Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 10 June 2012

hari yang sangat penat!

as salam.

alhamdulillah.. arini berjaya siapkan shooting video Arab. dan berjaya keluar dari kepompong bilik. dan berjaya tengok dunia luar yang sangat indah. subhanallah..=) dah setahun lebih duduk kat Melaka baru sedar kat Melaka ni banyak jugak tempat menarik. =_=' tu la, nak sangat jadi puteri di bawah tempurung.

thank to Mizat, Kak Wa dan Nasihah. koleborasi kami untuk menghasilkan video arab sangat memberansangkan. tak payah sampai malam pun dah siap shooting. alhamdulllah.. tapi seriously, memang sangat penat. sangat sangat sangat penat. for sure saya takkan pilih lakonan as my career. LOL.


*aurat harus di sensored. handsock hilang. grrrr......* 


ni antara yang dapat ditangkap sepanjang shooting. saya yang mana? cari yang paaaaaaaaaling gemok dan selekeh. ho ho ho. muka berminyak, cuaca pulak panas. kalau masak telur atas muka pun boleh kot time tu. kekekke...

keje belambak tapi nak jugak update blog. hehehe... pak shafrien dah mesej-mesej tanya bila nak siapkan kerja. hoho.. sabo ye pak shaf, beta penat. nak lepas tensen dan hilangkan lelah dulu, jap lagi beta sambung ye. kekeke...

oh oh, perkara paling pelik berlaku hari ni. timne saya turun tangga nak ke cafe pagi tadi, saya lalu belakang sorang wanita ni. dia dok khusyuk cari barang ape ntah dalam beg. dan tiba-tiba dia pusingkan kepala *dengan slow motion* dan..

"AAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!"

dan dia jatuh. dua kali. hampir tergolek dekat tangga!

kah kah kah kah! *evil giler*

memang saya tak tahan gelak lah. then saya tolong dia bangun dari jatuh dan tau apa saya dapat?

DUSH! dia pukul saya! tau tak apa dia cakap?

macam penjahat! terkejut aku! kenapa tak bersuara! ingatkan penjahat mana tadi!! DUSH! *DIA PUKUL SAYA LAGI!*

What?! ok. let me get this straight.

1. saya macam penjahat. *budak perasan comel ni dia cakap penjahat?!*

2. saya kena marah. sebab dia jatuh. *bila pulak saya tolak dia*

3. saya kena pukul. 2 kali. balasan saya tolong dia jatuh. *apekah?*

4. sambil berjalan saya kena bersuara. oh. ade ea peraturan macam tu? =_='

ho ho ho. sangat kelakar. dan saya yang tak dapat tahan sekali saya pulak pergi balas;

" maaf, sorry2. tadi tengah berfikir sebab tu tak bercakap."

What??!! ha. ha. ha. saya pun dah jadi sengal sebab;

1. saya yang mintak maaf. as if memang saya sengaja nak buat dia jatuh.

2. saya kena bersuara sambil berjalan. means kena cakap sorang-sorang. setiap kali berjalan. great.

haish.. ape lah nak jadi. pelik sangat. dunia dah terbalik ea?

oh oh, semalam jugak saya pergi join bulatan gembira. lama dah tak pegi. rindu sahabat-sahabat. =') dan semalam ada hamba Allah alunkan qasidah. Subhanallah, MasyaAllah, Astaghfirullah, semua menjadi satu. 

1. lembutnya alunan qasidah. hati mula rasa pilu.

2. ayat-ayat dalam qasidah, entah kenapa, sangat menyentuh qalbu. sangat buat saya terkesan. betapa rindunya pencipta qasidah tersebut pada Rasulullah. air mata mula bergenang.

3. saya beristighfar, selama ni saya lupa, lupa lansung nak semai rasa rindu pada kekasih Allah. Astaghfirullah! macam mana boleh lupa! terus air mata jatuh ke ladang gandum.

saya malu. sebelum ni, saya lalai. saya banyak rindukan makhluk Allah, tapi tidak padaNYA, tidak pada kekasihNYA. lalu bila Allah tarik satu nikmat dari saya, saya mula sedar, betapa ruginya saya untuk tidak merindui Allah, tidak merindui Kekasih Allah. malu. malu sangat. *muhasabah diri sendiri.*


dan saya jumpa ni di facebook;


kini saya sangat bersyukur. sangat sangat sangat bersyukur. satu-satu hikmah diatas kelukaan, kedukaan, kesedihan saya mula menjelma. Terima Kasih Ya Allah!


p/s: alhamdulillah, tadi saya dapat tau rupanya MKA dah bertunang! yeay! hilang sudah syak wasangka buruk saya terhadap dia. kekekeke.. no wonder la every penny pun dia sangat berkira, rupanya menghitung jumlah untuk menyunting 'si dia'. awwww...! MKA, you r soo sweet lah! *kalau dia baca ni memang saya takkan jumpa dia lagi. ever!* hopefully bila korang kawen nanti jangan lupa jemput saya. hee~.. bestnya muda-muda dah bertunang. at lease dah ada jaminan masa depan. *dush!* giler. still lagi nak fikir pasal benda yang dah lepas ke?  Astaghfirullah. ok2. nak sambung buat kerja. daaa~..

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...