Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 7 May 2012

thank you Allah! thank you ayah!

As salam.

again, aku tau lately ni aku banyak post pasal keserabutan dan ketidak betulan hidup aku yang baru lepas dilanda masalah kecil (tapi aku rasa besar). aku tau, aku bukan lagi diri aku yang dulu. bukannya aku pinta (ceeewah!) tapi Allah nak duga.

tengah hari tadi ayah call, aku ingat dia nak comfort la perasaan aku. sebab aku dah agak kalau cerita apa-apa kat ibu, mesti bocor jugak kat ayah. grrr... ibu ni suke je bagitau ayah. malu tau! >.<

and then, aku terkejut bila dalam call tu ayah bukan nak comfortkan aku, but nak tegur aku. grrr... ayah ni memang lah tak faham hati wanita yang tengah bersedih!

dah la ayah call time aku nak gi study kat library. bercucuran la air mata mengalir ke ladang gandum. huhu.. but then aku segan, ramai pulak keluar library time tu. terus aku lari pegi tingkat 4, menyorok belakang booth Rakan Intelek, menangis puas2 kat situ. ajaibnya, takde sape pun perasan! kekekee... segan la kalau ade orang perasan. nanti kena label budak cengeng. awww... segannye!

nak dipendekkan cerita, lepas nangis tu aku realise something. aku makin sedih sebab orang dok comfort aku cara pompuan, as in

" ala, jangan la sedih, nanti Farah dapat yang laaaaaaaaaaaagi baik (as if   =_= )" 


tapi cara comfort ayah punye la menyentap jiwa raga keperempuanan aku. kekeke.. ayat tak boleh belah. dia dah buat aku sedar something. something yang aku pegang selama ni. thank you ayah! Thank you Allah sebab beri aku ayah yang 'pandai' pujuk hati anak dara dia. =_='

sekarang aku dah mula happy. happy sebab aku dapat buka mata seluas luasnya. dulu aku mana reti nak menghargai sahabat, sebab aku ade 'die'. now, aku saaaangat menghargai sahabat, sebab mereka walaupun tak tau pape, tetap buat aku gembira. hooyeah! i've got my spirit back! =)

tapi.... of course la ade kesan negative sikit. aku rasa...aku dah mula prejudis pada pihak lelaki. hadooooi.. bukan aku yang nak, tapi dia datang sendiri. macam mana nak buang sikap tu? aku pun tak tau. takpe lah. yang penting aku dah kembali ceria. aku dah kembali bertenaga. walaupun migrain dan sakit-sakit perut belum pulih, tapi semangat aku still ada. biar kecewa sekarang, jangan kecewa nanti. insyaAllah aku boleh. insyaAllah. =')

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...