mesej kat atas dihantar, terus dapat panggilan phone dari ibu. 

"Farah cakap apa tu (mesej handphone)? ibu tak faham?"

=_='

"oh, takde la bu. orang cuma nak tanya, ibu ade kenal tak mana-mana doc yang boleh rawat orang yang ade masalah nak handle stress?"

"eh, Farah stress sangat ke?"

"takde la. tapi akak tak boleh terima any stress lansung. lepas tu mesti kepala sakit. sebab tu....akak muntah-muntah."

"......... sebab aj ke?"

teeeeet.. takde kena mengena dengan dia lah! anything yang berlaku sejak kebelakangan ni semua buat kepala saya sakit. at least saya sedar saya ada masalah ni. daripada saya biarkan sendiri lepas tu sampai jadi macam EDWARD MARTIN JESUS yang murtad sebab putus chenta or pelajar yang terjun bangunan sebab tak tahan dugaan tu macam mana? NAUZUBILLAH! Ya Allah, Kau peliharalah iman aku.Kau jauhkanlah aku dari perbuatan terkutuk macam tu!

ok, berbalik pada cerita tadi. kalau nak jumpa doc, kena tunggu lagi seminggu. *sigh* lamenye! saya sampai dah kena demam ni! >.< and then i'll try to search kat g0ogle. dan ini yang saya jumpa. tips to overcome depression!


LANGKAH MENGATASI DEPRESI

1) Syabas kerana anda mempunyai " awareness" bahawa anda mempunyai depression atau kemurungan. Salah satu tanda seseorang yang mempunyai tinggi EQ (Emotional Intelligent) adalah kesedaran bahawa emosi telah terganggu.

2) Anda sekarang perlu mengawal emosi sebelum emosi mengawal anda

Mari kita belajar Cognitive Therapy.
- ---Bayangkan anda terdengar bunyi kaca pecah didapur ( Antecedent event) pada malam hari. -------Apakah yang anda percaya ( Belief)?
-----Jika anda benar benar percaya kepada apa yang anda fikirkan , apakah yang anda lakukan ( Consequent Event)?

Jawapan anda : Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Pencuri masuk rumah
Consequent Event : Panggil Polis

Jawapan Saya: Antecedent event : Kaca pecah
Belief: Kucing terlanggar gelas
Consequent Event: Tak ada apa-apa; terus tidur

Jawapan Orang lain :
Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Jiran biasa menonton TV tengah malam, bunyi bisisng dari jiran sebelah
Consequent event : Tak ada apa-apa; terus tidur

PERHATIKAN........ "Antecedent event" yang sama tetapi "Consequent event " berbeza. Consequent event berbeza kerana apa yang anda lakukan adalah bergantung kepada apa yang anda fikirkan ( Belief)

Mari kita selidik kenyataan individu yang mengalami kemurungan di atas:
Beliau mempunyai banyak Negative / Distorted Thought or Beliefs
----" hilang kepercayaan pada org2 di luar sana"
-----" merasa sangat tdk berharga kerana maruah diri tercemar"
-----"sy tdk tefikir masa depan"

Kenapa ini berlaku? Mari kita cabar dan betulkan pemikiran kita. Satu lagi Kemampuan penting untuk mempunyai EQ yang tinggi.

Dengan hanya satu kegagalan dalam percintaan , beliau membuat " generalization" kepada semua orang . Beliau perlu mengubah Negative Thought ini dan sentiasa BERFIKIRAN POSITIVE.
e.g. i) Benar, Si A tinggalkan saya untuk kali ini, tetapi masih ada ramai lagi di luar sana , bukan semua orang mempunyai sikap seperti A. Jodoh di tangan Tuhan. Tuhan jadikan berjuta umat dengan pelbagai kerenah . Tidak semua seperti A
Ingat : The Consequent Event is depending on Your Belief

e.g 2) "Merasa diri tidak berharga kerana maruah diri tercemar". Satu lagi contoh Negative Thought
Benarkah anda fikir maruah diri tercemar kerana gagal dalam bercinta..... ? Apa yang hilang pada diri anda? Hilang pendengaran? Hilang Penglihatan? Anda patut bersyukur kerana anda masih tidak hilang pedoman..... Jika dilayan emosi negative ini anda akan hilang segala-galanya. "Tidak salah jatuh tetapi salah jika tidak bangun berdiri selepas jatuh....."

e.g. 3) " tidak terfikir masa hadapan"
Lihat masa lampau... Berapa banyak jasa yang telah anda lakukan? Berapa ramai yang telah anda bantu? Berapa bayank kejayaan anda? Anda telah pernah berjaya sebelum ini wlaupun banyak dugaan melanda. Kali ini anda pasti berjaya mengharungi kegagalan ini . Gunakan apa jua solution yang pernah anda lakukan sebelum ini untuk mengatasi masalah anda. Pandang kehadapan. Sentiasa berfikiran Positif

3) Tingkatkan Social Networking
Anda perlu keluar dari bilik anda dan mulakan pergaulan dengan siapa sahaja yang anda rasa boleh membantu anda agar lebih aktif . Aktifkan diri . Ini dapat mengurangkan fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi. Antara yang boleh dilakukan; ke surau berjemaah, minum kopi di warung bersama teman dll

4) Senaman untuk meningkatkan Adrenalin.
Kemurungan akan bertambah teruk jikan anda tidak mengaktifkan diri. Mula bersenam dan tingkatkan adrenalin anda. Berjogging di taman, bermain bola bersama kawan dll

5) Jangan lupa... berdoa kepada yang Esa dan Tunggak yang 5 jangan dilupa

6) Jika masih gagal menangani masalah anda... Jangan segan silu... Segera ke klinik mendapatkan kaunseling pakar

Semoga dapat membantu anda

oh, sila lah jangan tanya saya dah buat ke belum. sebab saya sendiri baru jumpa tips ni. dan berperasaan macam.. err... tak boleh jadi je. =_=' . great. mengalah sebelum cuba. don't be like me. please, try dulu (bagi yang ade depression) then bagitau hasilnye kat saya ea? hehehe.. adios!

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...