buat aku dan mereka.

as salam.

alhamdulillah.. pagi yang indah. normally pagi-pagi kat Melaka ni panas, yang mana memudahkan proses bangun pagi tu. tapi pagi tadi hening, sejuuk je. aish.. mata dah menggedik-gedik suruh "pejam la... pejam la...". =_='.

beberapa jam lagi saya ada presentation BEL (Public Speaking) dan saya belum settlekan lagi bahagian full speech saya. dan jari jemari saya menggatal nak update blog. >.< hebat kan? ho ho ho.



saya dah penat mengejar benda yang tak pasti. dah penat dimanipulasi orang insan yang tak berperasaan. *haish..* so sekarang saya dah jumpa conclusion yang pasti. jawapan muktamad. saya akan pergi jauh-jauh. jauh dari semua masalah saya. heee~.. eh, ni bukan suicide letter tau! karang ade yang ingat Farah ni nak pegi terjun tingkat 6 pulak lepas ni. =_=' 

no no no! Nauzubillah min zalik! 

saya cuma nak pergi dari masalah saya je. gi jauh-jauh. jauuuuuuuuuuuuuh sangat sampai masalah tu hilang. penat lah berdepan tapi tak jumpa jalan penyelesaian. betul tak tindakan saya ni? selebihnya, saya berserah pada Allah. kalau ada rezeki, jumpa lagi. takde rezeki, bai bai. =)

oh oh, boleh tak nak letak pic of the day kat sini? malas nak buat entry banyak-banyak. =)

1. buat sang hamba:


~♥ 8 PAHALA YANG BERTERUSAN ♥~

Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

✿ Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

✿ Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

✿ Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

✿ Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

✿ Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

✿ Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

✿ Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

✿ Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04
Waullahu'alam
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

sumber: facebook


2. buat pencinta wanita:
sumber: facebook

3. buat kaum hawa yang masih single! ;)

hew hew hew. have a nice day!

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...